Pages

ORYSENSE

Orysense

SUAMI BAIK

Ustaz Don Daniyal wrote:

"Suami yang baik bukanlah suami yang menyerahkan ape adanya pada isterinya. Tetapi suami yang baik adalah suami yang 'Halim'. 'Halim' maknanya ialah "sabar", tidak cepat marah ketika isterinya kurang akal.

Bilakah seorang isteri kurang akal? Yakni ketika isterinya sedang marah. Lalu dia bersabar, maka itulah suami yang paling baik..." -Imam Al-Ghazali
nak dapat yang sabar tu macam mencari berlian dalam segunung serpihan kaca.

PERKARA YANG AKU RINDU NAK BUAT SEMULA

melawa.

yup! melawa. dah lama kot tak melawa.

eh naufal ni ketawa masa tidur pula*iklan*

melawa, mekap-mekap....uish..rindu tau. sejak-sejak memerap aje kat rumah ni memang lama sangat tak melukis kat wajah sendiri...huhui!

nak mekap saje-saje macam buang tabiat la pula. terpaksa la tunggu masa raya nanti...huhuhu....

p/s: buat review pun rindu juga.

KUS SEMANGAT!

semalam. buai naufal jatuh. dengan naufal di dalam. rasa nak terhenti degup jantung. serius ni. nasib baik, spring dan besi sangkut kain buai tak kena kepala naufal.

it happen too fast. tak sangka pun...lain la kalau aku ada kuasa boleh tau masa depan, boleh juga hidu malang yang bakal datang...

apapun, aku bersyukur sebab naufal tak apa-apa. cuma dia dah tak mau berbuai lagi. aku sendiri takut nak letak dia dalam buai sekarang. redha aje la dia tidur siang ngempeng.

p/s: naufal sekaraang sangat kuat kentut kuat-kuat. macam bom gugur pula rasanya bila dia kentut. hehe.

TERBAEK THURSDAY : RUMAH MESRA KUCENG YANG OHSEM

terbaek thursday??hahaha...merepek makan kerepek ah aku ni...tapi ape yang nak aku tunjuk lepas ni memang ohsem...bagi penchenta miau lah.....

aku, kalau ada duit, memang nak sangat buat rumah yang mesra kucing. betulll...tak tipu......rumah tanpa kucing kesayangan sangat tak seronok! bagi aku la...

sila nikmati ke'ohsem'an rumah mesra kucing kat jepun ni....


 
ohsem kan?

sumber gambar dan cerita aku dapat dari blogserius. aku tak payah kasi link pun korang mesti tau blog tu kan???tapi ayat aku karang sendiri okey...

PELIK

hmmm...kalau tengok kat dashboard nuffnang ade 1 BE tengah on going...tapi tiap kali aku bukak blog aku, tak de pula iklan menari-nari......

bila masa tayangan iklan heh?

SEPARUH HARI

huh...hari ni, separuh hari naufal menangis terjeit-jerit...berpeluh haku nak pujuk......

ceritanya, dia sakit perut. nak yak, tapi tak yak-yak....sembelit agaknya......jenuh aku urut pelan-perut dia, dukung dia ke hulu ke hilir...tapi tetapla menangis.....

sudahnya, dalam dia terjerit tu aku terus online, cari cara untuk bantu naufal supaya dia senang yak.....

rupanya memang ada cara untuk bantu baby supaya lebih mudah dia nak yak...kita kena selalu gerakkan kaki baby, bagi membantu menggerakkan najis dalam usus.....

• Cuba gerakkan kaki bayi anda jika dia sembelit. Ini akan membantu menggerakkan najis di dalam ususnya.

• Jika dia makan makanan pejal, kurangkan makanan penyebab sembelit seperti nasi, pisang atau bijiran.

untuk artikel penuh klik sini

alhamdulillah, tips yang pertama tu berkesan....lega aku.....

CERITA SUSU NAUFAL

susu oh susu...kenapalah mahal bebeno kamu? bisik hatiku sayu.........

hahaha!! ayat novel! saja....nak cerita ceriti tentang susu naufal.....sebelum tu aku nak tekankan kat sini, susu ibu adalah makanan terbaik bagi bayi, okey.....

mula-mula bagi naufal fm, sedih jugak hati. rasa macam nak salahkan semua orang sebab asyik paksa aku kasi fm, rasa benci diri sendiri sebab susu badan tak banyak...tapi sekarang dah terima kenyataan....kesihatan anak lebih penting!

susu pertama naufal ialah S26. sekotak 600g dekat RM40 oit! pitam kejap depan kaunter susu mahal....tapi dah misi rekemen, beli la juga...mula-mula okey....tapi makin lama makin bertambah jarak hari naufal yak...sempat beli 3 kotak 600g untuk naufal.

lepas tu, tukar NAN pro pula. lagi mahal dari S26. sekotak 350g dekat RM30! tapi disebabkan banyak sumber-sumber yang mengatakan NAN pro ni rasanya paling hampir dengan susu ibu, beli la susu NAN..sherasi bershama pula susu NAN dengan naufal...sebab nama dekat-dekat bunyinya kot...hehehe...tapi jujur, tak sanggup oh...mahal susu NAN ni weh....

akhirnya, aku rasa aku patut cuba susu yang murah pulak la....cuma yang tak best susu murah ni, manis. ada gula. tapi tak apalah...cuba juga. beli dulac. mughah je. satu tin 350g kurang sekupang RM10. hari 1st bagi, mak oi...aku ingat naufal demam! aku siap tampal kool fever kat dahi dia....seyes bila aku ukur suhu kat kepala dia 38darjah! tapi suhu badan normal je. dulac ni agak panas dengan naufal....aku kurangkan sukatan..baru okey sikit..tapi bila sukatan air lebih ni, naufal asyik kembungs ajess......cian dye....

lepas ni cuba dutch lady pula...mana tau sherashi...........

p/s: malam-malam ngempeng ngan aku je.....untung ada sedikit rezeki naufal... :)

::NOVEL:: CINTA KONTRAK

dah lama aku tak baca novel..terlalu banyak kekangan...*alasaaannn* peluang yang ada pun waktu naufal tidur je lah....kalau tak dia marah kalau tak layan beliau...hihihihihi...



komen aku tentang novel ni..? hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm..........bolehlah....aku tak jumpa kekuatan jalan cerita novel ni....kalau tak silap aku judul ni pernah masuk carta popular MPH...

permulaan cerita ni aku agak keliru, bagaimana penulis membahasakan watak utamanya...maksud aku, bahasa diri bagi watak utama adalah tak konsisten...sekejap alia, sekejap rysh, sekejap airysha...okey alina airysha adalah nama penuh watak. boleh la diterima..tapi, biarlah panggilan itu konsisten sentiasa..tapi bahasa diri watak sudah konsisten bila cerita dah masuk beberapa bab.

watak utama cerita ni agak ganas perwatakannya..walaupun digambarkan menutup aurat sempurna, tudung labuh, t-shirt labuh dan longgar...tapi agak kasar. dengan suami sendiri pun kasar...pehh...itu tak boleh berlaku di dunia nyata! berdosa!

aku agak tertarik dengan cara penulis menggambarkan kesakitan bersalin yang dialami airysha. sampai tarik rambut dan maki suami! bukankah lebih bagus kalau dalam situasi tu, airysha berzikir, baca doa nabi yunus atau mintak ampun kat suami dia ke....sesuai dengan perwatakannya yang menutup aurat tu? ganas-ganas pun, sepatutnya masih ada batasan. bukan main langgar je...doktor yang memberi dorongan kepada airysha untuk push pun seperti tak membantu je..aku petik sikit ayatnya.

"awak kena push airysha."
kan lebih berkesan kalau
"awak kena push airysha! push!"

tengok, penanda wacana '!' beri impak penting pada ayat tu.

pada akhir cerita, airysha melahirkan kembar empat. selepas semuanya selamat, boleh pula suami airysha cemolot airysha dihadapan pelawat...kot ye pun nak tunjuk terima kasih, cukupla cium dahi, kalau ada penonton di lokasi.....tak syariah compliant betul......

dah habis baca aku cari maklumat penulis...masih muda. baru 18 tahun ketika cerita ini ditulis. mungkin pengalaman tidak banyak, atau menulis mengikut selera muda, like i did before. hehe...

pada aku cerita ni ok-ok sahaja. mungkin remaja-remaja sukalah cerita ini. okey, aku memang sudah berusia pun...hihi...tapi ini adalah pandangan ikhlas aku. peace!

JADI IBU

penuh dengan pengorbanan!

pengorbanan paling besar ialah masa.
masa untuk:
  • tidur; kalau anak demam lagi la tak boleh nak tidur. susah hati kot!
  • makan pun aci dan je..kalau dah meragam tu nasi masih separuh pinggan pun kene berenti makan.
  • belai diri. mimpi la nak pakai masker kat muka macam zaman anak dara dulu....
  • online. aku skarang blog walking aje..
  • shopping..err maksud aku reward diri sendiri
serius..kalau tak bersedia terutamanya dari segi mental, mesti boleh cepat hilang pertimbangan. rugilah sesiapa yang kurang kesabaran. sesungguhnya, senyum tawa anak kecil itu adalah jenaka terbaik bagiku!

HARU BIRU

pertama sekali, aku nak ucapkan selamat tahun baru kepada semua pembaca blog kosong aku ni.hehehe...blog ni ada pembaca ke?

malam tahun aku biasa-biasa aje...tak ada bunga api, tapi bising dengan bunyi motorsikal lalu lalang...berlumba haram mungkin....

naufal pun tidur elok aje....sampai lah waktu bangun biasa dia...2.30 pagi. masa ni biasanya dia akan peng baring...tapi malam tu aku tak buat seperti biasa. aku pangku dia....dan....situasi haru biru pun bermula.

beliau  mengamuk sakan!

bukan aku tak nak buat rutin biasa tu....tapi malam tadi mak aku tidur sebelah naufal. mak aku sebelah kanan naufal, aku sebelah kiri. naufal pulak tak suka b kanan. tu yang aku pangku dia supaya dia peng sebelah kiri....terus dia mengamuk! aku buatkan susu pun dia tak mahu.

kutu atas kepala pun mati sebab dah habis akal memujuk beliau yang sedang marah itu.....haish......sudahlah aku belum dapat tidur lagi waktu tu.....sampai pukul 4 a.m, aku surrender. mak ambil alih. aku pejam mata. aku perlu rehat. dapat tidur kejap pun jadilah....pukul 5 a.m, aku bangun. naufal masih mengamuk tak nak tidur...

akhirnya aku peluk dia rapat-rapat, dukung sambil tepuk-tepuk....akhirnya dia mau tidur.....itu pun dah pukul 7 a.m. lebih kurang la. lepas tu aku duduk kat sofa, sambil riba dia, dapat la tidur sejam atas kerusi sambil meriba anak......

itulah cerita malam tahun baru aku.

p/s: kalau lah aku masih di sungai buloh, dan naufal mengamuk begitu. memang dengan aku sekali menangis....sebab aku tahu, tak ada orang boleh tolong take over jaga naufal, sementara aku perlu mengekalkan kewarasan dan kesabaran.

p/s lagi: so kepada semua encik suami diluar sana yang isterinya suri rumah,yang ada anak kecik, jangan ingat kamu aje yang penat bekerja. kami pun penat juga, kurang tidur lagi, lebih-lebih lagi kalau anak meragam.