Pages

ORYSENSE

Orysense

ENTRI SI PEMALAS

sebenarnya..aku tak ada mood nak buat entri.
aku sakit perut.
kucing aku mati.
satu bende je buat aku happy.
aku dapat kerja.
ok dah.

HIDUP BARU

aku dapat kerja.
aku nak cari rumah.
aku nak duduk sendiri.
sebab nak bela kucing.

ALHAMDULILLAH...

alhamdulillah..temu duga selesai dan cuma menunggu keputusan..
Allah..permudahkan urusanku..
AAMIIN

PERMUDAHKANLAH...

 YA ALLAH, YA TUHAN KAMI, KURNIAKANLAH KEPADA KAMI RAHMAT DARI SISI-MU DAN BERILAH PETUNJUK KEPADA KAMI DALAM URUSAN KAMI DENGAN SEGALA PETUNJUK. MUDAHKANLAH URUSAN KAMI YA ALLAH, PERMUDAHKANLAH JANGAN DISULITKAN KERANA ENGKAULAH YANG MAHA MEMUDAHKAN, SEGALA YANG SUSAH ADALAH MUDAH BAGI-MU. YA ALLAH, SEMPURNAKANLAH DENGAN SEGALA KEBAIKAN DENGAN RAHMAT-MU, YA ALLAH WAHAI YANG PALING MENGASIHANI DARIPADA SEGALA YANG MENGASIHANI.

AAMIIIN.

Photobucket
*harap-harap mudah semua urusan temuduga aku lusa. kawan-kawan doakan saya juga ya.

JANGAN PAKAI CERMIN MATA HITAM

ehem..maksud aku yang beli murah-murah dekat TS or mana-mana gerai.
memang cantik, macam-macam gaya, murah pula tapi rupanya efeknya agak bahaya juga pada mata..

dalam keadaan normal tanpa memakai cermin mata hitam, anak mata kita akan mengecil bila terkena cahaya. ini adalah tindakan semula jadi mata mengawal jumlah cahaya yang masuk ke dalam mata, termasuk sinar UV. jadi bila kita pakai cermin mata hitam(yang murahan tanpa pelindung UV), secara automatik, cahaya jadi kurang masuk ke dalam mata. anak mata membesar untuk membenarkan lebih cahaya masuk ke dalam mata. dan lojiknya, sinar UV pun masuk lebih dari yang sepatutnya ke dalam mata

dalam tak sedar, konon nak cantik, atau mengelak silau, kita dah pun merosakkan mata yang cuma ada sepasang ni...TAHNIAH!
http://www.emocutez.com

aku baru tahu je pun..

serius aku tak tipu.nasihat ni optometris sendiri yang beritahu pada aku. jadi, aku dan mak aku dinasihatkan tidak memakai sebarangan cermin mata hitam, bukan tak boleh pakai, boleh..tapi beli dari kedai yang betul. yang memang ada pelindung UV tak akan di jual begitu murahan.

mungkin kalau dilihat dari sudut perniagaan, mesti kamu semua nak cakap, 'eleh, dia nak laku kan jualan kedai dia la'

tak percaya terpulang, tapi fikir semula. mata kita cuma sepasang. kalau rosak, tak ada ganti.

*nasib baik pergi periksa mata. sah aku tak sesuai pakai contact lense.huhuhu. sesiapa selalu kena ketumbit, itu adalah petanda awal tak sesuai. agak-agak pakai sekejap boleh tak?

KARA-TAK-OKEY

tahan telinga dengar saya menyumbangkan lagu kemelut di muara kasih ni ya.

rindu lah nak karatakokey lagi..

KEBAL NUR KASIH THE MOVIE, TAPI CAIR DENGAN MAT LUTHFI?

siapa dah tengok video tentang bapa yang mat luthfi buat?
aku dengan tiba-tiba menitis air mata selepas kawan dia cakap 'aku tau la..dah 12 tahun aku jadi ayah pada adik-adik aku'

snap!!memang ada sesuatu yang menyengat dalam hati aku.
sebenarnya situasi yang mat luthfi cerita tu pun aku pernah alami, sebelum aku masuk poli dulu.

masa tu adalah tempoh 'sakit' bagi aku(masa tu je la) sampai aku rasa arwah tak sayang aku pun..(teruk betul aku)

dah tentulah arwah sayang aku. aku kan anak arwah? aku pernah demam panas teruk..mungkin lebih 40'c sebab hampir sawan. arwah berkejar balik sungai tiang, dari ipoh, risaukan aku. aku pernah demam teruk, sebab terlampau letih, sebaik sahaja balik dari langkawi. seluruh badan aku tak bertenaga langsung.kesan keletihan+tak cukup tidur+demam serentak. arwah berat nak lepaskan aku balik melaka, sebab aku masih 'lembik', tapi terpaksa bagi aku balik sebab m.c aku dah habis. sampai sekarang aku ingat lagi, sebelum naik bas dia tepuk dan usap belakang aku, satu perkara yang dah lama dia tak buat sejak aku dah besar gemuk macam beruang..serius, aku menangis dalam bas masa tu.

tapi semakin aku meningkat usia, aku mula berfikir kalaulah, aku ikut je cakap arwah ayah aku dulu, aku tak jadi macam ni. tapi kalau aku tak buat macam tu dulu, aku rasa aku tak akan 'kenal' dunia seperti mana arwah bapak aku 'kenal' dunia. mungkin juga aku masih dalam state rebel kepada orang tua aku, kalau aku megikut jalan yang arwah mahu aku ikut.

cuma,

apapun yang kita mahu buat, biarlah dalam restu dan redha orang tua. sebab sebagai anak, ibu bapa adalah syurga kita.

okeylah..aku nak cari tisu. Mat Luthfi, kau buat aku cair!(bukan jatuh cinta ye), dan nur kasih the movie, kamu gagal!!

::RANDOM RANT:: TAK SABAR

hoho..banyak perkara yang aku rasa tak sabar-sabar nak tunggu tahun 2012.
terutamanya misi melengkapkan koleksi novel fantasi aku..
lebih-lebih lagi ini

nak tahu kenapa?? aku dapat je novel grafik twilight jilid 2, maka lengkap lah koleksi.
tak percaya?
cool kan??

selain tu, aku juga tengah tunggu keluaran ke-4 siri wings, dan buku ke-2 siri angel:angel fire.
oh..mesti kamu hairan kan, buku bahasa inggeris yang aku baca semua fantasi makhluk agak supernatural? aku suka berimaginasi semasa membaca. novel tempatan lebih kepada realiti, jadi aku tak payah susah-susah bayangkan perkara pelik-pelik, magik-magik, cuma perlu bayangkan muka watak, kawasan kerja/tempat tinggal, perasaan watak. sudah.

::NOVEL:: WINGS-SPELLS-WILD-DESTINY

 u.s version

u.k version

sebenarnya, tajuk di atas adalah novel karya aprillyne pike. cerita berkenaan pari-pari yang hidup dikalangan manusia.

bunyi klise kan?

tapi sebenarnya tak la sangat.

sebab pari-pari yang digambarkan oleh penulis adalah sangat berbeza dari apa yang kita selalu bayangkan.

pari-pari adalah evolusi terhebat tumbuh-tumbuhan, mempunyai akal, berfizikal manusia, mempunyai nafsu dan perasaan(standard la..makhluk), tak makan makanan berdaging/berdarah(vegetarian), walaupun nampak muda, tapi tak semestinya 'muda', ada 'talent' atau kuasa mengikut kasta(winter faerie paling rare dan duduk dalam kasta tertinggi) dan yang paling menarik bila pari-pari perempuan 'berbunga'

watak utama cerita ni, laurel tidak menyedari apakah beliau sebenarnya sehingga usianya 16 tahun, iaitu sewaktu dia mula berbunga. yelah siapa tak pelik kalau tiba-tiba tumbuh bunga di belakang badan..er..tak la tiba-tiba celik mata terus ada kelopak bunga..adalah tanda-tanda awal, cuma dia tak tahu sehingga kelopak bunga keluar. selepas itu, bermacam-macam peristiwa pelik berlaku, terjumpa tamani-pari-pari sentri yang kacak, yang memberitahu rahsia yang mengejutkan laurel-bahawa dia sebenarnya adalah fall faerie yang menduduki kasta kedua selepas winter faerie. kiranya winter dengan fall ni dalan jenis yang jarang 'dilahirkan'

walaupun susah nak terima kenyataan, laurel akhirnya terpaksa akur dengan kenyataan, tambahan pula hasil eksperimen terhadap diri sendiri memang mengesahkan laurel ni tumbuh-tumbuhan.

penilaian aku terhadap novel ni?

aku suka! kecuali aku tak suka laurel, aku tak suka david. dan kasihan tamani.
laurel bagi aku mengada-ngada. bercinta-cintun dengan david, pada masa yang sama beri harapan juga pada tamani. kenapalah dia tak bulatkan je hati pilih tamani? pada aku dia banyak sebab kenapa dia mesti pilih tamani. aku takkan dedahkan dalam entri ini kenapa sebab aku nak kamu semua cari, beli, sewa, curi atau pinjam atau baca secara percuma dekat kinokuniya.

oh..lupa pula..wings ni ada 4 siri. setakat ni baru terbit 3. wings, spells, illusion(us) @ wild(uk). buku yang ke-4 akan terbit di u.s may tahun depan..nak sampai malaysia..huh lambat lagi la...agak tak sabar beli la dekat amazon..hehe

-UPDATE-

KOLEKSI APRILYNNE PIKE DAH COMPLETE. YAY!

AKTIVITI YANG DAH LAMA AKU TINGGALKAN

dulu, masa aku masih seorang pelajar politeknik, aku agak aktif ikut aktiviti jalan-jalan dalam hutan, tak kira ikut pengakap kelana atau plan mandi air terjun di sagil atau mandi kolam air panas di gadek malam-malam..eh, apa kaitan gadek dengan hutan??erk..

tak kisahlah..yang penting, aku rindu betul nak buat aktiviti macam tu lagi sekarang...
sangat-sangat teringin oh...

ada satu tempat, yang aku teringin sangat nak panjat..

bukan broga
(walaupun aku tak pernah panjat bukit ni)

tapi bukit tabur.
aku suka pemandangan macam ni.
entah bila boleh panjat tak tahulah...

KAWAN MERANGKAP ADIK BARU 2

entri awal tekan sini
untuk kali ini, hanya gambar.

 bourne@bon-bon yang ramah tamah sungguh


 hero@iyo yang moody tapi suka perhatian


rangga@ching-selamat berkawan dengan janggut@kucong dan kuning!

nak tahu cerita kunjungan aku ke rumah PH di semenyih, jangan malu-malu klik sini

::GILA DRAMA:: NORA ELENA : TAMAT

tamat sudah drama nora elena.
agaknya ramai kot yang tak puas tengok drama ni kan?
hahahaaha..
tapi bagi aku, versi drama ni dah kurang perencah. sebab versi novel lebih umph!!
betul. siapa pernah baca novel KASIH YANG SUCI karya MEEN ZULAIKHA,
aku yakin, kamu semua akan setuju dengan aku.

aku semakin teruja dengan kualiti drama melayu sekarang. tak sabar menanti yang seterusnya(walaupun aku bukan kaki tv...)harap-harap akan datang drama-drama yang bagus akan dijual dalam bentuk dvd, supaya boleh bersaing dengan kebanjiran drama luar. lagipun bukan semua orang ada masa nak menonton tv kan??(macam aku)
dan lagi..tak la nanti pening mana nak cari drama-drama yang kita rasa nak tengok banyak kali(tanpa menunggu siaran ulangan) memandangkan banyak laman perkongsian fail bakal disekat(sampai laman web rasmi kerajaan kena godam *padan muka, sekat la lagi*)

oh sudah dengan bebelan merapu...aku cuma harap banyak lagi novel-novel yang menarik yang akan jadi drama..atau filem..
contoh:
novel trilogi ramlee awang murshid.aku tak ingat tajuk...tapi watak utamanya laksamana sunan tu..kalau jadi filem trilogi ala-ala twilight saga..kan 'cool'?

novel cinta dari istana.aku pernah buat review. rujuk sini. komedi romantik gitu..

novel kisah kasih. menarik juga untuk drama.

oh..sudah-sudah merapu. entri kali ini panjang merapu.okey. nak publish. daa!!

JAWAPAN

masih tentang mata..
*terima kasih encik google
malam tadi aku jengah blog optometris ni dan bertanyakan soalan.
satu berkenaan penggunaan CL dan satu lagi tentang rabun.
nampaknya aku kena pergi check mata cepat!

soalan:
salam. nak tanya sikit.baru2 ni sy ada pakai contact lense warna freshkon.untuk solution pakai renu. saja2 nak cuba pakai.saya tak la rabun, cuma ada silau sikit.tahap silau tu tak pasti lama x check. masalahnya saya punya mata rasa kering jadi selalu la guna eye drop(utk contact lense).selalunya saya pakai pun tak lama, maksimum 6jam sebab rasa kering sampai rasa mata bengkak dan gatal sikit. ada sekali tu saya pakai sampai saya rasa kering+silau melampau sampai pening.

1.adakah saya ni x sesuai pakai CL ataupun CL tu yang tak sesuai dengan mata saya?

2.kalau ikut lojik rabun tak boleh sembuh kan.tapi dulu(mb dalam tahun 2003@2004) saya pernah buat pemeriksaan mata berkomputer dan disahkan ada rabun+silau yang sama range (50 cmtula kot).tahun 2005 periksa lagi,power naik ke 70.tapi masih tak pakai spek.tahun 2007 sekali lagi buat, rabun dah tak ada cuma ada silau.adakah rabun tu jadi 'hilang' sbb mata saya dah terbiasa dgn imej yang saya nampak hari2 atau mesin yg silap?

maaflah soalan kalau cam tak pandai.tapi saya mmg tak tahu dan nak tahu.

jawapan:
yg pertama

tak semua sesuai pakai CL tapi actually masalah tu ada penyelesaian kebiasaannya...

banyak sebab dan keadaan yg menjadikan saudari mengalami simptom yg dinyatakan.. antaranya, CL terlalu ketat dengan mata, mata saudari tidak mempunyai kualiti air mata yg sesuai untuk pemakaian CL, saudari mempunyai alergi, CL sudah luput tarikh (expired), CL koyak di bgn tepi, dan mcm2 lagi..

saudari boleh periksa keadaan mata dengan optometrist di mana2 hospital dan pusat optometris swasta.

yg kedua..

utk masalah rabun turun ni mmg ramai yg mengalami situasi mcm saudari.. kalau nak tahu kenapa perkara ni terjadi boleh baca artikel sy tentang pemeriksaan mata berkomputer (link ada di sidebar blog ini....:)

power yg dikatakan turun ini selalunya tidak signifikan pun dan bergantung kepada ralat pemeriksa..

ralat ini berlaku kerana pemeriksaan mata dilakukan oleh mesin ataupun juruoptik yg tidak bertauliah...

jika power mata turun dengan signifikan pun pasti ada penjelasannya (katarak, diebetes) tapi kes ini jarang2 berlaku...

terima kasih bertanya...

sesiapa ada soalan tentang mata,boleh lah terjah

*sayangi mata kita!

SALAH PAKAI

agaknya aku dah salah pakai contact lense.
aku sepatutnya periksa dulu kondisi mata aku.
lagi-lagi aku ada silau.
sebab tu tak selesa kot?
kalau ikut website acuevue ni, bola mata orang yang silau ni tak sfera, lebih kepada bujur..
rujuk sini
jadi contact lense biasa untuk bola mata yang sfera tak sesuai kot?
hmmm...aku pun tak pasti.
lebih baik tanya pada yang pakar.
*aku takkan pakai tanpa nasihat optometris lepas ni

JERITAN BATIN

AAAAAAAAAAAAAAAAAARRRRRGGGGGGHHHH!!!!!!
AKU NAK SHOPPIIIIIIIINGGGGGG!!!!
sape nak bagi aku duit banyak-banyak untuk shopping sampai muflis??
memang aku akan saaaaaaayang sangat!
(buat mulut meow sambil dekat-dekat konon nak *ambung..hehehe)

KAWAN MERANGKAP ADIK BARU

isnin lepas, aku ke shah alam. kemas-kemas barang untuk bawa balik kampung. selain tu, nak pergi ambil seekor kawan, kat semenyih. itu pun kalau dah sembuh..tapi masa dalam perjalanan, dapat mesej dari mama hero(MH) bagi tau, kawan tu sudah sihat, dan boleh diambil. wah...gembira..jadi aku ambil keputusan untuk ambil pada hari selasa..

kawan merangkap adik ni namanya rangga. manis rupanya(walaupun agak busyuk sikit, belum mandikan lagi. nak tunggu kesan luka baik sepenuhnya).
jadi selasa lepas aku rasa bertuah sangat, sebab dapat nampak dan pegang sendiri hero a.k.a iyo.
iyo moody sikit..sebab comel baru pergi. kesian sangat...

kedatangan aku dengan olah(adik aku) disambut oleh MH dan kucing-kucing yang ramai...hehehe..ada mak tam, raka, bourne, blacky, err...tak ingat pula semua nama kucing-kucing tu semua.
dah la tu, galak pula kucing-kucing ni gigit selipar adik aku..hehe...habis berlubang-lubang.

sambutan mak tam paling hangat. mungkin sebab aku terus kenal dan panggil nama dia, dia pun selamba gesel-gesel kat aku. bourne pun suka je bila aku ajak dia main-main. raka agak takut-takut sikit..tapi corak raka cantik sangat. geram je tengok. blacky tak malu, dah besar pun nak menyusu lagi....kucing..kucing...

walaupun iyo agak moody, aku tetap gosok2 kepala dia sebagai salam perkenalan. kelakar juga tengok dia cuba keluar melalui celah-celah grill...tapi akhirnya berjaya...teringin kot nak main kat luar, tapi ryan yang garang tu akan cederakan iyo kalau iyo keluar..

serius..aku tak faham kenapa ada orang yang sanggup aniaya haiwan-haiwan kecil yang tak mampu melawan macam kucing-kucing ni semua. padahal, tengok gelagat kucing-kucing ni pun boleh buat aku senyum senang hati..aku percaya, kalau kita berbuat baik pada mereka ni, mereka akan tak putus-putus mendoakan kesejahteraan kita. lagipun, memberi haiwan makanan dan perlindungan juga merupakan salah satu punca pintu rezeki. tak guna dipandang alim tapi dengan kucing seekor pun tak boleh berbuat baik.

nak gambar klik sini

CERITA PERKAHWINAN DAN TERENGGANU

awal jun lepas, aku ke terengganu. mengiring pengantin. yang menjadi pengantin adalah adik kepada encik tunang kesayangan..hehe..
wow..perjalanan yang sangat memakan masa dan tenaga. sungguh! lain kali(itu pun kalau ada peluang) tak akan memandu ke pantai timur. naik kapal terbang lagi senang.(bunyi macam harga tiket tu seringgit dua je)

sepanjang perjalanan, kami cuma singgah di beberapa stesyen minyak, untuk menyahut seruan alam dan mengisi minyak. walaupun melalui jalan pesisir pantai, langsung tidak berkesempatan untuk singgah...ruginya!!!!

terengganu sangat bersih. ini aku, sepupu aku dan encik tunang sama-sama setuju. air laut sangat biru....teruja sungguh!!!
aku jadi driver masa ni.

rancangan awal kami sepatutnya 3hari 2 malam di sana. tapi sebab hal-hal tertentu aku mengambil keputusan untuk pulang pada hari yang kedua. jadi rombongan berpecah dari pekan losong.

masa inilah kami berpeluang singgah bermain air di tepi pantai. walaupun sekejap..tapi seronok!

cik sepupu

encik tunang(muka kami dah penat)

lepas main air, kami memneruskan perjalanan pulang ke selangor. aku pecut laju-laju. konon tak mahu lalu karak tengah malam. hahaha...sampai terlanggar lampu merah. harap-harap tak kena saman lah....aamiiin...

HUHUI..MENANG CONTEST!

ingat tak sebelum ni aku ada join satu contest?? ala...susah-susah rujuk sini
dengan tidak disangka..aku menang..tempat ketiga..dan..dapat hadiah istimewa juga..
rezeki nak kahwin agaknya...hehe...terubat rasa penat balik dari terengganu.
terima kasih tuan contest, blog red apple.
tahniah juga pemenang-pemenang lain..!!