Pages

ORYSENSE

Orysense

ANAK KUCING 4 HARI

salah seekor daripada anak-anak rangga.
besar kan?

KELUARGA BESAR



MERDEKA-RAYA

assalamualaikum!selamat pagi!

siapa tunggu detik 12 tengah malam malam tadi dan jerit
MERDEKA!!! kuat-kuat???

aku...tak...hehe..tertidur lah..penat.
apapun..selamat menyambut hari kemerdekaan
semoga keamanan yang kita kecapi ini berkekalan selama bumi masih berputar pada paksinya.

jadi...sudah hari kedua raya...banyak tak duit raya terkumpul?
ke..banyak duit raya yang terkeluar??
XD

hari ini aku cuma nak membebel merapu...lagipun aku tak ada cerita baru lah nak kongsi....

okey..sekali lagi..
MERDEKA TO ALL MALAYSIANS!!
(jangan lupa hari malaysia 16 september nanti)

JATUH CHENTA:LIOELE SECRET PORE RICH BALM

huhui...sempatkan juga lah buat entri jatuh chenta kali ni...
produk yang aku nak cerita ialah LIOELE SECRET PORE RICH BALM.
apa benda ni?

produk ni merupakan base atau asas mekap. tapi nak kata asas sangat pun tak juga sebab produk ni lebih baik disapu di kawasan yang diperlukan sahaja.(nak sapu satu muka pun terpulang....tapi aku sayang..sebab mahal kot...)

okeylah...biar aku senaraikan perkara yang buat aku jatuh chenta dengan produk ni.
  • sesuai sangat dengan kulit berminyak. kawalan minyak dia superb i tell you..
  • nampak macam krim dalam botol, tapi jadi powdery selepas disapu pada kulit..no greasy feeling langsung.
  • membuat sapuan bb cream/foundation nampak lebih smooth(lebih-lebih lagi pada yang ada pore yang boleh nampak sebatu jauhnya macam aku)
  • boleh juga disapu atas mekap..betul ini aku tak tipu..efek lagi smooth!
aku baru guna sekali, tapi dah nampak keberkesanannya...aku memang selalu bermasalah pada bahagian t-zone..foundation memang nampak bertompok pada bahagian hidung...=.="
tapi produk ni memang aku punya HG lah...serius..
kalau habis aku sanggup beli lagi!

ANAK-ANAK RANGGA DAH KELUAR DARI PERUT!!

ada tiga ekor...semua telon..(tiga warna)
mak aku kata dia dua hari tak keluar dari laci ni..jaga anak-anak dia..
anak-anak dia sihat-sihat..gemuk gebu...geram aku tengok..rasa nak picit-picit...hahaha..

aku dah pindahkan rangga dan anak-anak ke sangkar. kesian tengok dalam laci tu...

SELAMAT HARI RAYA-FLASH EDITION-

terima kasih encik ayeem ayam yang bermurah hati benarkan kami-kami jadi 'mr mime' sekejap.

BELI BELAH PANGGILAN TERAKHIR

tajuk konon gempak sangat kan..sebenarnya tak pun....maaflah...baru sekarang aku update lagi...
semalam aku sempat pergi the mall, kl untuk shopping..kenapa the mall?
aku dah cerita dalam entri ini

ok aku memang berjaya sampai dekat kaunter lioele. dan aku beli dua benda je..tujuan aku nak satu..tapi tiba-tiba jadi dua pula..T-T
tapi dapat 4 sampel bb cream!! XD
lepas tu pergi elianto pula...beli dua benda juga...

uhuh..maafkan aku sebab rupa tilam bilik baru aku ni buruk betul.....nak beli baru fulus tak ada....T-T

okeylah aku sibuk ni..nak kemas-kemas,lap-lap...
nanti aku dah guna barang-barang aku beli ni, aku review..

6 BLOG YANG BUAT AKU JATUH CHENTA

tengok tajuk pun dah tahu kan...ini adalah blog pencinta meow! dan aku juga adalah pencinta meow! apa yang menarik, kehidupan seharian kucing-kucing belaan meowmania ni dipaparkan dengan begitu kreatif sekali. macam 'a picture speaks thousands of word.' haa...gitu la...dan selalunya aku mesti ketawa dengan gelagat kucing-kucing dia.

blog yang sangat mempunyai identiti, kreatif lagi. entrinya menggunakan contengan ringkas atas sticky notes, dan sangat menarik!!tapi jarang update...yalah, bbukan senang nak melukis kot...

okey..penggemar novel pasti dah kenal nama ni. aku pernah buat review salah satu novel dia..menarik.e-novel dia yang baru(untuk tatapan di blog sahaja) betul-betul manarik..dan aku tak sabar menunggu novel baru dia keluar. pasti akan beli satu..mungkin akan beli terus dengan dia(nak sign punya pasal..)

tuan blog ni namanya ide. apa yang aku suka tentang blog ni, entri-entri yang sinikal sarkastik. cara dia menghargai pengomen-pengomen blog dia sangat unik! cuma...dia dah jarang update..sibuk kot..

ohohoho...blog ni mesti orang kenal..unik gila. header flash tu..teringin pula aku nak buat...hehe...aku paling suka entri segmen memori dia...bentuk diari buku sekolah...dan pakai flash tu....banyak orang kata dia lucah tapi pada aku dia nakal sikit...tapi menghiburkan!

save the best for last....
nisa kay(aku lebih mesra panggil dia kay) adalah individu yang membuatkan aku mengaktifkan blog aku yang hampir bersawang..ya,dulu aku ada satu blog lain(bukan cerita suka suki). dalam tu adalah cubaan aku nak menulis e-novel.tapi cuma setakat itu. aku dah delete pun blog tu..
jadi kay ada bahagianlah dalam kelahiran cerita suka suki ni.
kenapa aku suka blog dia?
hmmm...aku suka tengok dia kot?comel..heheehee..

SELAMAT HARI RAYA

aku nak ambil kesempatan ni untuk mengucapkan selamat hari raya kepada semua kawan-kawan yang mengenali atau tak begitu mengenali aku.
maaf kalau ada kekasaran bahasa penulisan selama aku menlis blog, harap dimaafkan.
kepada yang akan memulakan pengembaraan balik kampung, hati-hati dan banyak-bayak bersabar. jangan lupa pasang lagu untuk di-k-box-kan dalam kereta.
yang naik motorsikal, jangan cuba-cuba berbalas sms atau jawab telefon semasa menunggang.
okey..itu je ucapan raya aku untuk kali ini.
okey aku pun nak berkemas dan membungkus apa-apa yang patut.
maklum lah, esok nak mengembara..
hehe

ESOK: JOM SHOPPING

aku nak pergi KL esok.
aku nak shopping.
kenapa KL? ada apa dengan KL?

jawapan:sebab dekat KL sahaja ada kaunter LIOELE.
apa tu LIOELE?

sama macam etude house lah. sort of korean brand's makeup line.

i am addicted to korean thingy...so??

kalau aku berjaya sampai KL esok, berjaya beli barang LIOELE, aku akan review, macam biasa..
heehee...

(eyeliner aku dipatahkan oleh anak buah aku...kejam...T-T)

CERITA 2AM TENTANG GADIS MALAYSIA

nak tengok sesuatu yang menarik?

interview ni aku jumpa secara tak sengaja di youtube(nampak sangat kau kaki YT kan cik salhah?)
aku kira mamat 2AM ni kagum dengan gadis malaysia ni...tapi yang kelakarnya...kegilaan kpop yang ketara...sampai sanggup berbahasa hangul..'oppa sign!'

XDD

VLOGGER : AmanWan

perasan tak..kalau aku ada buka cerita pasal encik aaron aziz, mesti aku akan letak nama AmanWan sekali....
nak tau kenapa?
sebab parodi dan mimicking aaron aziz yang berjaya!!

kalau yang selalu buka youtube, mesti la tak asing lagi dengan nama AmanWan ni..
vlog-vlog beliau memang menggelikan hati...
dia ni sudah menjadi antara youtubers malaysia yang aku suka lah selain matluthfi90..(cet..macam banyak sangat yang kau kenal cik salhah?)

video dia yang paling aku suka???hmmm...hmm.....semua lah kot....sebab semua pun gila-gila(biasalah budak archi memang gila-tiba-tiba lah pula kan...)
matluthfi pun student archi juga...
(aku je yang tak berjaya T-T)

okeylah..berhenti membebel..jangan perasan ada yang nak baca...
layan ni..

INI KUCING JALANAN...KOT

aku selalu nampak 2 ekor kucing ni berlegar-legar sekitar tempat kerja aku...mungkin mereka ni suami isteri kot..hehehehe..
tapi bila aku datang dekat yang betina ni saja yang tak lari...
jadi dapat lah aku gomol-gomol dia...

kesian..kaki belakang dia sakit...suami dia pun terdengkot-dengkot berjalan....
tapi serius badan bulat..walaupun bulu tak lembut
tergolek lepas digosok..

JATUH CHENTA : NATURACTOR COVER FACE

1008201161310082011615
1008201161610082011618
1008201161910082011620
pertama sekali…ini bukan sekadar entri review…ini juga entri contest untuk blogshop NATURACTOR COLLECTIONS yang dimiliki oleh KAK ZUNITA RAMLI.(klik banner untuk link)
Picture 16
sebenarnya aku tak la meletak expectation yang tinggi melangit pada naturactor cover face ni..tapi tidak la juga skeptik pada produk ni..(lagipun saya biasanya guna bb cream)tapi selepas mencuba sendiri foundation ni…aku boleh kata WOW!! pada coverage yang diberikan oleh NCvF(singkatan naturactor cover face)

mula-mula aku buka sampul surat dari jepun ni(aku cium-cium juga sampul..kot-kot ada bau bunga sakura ke…XD), aku agak terperanjat juga lah..sebab jar NCvF ni kecil saja…tapi buka je penutup…tu dia..memang padatlah…
(sampai tertidur aku menaip…XD)

lepas tu. aku calit sikit dengan jari…(sebelum tu aku bersihkan tangan aku guna hand sanitizer dulu)..tujuannya aku nak rasa dulu tekstur foundation ni…ya..
okeylah…biar aku buat point tentang NCvF ni
  • bekas kecil, mudah untuk penyimpanan
  • ada bau sedikit wangi(light floral scents) tapi bila dah sapu bau ni dah tak ada
  • tekstur yang krim pada awal tapi powdery(erk) bila dah rata..agak sama dengan revlon(aku dah tak ingat pula range yang mana) dan ringan pada kulit. ni aku suka!!
  • biasanya orang pakai NCvF ni pakai span yang tiga segi warna putih tu…tapi, aku buat beberapa eksperimen pemakaian NCvF ni..

  • foundation brush
11082011621
(sila abaikan pencahayaan yang tak betul)
  • sapuan tebal sikit..(mungkin sebab tak berapa sesuai pakai berus kot)
  • menjelang tengah hari muka aku berminyak(padahal kerja dalam air cond),dan aku nampak ada tompok-tompok pada hidung…(lap..lap pakai tisu..)aku tak pasti sebab pakai berus atau sebab loose powder yang tak kena.

  • Jari
    12082011624
    • sapuan nipis. haba dari tangan cepat buat NCvF ni mesra dengan kulit..jadi nampak natural lah!
    • ni memang tahan sampai petang. tak ada tompok-tompok.
      •   span
      1708201164417082011650
        sebelum dan selepas
        • sapuan tebal sikit dari guna jari.
        • kali pertama guna span bila kawasan t-zone aku berminyak memang akan nampak lah tompok-tompok bedak(tak seteruk pakai berus)..dekat t-zone sahaja..kawasan lain okey.
        • kali kedua, lepas sapu aku tekap tapak tangan ke muka, supaya bedak mesra dengan kulit..berjaya!!walaupun t-zone masih berminyak, tapi tak la sampai berkilau..paling penting tak nampak tompok-tompok pore dekat hidung tu..
        jadi..kesimpulan aku, sapuan terbaik adalah menggunakan jari(walaupun nanti jari kotor) sebab haba dari tangan dan geseran pada muka membantu NCvF ni cepat mesra pada kulit. lagipun tak ada rasa lekit atau minyak pada muka lepas sapu, tapi pada kulit kombinasi-berminyak(macam aku), tak ada lah mekap bertahan sampai 8 atau 12 jam(kecuali kalau pakai face primer yang betul-betul bagus)…tak tahulah kalau atas kulit normal atau kering. lagipun nak tahan lama-lama sangat buat apa kan…tengah hari buang juga sebab nak SOLAT.
        XD
        oh..seperkara lagi…nak remove NCvF ni kena betul-betul dengan makeup remover yang bagus ya…sebab kena pastikan betul-betul tak ada sisa..
        aku? oh..aku guna cleansing oil biore…senang. masa mandi pun boleh. tak payah kapas. bilas dengan air. muka pun bersih..oyeah!
        akhir sekali..slogan…yaaaa…slogan…contest ni mewajibkan peserta menulis slogan okey…maklumlah..hadiahnya lumayan juga(pada makeup maniac macam aku lah)
        "NATURACTOR COLLECTIONS adalah online shopping terbaik untuk membeli barangan make up kerana..." (tidak lebih dari 50 patah perkataan).
        barangannya terjamin tulen, berkualiti dan eksklusif dari Jepun pada harga yang berpatutan.
        (12 patah perkataan je)
        dan ini gambar resit sebagai bukti pembelian (yang mana adalah salah satu syarat penyertaan)
        17082011640
        10082011614

        PMS

        ehem..

        topik ni kalau zaman dahulu kala mesti dah buat anak dara gushing blushing tanpa blusher. secara automatik pula tu…cool kan???tapi zaman sekarang ni benda ni dah jadi open.selamba katak puru masuk rumah je anak dara sekarang mengumumkan diri tengah senggugut atau sedang kedatangan ‘kawan baik’ kepada kawan-kawan lelaki…(lagi-lagi dalam bulan puasa ni..ada pula yang selamba minum di khalayak dengan berjaya…)

         

        ooopppsss…panjang pula mukadimah kan…aku bukan nak membebel merapu okey…terus kepada topik.

        PMS(pre menstrual syndrome)

        bukan semua gadis@wanita ada merasa simptom-simptomm pms ni..biasanya dalam seminggu sebelum kawan baik datang gejalanya dah boleh dirasa..

         

        antaranya:

        • sengal-sengal badan
        • sakit pinggang
        • cepat penat

        itu yang fizikal. emosi juga mungkin turut berubah.

        • mood berubah dengan pantas
        • terlebih happy/sedih/marah/tertekan
        • keinginan makan yang meluap-luap(macam mengidamlah kiranya)

        heh…aku bukan pengkaji dan apa yang aku sajikan ni bukan dari mana-mana kajian.ini apa yang aku alami sendiri.sebab itu aku kata tak semua orang merasa. pada yang tak merasa tu aku kira bakal pasangan mereka nanti bertuahlah…sebab dapat yang tidak banyak kerenah..

         

        nasiblah encik tunang…awak dapat saya yang cerewet sebulan sekali..

        XD

        BILA SAKIT

        bila sakit semua jadi tunggang langgang.
        sakit tekak je pun...tapi boleh buat aku menyumpah seranah dengan berjaya(kes jammed la ni)
        hoh..mengurangkan pahala puasa aje..

        tapi aku bukan setakat sakit tekak.
        suara aku sekali tak ada, aku ada minor punya demam, badan aku sakit-sakit, air liur rasa pahit, nak pergi klinik tak ada sen, lepas tu terpaksa lalu jalan sesak(nak jimat duit tol punya kes) so you tell me...how come i did not curse?

        bloody suckturday.

        KOREA POP…KE?

        haha…isu ni dah basi sebenarnya…cuma aku nak kongsi status facebook kawan ‘maya’ aku..

        (klik untuk tumbesaran)

        status xan

        the komplen

        komen aku

        compliment

        aku dah tengok video clip max 24:7…

        *tiba-tiba anak tekak kembang*

        tidak..beta sama sekali tak akan mencemar duli meletak video klip itu di sini…

        sebab aku geli..harap maaf!!!

        AKU RASA MARAH

        betul la kata pepatah....
        mak ayah boleh jaga 12 anak, tapi 12 anak nak jaga mak ayah bukan main susah!
        kenapa aku kata macam tu?
        sebab perkara macam tu sedang berlaku dalam keluarga aku.
        dan buat aku sakit hati.

        dulu aku rasa macam tak setuju pepayah tu sebab ayah aku jaga orang tua dia(mbah lanang dengan mbah wedok aku la) baik punya. aku ingat lagi masa arwah mbah lanang aku sakit kuat masa aku sekolah rendah...kami..ya..KAMI SATU KELUARGA kena angkut balik kampung SETIAP HARI yang mana perjalanan ambil masa 2jam.
        petang lepas sekolah balik kampung, pagi-pagi buta pukul 4 balik bota.
        setiap hari...seingat aku adalah dua minggu..atau lebih kot.
        dan kami sekeluarga TAK PERNAH dapat pergi bercuti kerana komitmen arwah bapak aku kepada orang tuanya.(kalau ada pun pergi teluk batik, atau segari..itupun sebab sekolah dia buat aktiviti kat sana)
        aku harap arwah bapak aku diberi ganjaran yang sepatutnya dia dapat sebagai anak yang taat.AMIN.

        tapi itu ayah aku. setiap manusia berbeza.
        sekarang mak aku menjaga ayah dia(atuk aku lah) full time, dekat rumah atuk aku.
        aku tak kisah. mak aku pun dah tak ada tanggung jawab lain(selain kepada anak-anak dia; kami adik beradik) tapi...sampai mak aku tak balik-balik rumah.
        sampai aku rasa, wah..mentang-mentang mak aku sudah tak bersuami, senang-senang je ke lepas tangan??? hello..mak aku pun ada anak-anak yang nak perhatian juga la..beri lah mak aku rehat hujung minggu, balik rumah, pergi jalan-jalan dengan anak-anak....ini...24/7, sepanjang tahun...orang lain pantang cuti sekolah awal-awal dah tempah hotel pergi bercuti...apa tu????
        balik la..jenguk atuk yang nak perhatian anak-anak..yang tak berapa sihat...sudahlah cuti hujung minggu pun jarang sangat balik...huh.tak puas hati.aku rasa marah.
        aku tahu setiap orang ada komitmen. tapi bila mengenangkan arwah bapak aku, seorang pengetua, ayah dan anak sangat komited dengan komitmen terhadap pelajar sekolah dia, orang bawahan dia, kena pantau kewangan sekolah, anak-anak dia yang nakal tak ingat, tapi pada masa yang sama TAK PERNAH CULAS ATAU LEPAS TANGAN semasa menjaga orang tua. dan itu yang selalu aku ingatkan kepada adik-adik aku...kerana mereka lelaki. sebab tanggung jawab utama mereka adalah terhadap orang tua.

        aku bercerita bukan membuka pekung tapi sebagai peringatan terhadap kita sebagai anak-anak. sebab apa yang kita buat terhadap orang tua kita akan menjadi ikutan anak-anak kita nanti. baik kita jaga orang tua, baik lah kita akan dijaga oleh anak-anak kita nanti.

        *lega*

        MEREKA YANG TIDAK SEMPAT MENJADI KESAYANGAN

        cuma ada gambar.
        aku dah berusaha sehabis boleh tapi mustahil bayi kecil ni mampu hidup tanpa susu ibunya.
        17072011589

        17072011586
        17072011587
        kesian sangat. darah meleleh keluar dari hidung….lidah dah terlekat pada lelangit…aku sampai tak tahu macam mana nak bagi bayi-bayi ni bertahan.

        kecewa…sama macam masa aku kat melaka dulu….tiga ekor anak kucing yang aku selamatkan(ada yang tersangkut dekat pagar, ada yang dicelahan rumput tajam…ibunya tak ada. mungkin sudah mati atau ditangkap dan dibuang)
        aku dan haousemate aku bersungguh-sungguh menjaga tapi…semua tak mampu bertahan…
        T-T

        ABANG ADIK

        JANGGUT DAN KUNING

        17072011594

        RANGGA@YANGGA-YANGGA@YANG

        yangga-yangga pun nak naik mesin timbang juga!

        16072011582

        yang: yang tak gemuk kan kakak?

        YANG BUNCIT BUATAN JANTAN MANA ENTAH

        100_1748

        tengok perut dia…tengok perut dia……

        pegang pun tak boleh.mengada betul.

        HADIAH CONTEST MY DREAM WEDDING

        ingat tak aku ada masuk contest my dream wedding?

        aku dapat tempat ketiga

        (huhu…pertama kali menang contest..terharu…sob..sob…shrooootttt!!!!)

        kalau kamu-kamu ada baca entri ini, mesti rasa teruja(KE?) nak tahu isi bungkusan ketiga?

        okey…ini dia!!!!!!

        100_1751100_1754

        comel-comel kan????kan????aku suka semua hadiah-hadiah tu..

        terima kasih cik tuan punya blog!!!

        SAHUR

        ini entri pertama aku waktu sahur macam ni...err..maksud aku dalam bulan ramadhan ni loa...hahaha...
        sebab aku tak berniat untuk tidur semula hari ni...
        (arrrgggghhhh...tak seronoknya kerja hari sabtu!!)

        sahur kamu semua biasa makan apa ya?

        aku?

        kadang-kadang air kosong sebotol.
        kadang-kadang kurma 3 biji(sunat makan dalam bilangan ganjil) dengan air sebotol.
        kadang-kadang rasa nak nasi, makan la nasi.
        tapi selalunya aku makan kurma 3 biji dengan air kosong sebotol(500 ml tu je..)

        sebab, setiap kali aku makan nasi, waktu siangnya aku akan mengantuk tahap super saiya!
        tak tahu kenapa, makan kurma lebih buat aku segar sepanjang hari.

        hah, tak percaya?
        suka hati...

        KEBANJIRAN MELANDA DIRIKU

        waaaaaa....
        aku dibanjiri degan bungkusan pos!!
        (tak la banjir sangat pun..saja nak lebih-lebih..)

        satu bungkusan ada di kampung tercinta dan dua lagi dah selamat dibuka.
        isi salah satu yang aku dah buka boleh rujuk sini
        yang lagi satu...nak tahu isinya??

        jeng..jeng..jeng.....

        weee....hair vine...
        boleh jadi headband atau tiara...untuk apa,..
        aww...aku dah malu!

        ni aku tempah sendiri dekat crystalpradize
        rasa-rasa nak design gelang atau rantai kristal boleh lah klik link tu yaa...

        AKU TAK NAMPAK APA-APA

        hujan sangat lebat hari ni....
        lebat sampai tak nampak apa-apa....

        huh...dah la tu...kereta pula ada sedikit kebocoran..
        jalan dipenuhi air......
        kasihan kancil kecil aku tu....

        moral:jangan beli kereta rendah atau kecil.

        kenapa?
        sebab bila hujan lebat sampai macam banjir atas jalan, kereta rendah tenggelam nanti..
        XD

        KIRIMAN DARI JEPUN

        petang tadi dapat kiriman dari jepun...
        yay!!
        naturactor aku beli dah sampai!!!
        aku janji aku akan edit semula post ni...sekaranga aku dalam safe mode..jadi aku tak boleh nak edit-edit sangat...

        apapun..naturactor ni wangi...bukan wangi kimia..tapi wangi yang sangat natural. bau bunga....
        suka! suka!!

        aku belum ada kesempatan nak guna..jadi esok mode eksperimen.

        ohoho..siapa terasa nak cuba boleh la beli dari kak Zunita Ramli ni...aku syorkan beli dekat dia sebab dia memang duduk jepun, jadi produk yang dia jual adalah tulen.
        (yang dari cina pun ada yang tulen. jangan risau..)
        akhir kata.....nanti aku dah cuba aku review.
        ada contest tau!! lain kali aku update. okey?