Pages

ORYSENSE

Orysense

KUCING MAKAN DURIAN-edited-

penyibuk je Janggut. orang makan durian dia pun nak sama. dah la tu..dia pula yang teruja lebih...haish....
err..durian tak memudaratkat kekucing kan?
*ade video.nanti-nanti saya upload

seperti yang dijanjikan...
janggut yang makan durian

ANTARA DUA

sigma ke..

iqqu ke? 
*picca from google. this is not for keuntungan purpose(hohoho)

alamak serius..saya tak tahu nak yang mana satu.....(bunyi macam duit berkepuk.ciss) 

SAJA MAHU CERITA TRAILER SERAM

kalau kamu baca review merong mahawangsa mesti kamu tahu kan, saya menonton sendirian.
eh..mesti rasa "sunyinya perempuan ni..mesti takde pawe ni.."
atau macam-macam komen lain..
tak kisah..

hehe..yang sebenarnya saya bukan nak cerita pasal tengok wayang sendirian tu..saya nak cerita pasal tariler-trailer cerita yang bakal ditayangkan..

setiap kali menunggu wayang bermula, biasa la..mesti ada trailer kan...tapi sebenarnya saya ada sedikit fobia dengan trailer. saya takut sangat kalau ada trailer cerita hantu.huhu..tak boleh langsung.mau mimpi ngeri tau.
pulak tu masa saya menonton tu memang ada trailer cerita seram. KARAK. bakal ditayangkan penghujung mac ini kalau tak silap.

hui..tengok trailer boleh tahan seram(padahal saya tutup mata)tapi audio ini takkan lupa punya..
"tak kan takut..kata, orang beriman......"disertai ketawa mengilai...dalam hati menyumpah saja..bodohbodohbodoh.

haha..pentakut sungguh

ok..kaki cerita seram boleh lah serbu wayang untuk cerita KARAK keluaran KRU PRODUCTION ya..
jangan fobia nak lalu karak sudahla..

HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA

ya..ya..saya tahu saya dah ketinggalan kapal terbang..
saya lambat tengok cerita ini berbanding kamu-kamu yang lain...tapi saya nak cerita jugak..nak review jugak.tak kira!

ok.pandangan pertama saya bila tengok trailer...WOW. ini kerja anak tempatan?? COOL ok....

selepas menonton keseluruhan cerita...
  • skrip boleh tahan
  • mungkin ada yang rasa stephen kurang sesuai jadi merong tapi pada saya wataknya adalah tepat. kenapa? sebab merong dikatakan waris Alexander The Great.
  • ok ada lagi yang kata kelakar dengan stephen rahman berbahasa melayu.hello..dalam cerita pun sudah sebut "sejak setahun jagung dua belas hamba sudah dibawa berlayar".maknanya, hidupnya lebih banyak merantau berbanding tetap mentap di satu-satu tempat. hanya pulang ke semenanjung emas kerana menjaga keselamatan putera marcus.
  • askar merong kurus-kurus.bukan?tapi saya tak pasti sama ada orang-orang yang menonton cerita ini perasan atau tidak, penduduk dua kampung ini kebanyakannya adalah golongan petani. hidup dalam ketakutan kerana angkara puak garuda yang ganas.mana mungkin mereka dapat mengukuhkan pertahanan dan menajamkan kemahiran bertarung, tanpa ada kepala yang memimpin?
secara keseluruhannya, saya sangat-sangat puas hati dengan Hikayat Merong Mahawangsa. walaupun masih ada kekurangan, tapi tak apalah. yang penting filem melayu semakin menunjukkan kematangan! 

p/s:saya tengok cerita ni sendirian.COOL kan?

PERASAN TAK

perasa tak...saya semakin malas?
perasan tak...blog kosong ni semakin kosong?

memang..saya makin malas update.kalau update pun tak ada foto warna-warni.orang bawang joget-joget pun tak ada...
bukan apa..saya tak ada cerita suka suki yang betul-betul menarik untuk dikongsi...haish.....

oh..apa kata kita sama-sama layan e-novel dari cik ADAH HAMIDAH ni..

bukan itu je..ada juga cerpen-cerpen menarik tulisan dia yang boleh dibaca..
untuk review novel dia yang saya pernah baca klik sini 

selamat membaca!

SIGMA BRUSH

huhui..saya sangat suka berus...kenapa??sebab dengan berus saya tak perlu kotorkan tangan..
nak sapu blusher pun senang..nak sapu masker coklat pun senang..
hehe..melampau la kan...

apapun..jom cuci mata.



sebenarnya ada empat warna untuk siri yang ini tapi yang paling cantik di mata saya adalah cik Usa dan cik Neko ni la..pink dan purple....rasa tamak nak dua-dua...

AKHIRNYA, KEBEBASAN MILIKKU

yeehaa!!!
seronok kot....secara rasmi hari ini saya adalah bekas pelajar!!!!!
sangat seronok okey...
walaupun ada diselangi dengan cerita yang kurang menyenangkan, tapi tak mengapalah...

cuma bila sifat profesional tenggelam kerana TAK SUKA pada sesuatu...itu bukan sesuatu yang baik...apatah lagi kata-kata itu tidak menyenangkan...

tak mengapalah...apa yang berlalu biar berlalu.
kemegahan, kehebatan, kebijaksanaan, semuanya bukan milik hakiki manusia. kalau tuhan nak ambil semua itu semula...sekelip mata sahaja.

benar, berterus terang adalah baik namun adakalanya lebih baik diam dari berterus terang.

DAH BERAPA HARI?

berapa lama saya tak update blog??
hehe...malas kot...
sebab tu sampai ada suci dalam debu...haha

tak..saya tak ada apa nak cerita suka suki pun..
cuma nak kongsi..esok hari terakhir saya praktikal..yay!
lepas tu saya ada presentation..wish me luck okey..
lepas tu saya nak bercuti beberapa hari sebelum mula bekerja sepenuh masa...lucky me huh??

jadi..sementara belum ada idea untuk penulisan laporan yang langsung belum bermula...saya menaip dahulu untuk cerita suka suki..
dan.. nanti kalau ada cerita suka suki baru..saya update lagi ya!! 

MELUAT GILA

baru-baru ni menonton video make up tutorial made in malaysia punya....
ohhh...soooo...nak termuntah dibuatnya.
saya tak akan beritahu video mana satu..sebab nanti disangka haters pula..

tidak..saya bukan pembenci...tapi saya rasa dia sangat gedik dalam video-videonya(dah tau gedik tapi tengok juga..)..macam meniru michelle phan pun ada...

ya..saya memang suka menonton make up tutorial tapi tak adalah make up guru yang lain tu menggedik dalam video mereka..ya saya ada juga tengok video lain yang made in malaysia juga tapi yang lain tu tidak menggedik atau membuat sura ala-ala gedik terlenggok-lenggok....

saya ingat dalam satu atau dua video sahaja dia buat gedik tapi semua video dia gedik.

again..i am definitely not a haters.saya tak benci pun dia.sebab dia tak salah apa-apa pun dengan saya..cuma saya agak meluat dengan gaya dan suara sengaja gedik itu...haish..nak komen kat channel dia nanti dikata haters...haish.....
okeylah...nak pergi muntah sekejap..
terima kasih encik google

INNALILLAH WA INNALILLAH RAJIUN

-ucapkan innalillah bila terdengar berita yang buruk..bukan setakat dengar berita kematia sahaja- 
sebaik sahaja saya dengar berita tentang gempa bumi disertai tsunami di radio suria petang tadi...memang terperanjat sangat...
gempa pada skala 8.9 skala richter dan ombak tsunami setinggi 4 meter..
dahsyat kan??
macam gempa di aceh dulu..bezanya kebanyakan bangunan-bangunan dijepun memang direka untuk boleh bertahan dalam gempa bumi,sebab tu kita tak nampak bangunan yang ranap disapu bersih ombak ganas tsunami ni..rumah kecil hanyut juga kot..

dan kemungkinan juga tsunami juga akan melanda negara-negara di perairan pasifik...kemungkinan juga utara pantai timur malaysia akan turut menerima bahana gelombang ini....berdoalah...semoga kita dijauhi dari segala bencana...

TREND MASA KINI

maaf..
cerita ini tiada kena mengena langsung dengan fesyen atau mekap.
kalau kamu berharap akan nampak gambar fashionista berposing, kamu silap besar.
dan lagi..saya bukan gadis fashionista ya.
harap maklum.

apa yang saya nak cerita sebenarnya adalah tentang rakaman pembunuhan haiwan secara kejam yang banyak berleluasa sekarang.sangat banyak.dah macam trend.itu yang saya maksudkan.
  • anak kucing dipijak sampai mati dengan kasut tumit tinggi tajam
  • kucing dibakar hidup-hidup
  • anjing poodle yang dipaksa berdiri(dengar-dengarnya kaki depannya dipatahkan)
  • pengkid yang pukul+pijak+sepak anak-anak kucing samapai mati(sudahlah pengkid,jahat pula..astaghfirullahalazim..)
  • arnab dipijak sampai mati dengan kasut tumit tinggi tajam
dan banyak lagi rasanya...saya senaraikan yang saya tahu sahaja..
saya hairan...
kemana hilangnya rasa belas kasihan orang-orang ni.(mereka tidak layak digelar manusia)
apa salah haiwan-haiwan tersebut kepada mereka?? 
  • adakah haiwan-haiwan ini ada memukul mereka?
  • mengugut saudara mara mereka?
  • memaki atau memalukan mereka???
mustahil bukan????

ya..entri kali ini agak serius nadanya.....
saya marah dan benci kepada perbuatan ini....
sangat memualkan...
sedangkan ikan yang saya bela pun saya tak sanggup makan..
nyamuk aedes pun saya biar menggigit kulit sampai kena denggi(ok yang ini saya gurau..mana sedar nyamuk aedes gigit..tak sakit pun..lainlah nyamuk tiruk)

saya harap pelaku-pelaku perbuatan kejam ni akan dibayar tunai oleh Allah.setimpal dengan perbuatan mereka.
bukan saya meminta yang buruk-buruk untuk mereka-mereka ni...cuma manusia hanya akan sedar perbuatan keji mereka ni bila dah dapat balasan buruk....
what u give u get back...tak kira secara tunai di dunia atau kredit akan tersimpan tanpa lupus sampai tiba hari pembalasan..bila masa itu tiba, sudah tak boleh lari punya.... 

OKEY, KERETA DAH PULIH.MALAH JADI LEBIH BAIK

sebelum ni saya dah cerita tentang alarm kereta...ala cerita yang tajuk panjang tu....

tadi lepas balik kerja saya minta adik saya jemput dan bawa saya pergi bengkel kereta...
bawa seorang technician balik tengok kereta dan saya minta dia remove terus benda tu....
kena cas RM60...
lepas saya bual-bual dengan encik technician tu, memang sah benda ni memang banyak buat masalah....lagi-lagi kereta saya kancil...dia bagi tahu, kancil sebenarnya tak sesuai dengan sistem ni, sebab karen kancil tak cukup kuat..ini bermaksud selama ni kancil aku terbeban lah kan???. WHAT THE....

i feel so stupid!!!!belajar tinggi pun tetap tak pandai-pandai...sememangnya kehidupan sungguh menakutkan!!!

jadi pengajaran..
sentiasa belajar..maksud aku bukan lah belajar tinggi-tinggi sampai phd bagai..tapi belajar tentang perkara disekeliling kita..yang mana itu adalah bekalan kita untuk survive dalam dunia yang penuh penipuan sekarang ni.
kamu ada phd pun belum tentu kamu tak akan kena tipu kan??

DENGKI DENGAN ANWAR HADI SAMPAI HANCUR KEYBOARD


siapa tak kenal anwar hadi memangla kan....
ini orang yang dengki habis dengan dia....sumpah kelakar...

HEARTBEAT...BETUL BIKIN JANTUNG BERDEBAR!

serius..mula-mula saya nampak banner HB ni saya ingat itu iklan nuffnang juga...
rupanya tekaan ku salah sama sekali....

dari beberapa maklum balas beberapa blogger, HB ni bagus juga..lebih cepat dapat earning dari nuffnang..entah..yang penting HB ni tak akan ganggu status 'glitterati'..mungkin sebab HB ni bukan ejen pengiklan kot...

okeylah..sebenarnya HB ni company yang jual hadiah. siap kita boleh customize design...(jadi kalau nak bagi hadiah istimewa kat sesiapa or buat doorgift kahwin ke...boleh la kan??)

tapi kalau kita nak earn dari HB ni..kita kena la ada 1 akaun dengan HB.
mula-mula klik iklan HB
lepas tu
klik pada logo HB.lepas tu 
klik dekat create accout. lepas tu isi kamu punya maklumat..
sudah?jangan lupa tick i agree lepas tu continue.(maklumat tu kena isi byk juga..saya tak snip semua ok) lepas tu

klik 'my hb!affiliate'.lepas tu
klik pada online application.lepas tu isi la maklumat yang diperlukan.lepas tu
klik get code untuk copy html code.yang ni kamu boleh pilih nak jenis macam mana,nak tampal celah mana pada blog kamu..lepas tu macam biasalah.add gadjet,masukkan kod..dan tada!!

okey maklumat lebih lanjut klik untuk tumbesaran okey?

KALAU ANDA TIBA-TIBA KENA KEJAR DENGAN ORANG-ORANG TAKASHIMAYA, JADI BERANI.GERTAK MEREKA SEMULA

ambik..panjang gila tajuk entri..

sengaja saya letak tajuk panjang-panjang...semuanya kerana geram!!!
betul-betul rasa nak mencarut.

rasanya ramai yang familiar tentang perkara ni..jurujual-jurujual merangkap technician car alarm system TAKASHIMAYA ni akan serbu dan godek-godek kereta kita dengan selamba...ayat pertama..
-ini kereta siapa???
-tahu tak kereta ni tak selamat??????
-tahu tak macam-macam boleh orang buat dengan kereta ni??????????
dan macam-macam dakyah lagi supaya kita terpengaruh dan pasang.......

saya adalah salah seorang yang terpengaruh(mudah gila kot..)janji-janji manis diorang betul-betul power kot..siap bagitau boleh pulangkan kalau rasa tak mahu pakai lagi..

selepas tiga bulan..saya rasa terbeban dan nak pulangkan semula...dan tahu tak jawapan yang saya terima??

-maaf..tak boleh pulang...cik kena bayar penuh juga walaupun cik pulangkan....
jadi..saya dengan kecewa terpaksa juga bayar tiap-tiap bulan..sedar tak sedar sudah 13 dari 36 bulan dan tiba-tiba......

enjin kereta saya langsung tak boleh hidup!!!!!
!@%&@!#^*!&@(!*@)(

saya pun terus google dan cari kalau ada pengguna-pengguna yang lain ada masalah macam saya dan hasilnya saya jumpa forum ini

wah...memang banyak masalah rupanya benda ni......
(klik untuk tumbesaran)





saya cadang kamu baca komen-komen ini...kalau sudah terkena macam saya..menangis tak guna. 

AKTIVITI OTAKU SETIAP MINGGU

kan saya udah bilang...saya otaku tak berapa tegar..
kewajipan saya setiap minggu..terjah bleach exile
nak baca komik lah..
dulu terjah onemanga tapi dah tak boleh baca kat situ lagi jadi...pindah tempat lain...

ada tiga komik yang wajib saya baca dan tunggu-tunggu
one piece
naruto
fairy tail

yang baru sudah saya baca fairy tail..
saya baca fairy tail dari episod(macam tengok anime pula) pertama lagi...hoho..pelukisnya anak murid pelukis one piece jadi ada la sedikit persamaan disitu..hoho..

jom baca komik! 

JANGGUT SUKA PISANG

entri ini tiada kena mengena dengan kambing ya..

janggut adalah kucing yang saya bela sejak kecil lagi...ibunya bernama kakak...telah melarikan diri untuk bersama kekasihnya...cis....

janggut kucing yang sangat setia....pernah dulu saya dengan kejamnya tak beri dia masuk rumah sebab dia dan adik beradiknya yang lain main sampai rumah sepah-sepah..tapi itu kami(dulu bela di rumah sewa) boleh tahan lagi..tapi bila diorang buang air lepas tu tak bersihkan diri lepas tu terus main kejar-kejar sampai rumah terpalit najis, kami sepakat untuk letak diorang kat luar rumah...

sedihnya semua merayu nak masuk,tapi apalah daya saya....

minggu hadapannya saya balik kampung, saya nak bawa mereka semua pulang, tapi saya hanya berjaya bawa janggut dan loket. janggut memang setia menunggu depan pintu setiap hari dan loket ada di ruang legar blok rumah flat...yang lain..bibi dan kakashi tidak ditemui..mungkin ada yang adopt diorang....(saya sangat berharap begitu..) ini lah kekesalan terbesar saya(berkenaan haiwan)..

janggut suka pisang goreng. sedap katanya...

oh..loket sudah meninggal dunia...sakit kuning...(keluarga saya ada habit tunggu saya balik kampung untuk bawa kucing sakit pergi vet)...jadi loket mati dalam kesakitan..huhu...janggut sahaja yang kuat melawan sakit dia...

A BLOG TO REMEMBER


perasan tak...saya tak pernah la kan review blog orang lain....
ikutkan..blogwalking pun jarang-jarang sekali...hahaha(pemalas!)

apa pun...saya bila buka sahaja dashboard,blog pertama saya akan terjah mesti blog diatas (sila klik gambar dengan kelajuan cahaya) kebetulan memang blog dia paling atas dalam senarai pun..hehe..
kenapa??sebab setiap entri akan menggeletek hati saya dan buat saya ketawa..
blog dia pun ringkas...senang nak load,tak ada lagu-lagu(maaf pada blog yang ada letak widget mp3 player tu sebab bila saya dengar sahaja ada lagu, saya akan terus tekan butang x)tak ada gambar muka besar gedabak..
tapi..kalau orang yang tak suka membaca mungkin tak suka dengan entri banyak huruf kan???
tapi saya suka.

istimewa blog dia ni..dia sangat menghargai pengomen....dia akan print screen beberapa komen yang dia rasa terbaik dan letak pada entri yang dikomen..(saya pun suka juga komen-komen entri dia..)

apa lagi..terjah la blog dia..lepas tu komen banyak-banyak.... 

p/s: akhirnya...siap juga entri review ni.. 
p/s/s: nanti saya kahwin saya jemput awak sekali...=) 



::RANDOM RANT:: STYLISH BLOGGER AWARD

pertama kali dapat award...
stylish blogger award pula tu??
stylish kah daku??
tapi terharu sungguh!
suka suki sangat!

daku di tag oleh best friend masa sekolah dulu liza razak and she was my partner in crime....when i said crime...it was really CRIME..hahaha...dan TERIMA KASIH kerana ingat dan sudi bagi award kepada pasangan jenayah kamu ni...terharu daku..suka....suka...

oklah tak mau buang banyak masa..terus kepada terma dan syarat:
1. I have to thanks those who awarded me.
2. I have to write 7 things about me.
3. I have to award it to others to keep the cycling going.
4. have to inform those I awarded.

7 PERKARA TENTANG SAYA
  • saya keturunan jawa-melayu-banjar
  • orang selalu salah teka umur saya..awet muda katakan...(masuk lif tekan sendiri..XD) 
  • akan mati kebosanan tanpa pen, pensel dan kertas
  •  saya suka tengok channel youtube michelle phan(dia hot.siapa setuju thumb's up!)
  • seorang hantu kucing.sangat OBSES dengan kucing.(adakah patut tunang saya kata saya kucing jadian..)
  • otaku yang tak berapa tegar
  • suka tengok gadis fashionista tapi tak cukup berani untuk jadi fashionista 
ok...cukup 7 sudah....jadi saya nak tag
nisa kay-wajib sebab budak mata bulat ni sangat stylish
norien arshad-classmate merangkap new partner in crime
ayun ayunar-ouh..dia sangat cantik ya! 

cukup lah kot.....

SALAM, KENAPA PULA TAK BOLEH?

rasanya isu perkataan salam ni dah luas tersebar di FB....
rata-rata pengguna yang beragama islam share artikel tu...
sebenarnya saya rasa macam pelik..kenapa tak boleh pula..
padahal perkataan "salam" tu bermakna selamat."islam" juga asal dari perkataan "salam" ini.
sesiapa belajar bahasa arab pasti tahu..
apapun artikel 'tak boleh guna perkataan salam' tu unknown writer, sumber yang tak jelas dan ada penerangan yang tidak habis....saya tak mahu cakap panjang....baca lebih lanjut kat

YUMMY TUTTI FRUTTI

kamu semua mesti tau kan????ala yogurt yang sedap macam eskem tu.....
ni la makanan sedap tu....hari ni saya dibelanja orang menikmati yogurt sedap ni...hohohoho......
yang bagusnya, tutti frutti ni bukan aiskrim. ia adalah yogurt. yang rendah lemak.rendah kalori.dan tinggi calciyum!..XD

lain kali nak makan,saya nak ambil mangkuk kecil je lah.XD