Pages

ORYSENSE

Orysense

DALAM SAKIT TERSIHAT SEKEJAP

semalam aku muntah-muntah dan ci...er..malu ah nak sebut...hari ni pun terpaksa mc memandangkan aku masih terketar-ketar nak berjalan.hehe..

tapi dengan tak disangka-sangka dapat mesej dekat fb, aku menang contest...weee!!!
tersihat sekejap.memanglah. dapat hadiah utama tu...hehe...

contest yang aku join tu adalah contest yang ini

mungkin rezeki nak jadi pengantin agaknya...
apapun..Syukur Alhamdulillah...

akan ada review kedua nanti InsyaAllah

PANAS!!!PANAS!!!!

huh...hari ni memang buat aku panas hati!
pagi(tak la pagi sangat pun) datang unisel, nombor habis.*(#*&!*#&^@()(!)
terpaksa tunggu sampai tengah hari.
tengah hari bila dapat nombor ada pula yang potong giliran. konon ikut sekali dengan kawan.hello! dah ambil giliran ikut giliranlah.ingat aku nak diam ke. memang aku selamba katak zass baik punya minah tu...ku tembak dia begini
aku tak main-main.aku betul-betul sound dia.cuma dengan cara yang lebih berhemah la.dan aku rasa muka minah tu dah macam ayam berak kapur lah!
XD!!!

lepas tu aku pergi berjimba dengan wan...pergi mph...habiskan baucer sebelum tarikh luput..weee!!!!!dah beli JDC!!!(nanti aku akan review, sebab aku dah lama tunggu novel ni)

tapi kan...masa dekat watsons sacc, ada pergaduhan...sampai berdarah.....huyo...live unplugged tu!! seorang lelaki dibaling dengan sebiji helmet. memang berdarah kepala dia.yang perempuan tu kena libas mukanya dengan tali pinggang. ini betul-betul kejadian!!!
keluar dari watsons, ada bekas-bekas titisan darah mangsa.menakutkan!!

tak tahulah pucuk pangkal cerita kenapa bergaduh sampai begitu sekali, tapi aku sangat berharap aku tak akan nampak lagi kejadian seumpama ini lagi

LEPAK-LEPAK SELAMBA KATAK...

hehehe....rindu kot dekat shah alam tercinta...
dah lama tak datang...akhirnya malam ni aku lepak juga shah alam..dekat rumah pink...wee!!!!
yup...aku ada dekat shah alam malam ni...esok bercuti tak bergaji...wuuu T-T...
itupun sebab nak pergi unisel esok...nak selesaikan urusan yuran....hmmmm...

tapi tak apalah...sebab aku lepak-lepak dengan nisa kay...weee!!!!dah dalama tak berjimba dengan beliau...
ngehehe....okeylah...aku dah tak ada cerita lah.....

nanti aku cari cerita kejap okey??

SEBAB MAHU BERBLOGGING

ternampak status mukabuku kawan aku. katanya kagum dengan penulis blog.
tiba-tiba aku tersengih...hehe...yalah...maknanya dia kena kagum pada aku lah kan...sebab aku pun menulis juga...walaupun biasanya aku menulis secara rawak...apa yang aku mahu kongsi dengan pembaca. tak kira catatan harian, ulasan novel, maklum balas alat kosmetik, ulasan filem, video-video kelakar atau anak-anak bulus kesayangan.

aku bukan blogger yang terkenal tahap artis. tak punya trafik beribu, pendapatan iklan berkepuk atau follower yang tak putus..

aku cuma sekadar menjadi aku. yang menulis untuk berkongsi apa sahaja yang boleh dan patut dikongsi bersama-sama. sebab tu, aku tak meletak apa-apa tema atau slogan konkrit yang menunjukkan kenapa aku berblogging. aku cuma mahu berkongsi rasa, pendapat dan cerita. kadang-kadang melepaskan kemarahan mungkin?

banyak sebab kenapa ramai yang menulis blog.
1. duit.(nuffnang,adsense,innity,Blogshop)
2. mahu dikenali ramai
3. meluahkan perasaan(tak kira sedihmarahkecewagembiramerajuk)
4. nak jadi tutorial master
5. nak jadi michelle phan...err...maksud aku beauty guru
6. nak jadi pengintip(stalk EXpired boyfriend atau girlfriend)
7. nak jadi penulis novel
8. nak jadi fashion guru
9. nak tunjuk comel
10. nak menghebohkan hubungan cinta-tak-tentu-kahwin kepada orang(dush...terkena batang hidung)

tak kira apa sebab pun, yang penting jadi diri sendiri.menulis mengikut keselesaan.jaga sensiviti.dan jangan menulis membuta-tuli kalau nak bergossip sekalipun!!

MACAM BISKUT

aku ni macam biskut kan??hahaha..kejap ada kejap tak ada...
sebenarnya aku sibuk sikit..pening dengan kerja...kena buat buku peribahasa...
hohohoho...
sebut peribahasa, pernah tak kamu fikir ada peribahasa yang memang sangat relevan dan ada yang tak..oops...jangan marah dulu..bukan tak relevan cuma tak begitu relevan...

contoh:nasi sudah menjadi  bubur.
maksud:perkara yang tak dapat diperbetulkan lagi.

tapi pada aku, kalaupun tak dapat diperbetulkan, tapi masih boleh dibaiki. betulkan? kalau tambah ayam, sayur, rempah, garam dan apa-apa yang sedap, bubur tu masih boleh makan apa.....

macam tu juga manusia, kalau dah terlanjur buat kesalahan, masih boleh bertaubat dan memperbaiki diri.

lainlah kalau nasi ditanak jadi hangus...memang dah tak ada harapan kan..

macam manusia juga..buat salah...tak sedar-sedar, lepas tu berlagak tak mau terima teguran orang, memperlekeh orang yang menegur pula...tiba-tiba mati dalam kemalangan ngeri ala-ala final destination(contoh) tanpa sempat bertaubat...ha...lu pikirlah sendiri!

LIOELE'S SAMPLE

huhui..ingat tak aku ad dapat sampel beberapa jenis bb cream dari lioele?
aku dah buka dan cuba(tak boleh tahan lah nak cuba..)

huhui..best kot...tapi memandangkan bb cream yang aku ada masih banyak isinya er..aku kena lah tahan nafsu membeli mekap ni..lagipun aku nak kena lengkapkan isi rumah dulu..T-T

1. Lioele Dollish Vita-BB cream(purple)
dia punya isi macam revlon beyond natural.sesiapa nak nampak muka jadi cerah dan segar sesuai ni. oh, finishing matte.muka memang nampak licin macam doll.cool kan?

2. Lioele Beyond Solution BB cream
banyak review yang bagus tentang bb cream ni. pada aku boleh tahan gak. finishing semi matte. tak ada spf.

3.Lioele Water drop BB cream
ini aku rasa paling sesuai dengan aku(t-zone berminyak, pipi dehydrated.kurang air). kulit rasa lembut dan sejuk je bila pakai. mungkin lepas ni aku stick dengan water drop bb cream atau dollish bb cream kot.heehee...

ada lagi satu sampel belum buka.nanti-nanti lah.sebab aku tak ada mood nak bermekap akhir-akhir ni..huhu

oh.produk lioele ni boleh dibeli di kaunter parkson sg.wang,pakrson the mall(dekat pwtc) atau beli online kalau kamu bukan dekat dengan kl.

boleh tengok produk dekat facebook Lioele dan like page okey?

APA REAKSI KAMU KALAU TIBA-TIBA......

kalau nak dikira, cerita ni aku dah simpan hampir seminggu.
mungkin dah kedengaran basi tapi sebab aku belum cerita kira boleh la kan...

kat ofis aku semua india yang mengamalkan hinduism. tak ada yang kristian atau buddha.

kadang-kadang aku tanya juga sikit-sikit tentang ritual, amalan dan pantang larang yang mereka pegang.

kalau bersembang dengan mamat yang duduk sebelah aku tu, enjoy juga sebab dia sangat open dan dia juga tahu serba sedikit tentang islam. percayalah.aku segan nak pakai ketat-melekat, jarang atau tak menutup apa yang sepatutnya sebab dia tahu, wanita muslim tak sepatutnya berpakaian begitu. nampak macam aku malu dengan manusia je kan??sebenarnya ada sedikit ya tapi dari sudut positif, he is non-muslim, but he knows that muslim's women easily got pahala and also easily got dosa.he knows as a muslim i MUST cover my body properly, and he respect me for doing that properly.hehe...(bajet pandai sangat cakap orang putih la kan..)

dan ada lagi seorang ofismate ni, dia tanya aku, kenapa ada perempuan yang pakai tudung nampak jambul, pakai ketat-ketat, kalau sepatutnya kena tutup dengan betul?
kemudian dia cakap lagi, kewajipan menutup aurat ni tak ada mana-mana agama yang suruh. ulangan-tak ada mana-mana agama.
faham tak maksud aku.nasib baik, mamat sebelah aku ni membangkang, dan aku cepat-cepat cakap, 'no la mr.andy, it's written in quran.'
dan lepas tu lagi, dia cakap, semua kitab-kitab agama(termasuk al-quran) adalah karangan manusia.
aku terdiam sekejap.telan air liur, lepas tu aku jawab.ayat-ayat dalam quran bukan tulisan manusia.itu adalah wahyu yang diturunkan kepada nabi muhammad s.a.w. dan kalau lah al-quran tu tulisan manusia, mesti dah jadi macam bible. ada macam-macam verse dan kandungannya berubah-ubah.

kejadian buat aku terfikir..aku mesti jadi muslim yang lebih baik, yang faham tentang agamanya sendiri, dan mampu untuk mempertahankan agamanya walaupun cuma dengan kata-kata(bukan caci-maki-keji). aku pasti, dia bukan cuba merendahkan islam atau quran, cuma dia tak begitu faham apa itu islam dan apa itu quran. jadi, be a good mulim, answer people like that nicely.bukan caci-maki-keji. beri mereka gambaran yang baik tentang kita, tentang agama kita,kan?

p/s:not yet a good muslim. but i am working to be one.

BEBELAN SEBELUM TIDUR

orang selalu pelik tengok aku baca komik. koleksi komik aku lebih banyak dari novel pula tu.
kalau masuk MPH atau POPULAR atau mana-mana kedai buku pun, rak komiklah yang aku tuju dahulu.kalau tak ada yang menambat hati, baru beralih ke rak  novel.percaya atau tak itu adalah hakikat.

sejak bila mula baca komik?
sejak sekolah rendah.aku tak tipu.memang sejak sekolah rendah.dan sekarang aku dah nak cecah 30 pun.tapi masih baca komik. tak ada apa nak malu.sebab komik juga bahan bacaan, sama seperti buku-buku yang lain.

'saya suka baca komik.bermula dengan UJANG(paling suka kartun LEEN MAFIA dan AH TUCK).berkenalan pula dengan ANAK-ANAK SIDEK.selepas itu terjumpa LANUN.tiba-tiba GEMPAK buat saya nampak STARZ. tapi BLUES buat saya kenal ramai kawan(walaupun banyak yang belum pernah bertemu empat mata).dan KOMIK-M membuahkan pertemuan pertama saya dengan ehem..jadi komik akan sentiasa menjadi bahan bacaan yang menghiburkan dan tidak akan pernah kurang dari rak buku saya.'
 
hehe jangan pelik.kecenderungan saya mungkin berbeza, tapi saya masih perempuan biasa yang suka nampak cantik tapi tak berapa suka bergambar.
XD!!

WAAA...RINDUNYA NAK TULIS PANJANG-PANJANG!!!!

aku nak tulis panjang-panjang kali ni...sepanjang mana..aku pun tak tahu...hehe..
memang banyak sangat mahu cerita tau..
lebih-lebih lagi aku tak banyak online sepanjang dua minggu ni..

minggu lepas adalah minggu yang....banyak dugaan.banyak habis duit dan macam-macam lagi..
aku rasa aku dah travel dari selatan ke utara, gara-gara mencari benda ini.
i-mobile i note.
menyumpah juga nak cari tapi bila dah dapat, kepuasan yang amat sangat!
nak baca review boleh klik sini.

malamnya pula pergi mengunjungi HERO a.k.a IYO
lewat juga aku dengan adik aku pergi sana.
tapi sebab nak ambil sticker IYO, sampai juga kami ke sana.
(itu pun tersalah jalan juga ><)
iyo yang bad mood(aku selalu datang salah time...><)

ingat tak cerita anak kucing yang aku baru kutip tu?
tekan sini

sekarang mereka sudah tak takut-takut lagi. cuma rangga la yang garang sikit...
tapi sekarang ni..masa aku tengah menaip ni...mereka sedang menyusu dengan rangga..
YESS!!
mulan.muka masih takut..tapi serupa kan mulan dengan model whiskas junior ni?

macan belum ada gambar lagi..sebab masa tu garang sangat...hehe

okeylah..biar aku simpan dulu cerita lain...nanti kamu semua bosan pula nak baca

TATA!!

GERAGUK MENCUBA TABLET 1

huhui..aku sedang mencuba tablet ni..lala..nanti aku update ya

HURU HARA HARI INI

tengah aku study kamus dewan yang tebal tu, tiba-tiba kawan pejabat panggil aku.
minta aku tolong tangkap kucing.

(WHAAAT???)

huru hara haru biru jadinya.
boleh pula ada anak kucing tersesat masuk dalam stor belakang tu...
yang masuk celah roller shutter tu la yang paling susah nak keluarkan...
(roller shutter tu dah fix, tak boleh buka)
jolok punya jolok...akhirnya dapat juga tangkap.
inilah yang masuk celah roller shutter tu

erk...minta maaf...aku tak berjaya upload gambar...
T-T

yang lagi satu, masuk bawah platform kayu tempat letak buku..
nasib baik belum ada buku lagi...
jenuh kami angkat satu-satu platform tu...

garang gila yang satu lagi tu...berlubang jari aku kena gigit..
T-T

dua-dua ekor ada di rumah aku sekarang.
trauma pun dah kurang sikit..
tapi...
rangga yang sombong tu asyik sembur-sembur....
kesian diorang...

CERITA RAWAK

huiii...lama gila tak update...kekangan kewangan menyekat aku topup internet prepaid ni...huhu...
aku dah mula duduk rumah baru.yang kosong.tak ada tv.tak ada peti ais.tak ada mesin basuh(WHAAAT??)..tapi tak apa lah..sikit-sikit lengkapkan rumah.

mujur aku ada empat ekor kawan..hihi...

siapa lagi, kalau bukan kucing-kucing aku tu...

jujurnya memang banyak sangat aku nak cerita tapi, tak tahu macam mana nak cerita..huhui...

tak apalah, biar aku kumpul bahan cerita dulu ya...
sebab aku punya broadband ni sangatlah sedikit limit datanya...mungkin aku akan kurang update tapi aku akan berusaha sedaya upaya sekurang-kurangnya seminggu sekali, buat masa inilah...(sehingga aku pasang internet)..tak ada tv tak kisah..tak ada internet...boleh mati bosan aku..heehee..

BUSUK PUNYA ORANG. B***I LAGI WANGI.

maaf lah kalau tajuk entri macam kasar.
tapi aku baru je sampai semenyih ni..bukak internet dan wooo....nampak entri dari meowmania tentang petboarding yang tak bertanggung jawab.
memang C****A punya manusia.

sedih...sampai ada yang mati...mesti yang lain trauma habis....

buat masa ni misi menyelamat masih dijalankan.
aku memang tak dapat buat apa-apa, memandangkan aku seorang.
nak keluar semula bukan dekat semenyih-pj.
dan kucing aku sendiri tengah cuba adapt suasana baru kat semenyih ni..

update terkini boleh jenguk page KTAJ

harap-harap semua berakhir dengan baik...bagi owner yang kehilangan..banyak-banyak bersabar...

MAAF, SORRY, MIAHN, GOMEN!

maaf, buat sementara blog ni akan jadi private, sebab aku nak ubah suai sikit-sikit!
maaf sekali lagi!!


BERAYA

hari ni nak pergi beraya rumah kakak sulung aku. kat bangi. masa untuk mekap!