Pages

ORYSENSE

Orysense

LGBT

sana sini sembang isu LGBT.
sana sini sibuk nak buat perhimpunan hak asasi menjalani kehidupan normal bagi golongan LGBT.

terima sajalah kenyataan.
kamu, golongan yang sampai dunia hancur pun Allah tak terima.
nabi tak mengaku umat.

kaum sodom yang homoseksual Allah dah musnahkan.
dah tentu itu bukti besar, kamu dah mencabul fitrah manusia yang normal.
lagi nak mengaku normal?

taubat la wei.

MALANG KERANA CUAI

sekarang banyak kan tragedi kanak-kanak tertimpa kecelakaan?
macam-macam, dari yang tersepit jari sampai ada yang mati tergilis kenderaan ibu bapa masing-masing.

aku sebagai bakal ibu pun sudah tentu seriau mendengar berita-berita ngeri macam ni.
macam mana boleh jadi macam ni?
jawapannya mudah sebenarnya. malang kerana cuai. memanglah malang tu tak berbau, tapi kalau ibu bapa tak cuai, risiko anak ditimpa malang bukankah boleh diminimumkan?

kata pakar runding kanak-kanak dalam wanita hari ini semalam, sebagai ibu bapa, tanggung jawab menjaga anak-anak kecil adalah sepenuhnya dalam kawalan mereka. maka, ibu bapa harus

1. latih anak-anak dengan latihan kecemasan di rumah(kemalangan boleh sahaja terjadi di mana-mana)
2. mengajar anak menggunakan kunci rumah
3. memastikan tiada bahaya di rumah dari sudut pandangan anak-anak kecil, bukan dari sudut pandangan seorang dewasa.

itu kalau di rumah. di luar rumah?
kata puan dsp,

1. JANGAN BIASAKAN BAWA ANAK KELUAR MEMBELI BELAH.
nasihat yang pertama ni sangat aku setuju. banyak kes kanak-kanak hilang ketika membeli belah bukan? memang, kesian anak-anak menangis terpekik terlolong nak ikut, tapi better sorry now than tomorrow. walaupun aku bakal ibu, aku masih rasa bawak anak-anak keluar shopping bukan idea yang bagus. kita sebagai manusia ada dua mata , dua tangan dan dua kaki sahaja. bayangkan dengan dua kaki ni nak mengejar 3 pasang kaki serentak yang lari bertempiaran dalam pasar raya, bila nak membeli barang?(pengalaman peribadi bawak anak sedara. aku tak dapat beli apa-apa langsung). nak di biarkan, sesaat pun cuai, malang mengintai.
 2. tinggalkan anak-anak di rumah DENGAN PENGAWASAN ORANG YANG BOLEH DIPERCAYAI.

kesimpulannya, kalau perlu juga bawa anak-anak keluar, bawa pembantu untuk mengawasi anak-anak. (walaupun sebenarnya aku angin betul dengan budak-budak lari-lari langgar orang kat pasaraya. rasa nak rotan kaki diorang).

malang tak berbau, tapi sebagai orang dewasa, banyak yang kita boleh buat untuk mengelakkan malang menegur kita dan keluarga kita.

sekian terima kasih!

WAS

i used to draw many thing before.
 but now i can't draw like i used to.
i have many imagination in my mind, waiting my hand to draw it.
but i rather only write it out.

p/s: english aku tak la bagus sangat...

KUCING OH KUCING

aduhai baby cincau..
kusangkakan kau masih anak dara..
rupanya...
aduhai mamat, berani kau kawen tanpa kebanaran aku ye?
aku tinggal ko sebulan ntok ko berkawan dan merasa jadi kucing kampung sekejap,
sementara aku lepas dari episod "sakit pagipetangsiangmalam" aku tu...

baby cincau disyaki bunting, tapi tak pasti betul bunting ke tak. ikutkan baby cincau masih muda, lebih kurang 7 bulan la kot...harap-harap tak lah.

sekarang dedua ada dengan aku, memandangkan penyakit pagipetangsiangmalam aku dah berlalu.
ada aku kawan nak bergolek kat katil, tunggu depan tandas masa mandi, makan kat dapur masa masak....seronok ada kucing woo...

rugi siapa tak suka kucing.hehe.apapun, tak suka tak apa. jangan benci-benci seksa-seksa sudah.
lalala..

p/s:maaflah. gambar mereka tak dapat di attach di entri ini. internet rumah ni suka dengki pada saya!

DATING LEPAS KAHWIN

dah lama sebenarnya aku tak berdating. lebih-lebih lagi lepas kahwin ni...
yelah. nak hanimun pun tak sempat. betul. kami tak hanimun pun.

T^T

tengok wayang bersama pun sudah lama tidak buat.
cuti semalam baru sempat menonton dengan encik suami.

^_^

kami menonton filem wrath of the titans. boleh tahanlah. cerita ni adalah sekuel dari cerita clash of the titans.

siapa tak pernah tengok clash of the titans pergi rompak dekat pirate bay.

n_n

hari yang kami pergi alamanda semalam merupakan langkah kiri kami.
nak tahu kenapa?
sebab food court alamanda ditutup untuk renovation.

T^T

sedihnya...sudahlah lapar...pusing-pusing cari tempat makan. semua penuh. perut lapar. double sedih. encik suami nak belikan burger king, tetapi kerenah mengada-ngada mak buyung aku datang pulak masa-masa darurat macam tu. nak nasi jugak. tak pun spaghetti. akhirnya kami pergi secret recipe. itupun dalam perjalanan banyak kali berhenti. aku penatlah. semalam jugaklah orang super ramai kat alamanda tu...

kesian encik suami, kena belanja puan isteri makan mahal daripada biasa. ampun ye encik suami. biasanya aku tak la cerewet sangat pasal makan ni. tapi aku memang lapar. yang aku tahu aku tak nak burger. aku betul-betul nak makanan yang heavy masa tu. anak aku kot yang lapar terlebih. hehe...salahkan anak pula..

apapun peluang dating berdua dengan encik suami walaupun sekejap je, boleh buat aku senyum lebar. sebab kami memang sudah lama tak keluar berdua. yelah. sekejap la tu, lepas tengok wayang terus balik. cumanya sempat juga masuk toy r us dan butik anakku. saje tengok barang baby. berpinar mata kami tengok barang baby lagi mahal dari barang mekap aku.

XDD.

terimalah kenyataan.
barang sekarang mahal-mahal.
aku sendiri dah banyak korbankan minat aku sejak berkahwin.
cuma minat terhadap makanan je yang susah nak tinggal.

apa sahaja demi si kecil yang sedang berkembang.
i love u baby!