Pages

ORYSENSE

Orysense

::REVIEW:: NATURACTOR MC FOUNDATION

Assalamualaikum. Hai.

Nampaknya post pembukaan untuk tahun baru kali ni adalah review produk mekap. Hohoho...
.
Bear with me. Aku memang suka mekap sangat².
.
I've been using this foundation for quite some times. More than a year dah kot. Tak habis². Tahan wooo...
.
Meiko MC Cover Treatment a.k.a MCCT merupakan adik kepada Naturactor Cover Face dan Octard Cover Face. Basically sama tapi tak serupa.
.
MCCT adalah versi upgrade dan sesuai untuk semua jenis kulit, berbanding kakak²nya. Selain itu, MCCT juga berfungsi merawat kulit yang bermasalah. Sebab main ingredient dia adalah JOJOBA OIL + vitamins derived moisturizing moisture ingredients VCIP (oil-soluble vitamin C derivative). Paling best, variasi shade untuk MCCT ada 8, berbanding naturactor cover face yang cuma 5.

Aku pilih shade CF141 (ekceli nyesal pilih tone ni. Sebab tone ni jenis cool tone. I am on warm side). Nanti² aku ajar camne nak tentukan kulit jenis warm or cool tone okey.
.
Aku serius suka gila MCCT. Walaupun kecil, tapi berkuasa! Kakak aku sampai ingat aku pakai foundation tebal kaw², padahal aku cuma sapu satu lapisan aje. Packaging pun nampak ekslusif sangat! Feling² pegang MAC.
.
Seperti naturactor CF, MCCT juga ada floral scent yang sangat sedap baunya. Tapi bau ni tak kekal pun kat kulit. Tapu aku selalu je suka² buka penutup foundation ni semata² nak cium bau. Rasa best cam aroma terapi!
Bare skin. No filter nor beautification effect.
Nampak tak beza dia? Pori² memang tak nampak dah. Padahal cuma satu layer je.
Tengok. Kalau makcik mekap lebih sikit mesti orang ingat makcik pun tepanten malu! Hahahaha!! Gambar yang ni lepas beberapa jam sapu. Tak nampak oily pun, kan? Padahal aku tak pakai primer pun. Just my usual mosturizer dengan MCCT sahaja.
.
Harus diingatkan bahawa MCCT ni kena remove properly kalau nak wudhu. Walaupun tak ada silikon, tapi ada kandungan wax dari tumbuhan(ni kalau aku tak salah la). Wax ni la yang bagi hasil peloles gebu gebas!
.
Kalau aku jadi MUA, rasanya aku akan guna MCCT sebagai foundation utama. CEWAH! Berangan!
.
Korang boleh beli MCCT atau mana² produk meiko japan daripada Puan Zunita thru fb or instagram elegance cosmetics. Tak pun direct whatsapp beliau. Harga memang murah dari butik meiko malaysia. Original guarranteed! Sebab owner elegance cosmetics ni memang deal direct dengan meiko japan. Aku first beli naturactor cover face pun dengan dia tau. Pos direct dari jepun nun.
.
Harga: RM64
.
Instagram: elegance cosmetics
Facebook: zunita naturactor nc
Whatsapp: 0133986129

**UPDATE**

Elegance cosmetics baru je melancarkan website baru. An korang yang berminat boleh terus direct beli thru website. Ala macam lazada, hermo, 11st semua tu..

naturactorcollections.com

Aku dah pun lawat website. So far okeyla. Senang.
.
Tapi..
.
.
.
Kejap² IP kena banned. So tiap kali kena banned tu, kena prove bukan robot. Leceh.
.
So i might prefer direct whatsapp or pm her instead. I hate to prove i am not robot everytime my IP got banned.
.
So...that's all..
.
Till then. Tata!!