Pages

ORYSENSE

Orysense

DATING LEPAS KAHWIN

dah lama sebenarnya aku tak berdating. lebih-lebih lagi lepas kahwin ni...
yelah. nak hanimun pun tak sempat. betul. kami tak hanimun pun.

T^T

tengok wayang bersama pun sudah lama tidak buat.
cuti semalam baru sempat menonton dengan encik suami.

^_^

kami menonton filem wrath of the titans. boleh tahanlah. cerita ni adalah sekuel dari cerita clash of the titans.

siapa tak pernah tengok clash of the titans pergi rompak dekat pirate bay.

n_n

hari yang kami pergi alamanda semalam merupakan langkah kiri kami.
nak tahu kenapa?
sebab food court alamanda ditutup untuk renovation.

T^T

sedihnya...sudahlah lapar...pusing-pusing cari tempat makan. semua penuh. perut lapar. double sedih. encik suami nak belikan burger king, tetapi kerenah mengada-ngada mak buyung aku datang pulak masa-masa darurat macam tu. nak nasi jugak. tak pun spaghetti. akhirnya kami pergi secret recipe. itupun dalam perjalanan banyak kali berhenti. aku penatlah. semalam jugaklah orang super ramai kat alamanda tu...

kesian encik suami, kena belanja puan isteri makan mahal daripada biasa. ampun ye encik suami. biasanya aku tak la cerewet sangat pasal makan ni. tapi aku memang lapar. yang aku tahu aku tak nak burger. aku betul-betul nak makanan yang heavy masa tu. anak aku kot yang lapar terlebih. hehe...salahkan anak pula..

apapun peluang dating berdua dengan encik suami walaupun sekejap je, boleh buat aku senyum lebar. sebab kami memang sudah lama tak keluar berdua. yelah. sekejap la tu, lepas tengok wayang terus balik. cumanya sempat juga masuk toy r us dan butik anakku. saje tengok barang baby. berpinar mata kami tengok barang baby lagi mahal dari barang mekap aku.

XDD.

terimalah kenyataan.
barang sekarang mahal-mahal.
aku sendiri dah banyak korbankan minat aku sejak berkahwin.
cuma minat terhadap makanan je yang susah nak tinggal.

apa sahaja demi si kecil yang sedang berkembang.
i love u baby!

4 comments:

meowwmania said...

hahh da tawin? da ada baby?

nampak sgt lama tak mengikuti huhuu..

neway, tahniah yer...moga ibu dan baby sihat2 sntiasa

Unknown said...

@meowwmaniasaya sendiri pun dah jarang update sejak kawin ni. bizi. ni baru ade mase lapang. baru kawen disember tahun lepas. ni bunting pelamin ni. usia kandungan sama dengan usia perkahwinan ^_^

miera said...

ah?? kawen dah? hehe. tahniah, nak ada baby da pun ha. Alhamdulillah, rezeki kan. :)

Layankan aje baby tu. hihi

Anonymous said...

Kak.. Akak punya no phone hilang la.. Nanti call roy bleh..