hari ni, aku keluar, pergi bayar bil dan sewa rumah. cucuk duit dekat ‘mak’ mesin biru laut(RHB) kat tesco. lepas tu singgah dekat my news. TERnampak buku ini.
lalu TERbeli. heheheh..nak buat cokolat itu entah bila pulak la kan..
lepastu, aku masuk kedai baju. tengok kain skirt labuh kain yang materialnya macam seluar legging budak-budak gedik sekarang suka pakai tu, lalu beli. tapi yang itu bukan TER, ok. itu memang aku nak beli…sebab aku memang perlukan clothing yang selesa aku nak pakai, memangdangkan aku semakin tak muat kain-kain baju kurung aku sekarang. (banyak la alasan kau kan nik?)
beberapa hari lepas dalam minggu ini juga, aku banyak keluar. atas sebab banyak urusan. buka buku merah kat klinik(kena bebel dengan kakak nurse sebab dah 4 bulan mengandung baru nak datang..XD). kena ambil darah untuk ujian jenis dan rhesus darah…(aku dah tau jenis dan rhesus aku punya darah lama dulu, sebab aku penderma darah). aku O+. ada sesiapa dalam kalangan pembaca yang darahnya rh-? kalau tak tau sila buat ujian darah segera. bertuah kalau anda rh+, tapi kamu kena jaga diri baik-baik kalau rh-, sebab darah dengan rh- adalah sangat rare…eh melalut macam aku ni doktor.
esoknya keluar lagi, ke klinik lagi, untuk ujian kencing manis pulak. ambil darah lagi…itu tak kisah sangat…macam tak biasa..tapi yang aku kisah tu kena minum air gula sampai 1 gelas tu…nak meleleh air mata aku minum manis…ewwwww…(ceh..ingat kental, leleh dengan air gula pula..)
esoknya keluar lagi. apa boleh buat, kekosongan temujanji dengan puan doktor gigi untuk buat tampalan dan cuci gigi….ohoh…..sungguh ngilu kena gerudi..T^T(exaggerate pulak aku ni..)
okeylah.sebelum aku melalut lebih panjang, lepas tu kena lempang laju-laju, bsaik aku stop dulu. tata!!
3 comments:
ala missy kat klinik kerajaan mmg mulut bising skit tp diorg mmg amik berat...
k.nik, jaga diri ok...
biasa la tue missy2 kat klinik kesihatan mmg busy body skit membebel je kejenya... sbnarnya diorg nie amik berat k.nik..
take care
@cik nabiel aah..lagi pun okey je misi tu semue.takde pon marah2...
Post a Comment