Pages

ORYSENSE

Orysense

::RANDOM RANT:: BREASTFEEDING DAN SELFIE

Assalamualaikum. Hai.

Kecoh sejak semalam kisah sorang mak muda berselpi sambil menyusukan anak.
.
Macam² komen negatif berbau lucah keluar. Bukan setakat tuan punya gambar yang kena. Mak² bf yang lain sekali kena tempiasnya.
.
Selfie itu kehendak. Menyusukan anak pula keperluan. Selfie sambil menyusukan anak, dan upload gambar terbabit untuk tatapan umum tu terjadi bila kehendak mengatasi keperluan.
.
Mungkin niat mak muda tu baik. Nak berkongsi the joy of breastfeeding. Malah gambar yang dikongsi tu tidak mempamerkan apa² yang tidak patut.
.
TAPI!
.
Duhai ibu² yang bf anak yang saya sayangi sekalian.
.
Imajinasi lelaki ini liar. Kalau ada 10 lelaki tengok gambar tu, mungkin cuma 2 sahaja yang memandang aksi itu sekadar mak bagi anak makan. 8 yang lain mungkin sedang bermasturbasi dengan gambar tersebut.
.
Kasar bunyinya?
.
Aku bukan menyokong perbuatan si fulan² dan si fulanah² yang menghina kejicacimaki tu. Aku cuma nak tekankan, betapa lelaki itu nafsunya memang 1. Tapi yang satu itu cenderungnya SYAHWAT. Jadi mak² sekalian, jaga diri kita dari jadi penyebab orang lain membuat dosa.
.
Tak salah nak selfi sambil bf anak. Aku sendiri pun ada. Cuma aku tak upload untuk tatapan umum. Aku simpan sendiri sebab itu adalah antara momen penting dalam hidup aku. Momen yang tak akan berulang lagi.
.
Bukan mudah nak menyusukan anak. Banyak kesakitannya. Cukup² lah kami dibuli dengan kata² susu tak cukup, anak kau tak kenyang, bagi susu lembu kan senang dan macam² lagi ayat pembunuh..jangan tambah lagi dengan menjadikan kami ni objek bahan lucah korang.
.
Mak² bf yang tersayang, ingat ni. Terlajak selfi, boleh delete and re-shoot. Terlajak upload gambar selfi, it will be forever undo.

p/s: we are not Alyssa Milano nor Pink.

p/s/s: shaming people publicly was totally wrong.

p/s/s/s: niat tak menghalalkan cara. Baik di pihak penegur(yang konon nak tazkirah) mahupun di pihak ibu terbabit(yang upload BRELFIE)

No comments: