Pages

ORYSENSE

Orysense

::REVIEW:: BLINQ SKIN CARE

Assalamualaikum dan hai uollss...

Serius wei..aku rindu sangat nak review beauty product..sangat rindu....

Baru-baru ni aku dapat peluang cuba blinq skin care yang upgrade version. Alhamdulillah rezeki kan....kebetulan sangat masa tu kulit aku tengah 'mengamuk'. Jerawat pas baton tumbuh silih berganti. Stress aku dibuatnye...

Dalam skin care ni ada 4 item. Cleanser bar, serum, day cream dan night cream.
Serum tu cukup2 seminggu je untuk sampel ni..sedey..

Cleanser bar dia ada light herbal scent..a nit flowery maybe..entah rak pandai la nak terang. Tapi bau dia tak la wangi melampau..just nice aje...tak berapa berbuih(cleanser banyak buih mungkin akan mengeringkan kulit tau). Paling best tak ada rasa kering selepas bilas dan muka rasa segar je.

Serum dia favourite aku. Sangat2 cepat meresap dan sangat efektif menentang jerawat! Jerawat yang mengamuk kat muka aku tu, 2 hari je dah surrender okey. 2 hari. How cool is that?

Day cream. Yellowish in colour. Creamy dipegang, tapi tak oily. Bila blend, rasa cam bedak pula. Tapi memang tak ada sticky feeling macam kebanyakan cream lain.

Night cream. Tektur macam heavy tapi tak sebenarnya. Macam day cream juga, bila blend in rasa macam bedak. Yang penting tak oily and sticky!

Ini gambar 1st day pakai dan hari ni. Sorry lighting tak berapa sama. Tapi tak mainla filter, 360 or camera beautification okey...mekap pun tidak tahu?  

Dalam gambar tu jerawat tak nampak sebab tumbuh betul2 kat puncak bibir atas tu. Tapi, merah2 tepi hidung dah kurang, muka lebih moist dan yang penting aku rasa warna kulit dah lebih sekata(perasan!)

Agak2 boleh taj jadi duta produk? Hihi...

Sorry la aku tak dapat nak terangkan detail ingridient...tapi korang boleh je jenguk fb page blinq hq untuk info lanjut...aku lebih kepada nak review sebab, bila aku cari skin care, aku nak review yang honest..bukan setakat nak ambil hati sebab ko dapat free..

::RANDOM RANT:: AKU MENYESAL KAHWIN DENGAN KAU!!


Huhui....suspen tak tajuk? Aku pernah baca petikan ni lama dulu. Just recently benda ni timbul balik depan mata...

Tak tahu lah, sejauh mana sahihnya kata nabi sallallahu'alaihiwasallam ni. Mungkin juga hadis ini palsu. 

Yang aku tahu isteri yang tak bersyukur dengan suaminya, memang sia-sia amalan dia.

Aku menyesal kahwin dengan kau. Pernyataan ni selalu keluar dari mulut isteri yang frust dengan suami. Tak kira la frust pasal apa pun.

Tak dapat gelang sampai ke siku.
Tak dapat handbag beribu-ribu. 
Tak dapat baju berbulu-bulu.... 
Sampai keluar talak yang bukan satu...

Untuk aku, yang bukan bernasib baik dengan hal jodoh ni, tak pernah menyesal. Sikit pun tidak. 

Pilihan aku. Dan aku sedar risiko yang akan aku tanggung. Sekiranya tak berlaku seperti yang aku harapkan, kenapa mesti menyesal?

Bila menyesal mula la keluar perkataan 'kalau'.

Kalau dulu... 
Kalau itu.. 
Kalau ini..

Betul, aku tak pernah menyesal. Malah aku bersyukur, Allah berikan aku hadiah dari syurga. Bukan satu, tapi dua. Dua manja cinta buah hati untuk teman aku meneruskan hidup. Dua cahaya comel untuk aku meninggalkan kesedihan dibelakang. Dua harta paling berharga yang takkan aku tukar dengan apa pun. 

Jadi, apa yang nak aku kesalkan? Allah beri aku penawar disebalik kesedihan aku sebelum ini.

Kepada yang pernah terdetik sesal, walau sedikit...aku minta, pandang wajah anak-anak. Kenang semula masa bahagia, walaupun singkat. Lupakan sesal, belajar redha.

Semua perkara berlaku ada hikmahnya. Bersangka baik dengan Allah. Allah uji sebab Allah sayang.

::GILA DRAMA:: HATI PEREMPUAN vs BIDADARI

Hati perempuan vs Bidadari.
aku ni tak la kaki drama sangat. Tambah-tambah drama yg tayang waktu malam(bidadari bersiaran waktu malam).

Tapi kalau nak banding dua drama ni, serius, bidadari lagi best.

Aku ada la sikit menyampah dengan yuhanis. Asyik la cari pasal. Gaduh. Yang suaminya pun perahsia sangat..(nyampah2 pun hadap jugak..hahaha..)

Tapi...
kadang2 aku terfikir. Adakah aku ada 'yuhanis' dalam diri aku? Mungkin.
Aku jenis diam. Pendam. Makan dalam..suddenly 'BOOM!!' just like that..


Apapun watak fav aku ialah tengku zaqif. Comel je rambut kerinting dia. Macam naufal. Hahaha...

Heh. Merapu pulak.

Yang drama bidadari ni menarik gak. Gandingan amyra rosli dan shah jazle. Aku rasa diorang serasi berlakon sama. Yang tak best seminggu 2 episod aje.

Dalam drama ni watak suria tu kesian. Mak dia macam tak sayang dia. Bapak tiri plak lelaki tak guna. Ada abang tiri, perangai lebih kurang je ngan bapak dia tapi dia jaga la suria ni...tapi kut ada tujuan tersembunyi x tau la kan...

Kalau ada masa, layanlah drama bidadari ni. Tak la menimbulkan menyampah macam hati perempuan...+

BAHAGIA YANG DIRAGUT PERGI

Hari ni wall fb aku dipenuhi berita sedih. Kematian 3 beranak akibat kemalangan maut, gara-gara sekumpulan pemandu gila. Paling sedih, perbuatan pemandu-pemandu gila ni menyebabkan dua anak kecil menjadi yatim piatu.

Innalillahi wa inna ilaihi raji'un.

Aku tak kenal keluarga ni. Tapi aku tumpang sedih. Aku ikut menangis mendengar tangisan kakak yang sulung. Aku sedih mendengar dia memanggil mama..mama...

Buat pemandu2 kereta di luar sana. Ingat. Jalan raya adalah hak awam. Kita bukan satu-satunya pengguna. Jalan raya bukan tempat tunjuk jaguh. Tindakan tak guna kita mungkin akan menyebabkan kesedihan orang lain.

Tak perlu nak bayangkan sangat. Cuma, ingatkan diri sendiri, jangan jadi punca kesedihan orang lain. Jangan aniaya orang lain.

Satu tindakan tak guna, sepanjang hayat tanggung sesal. Itupun kalau ada hati perut. Kalau memang spesis tak guna, tetap tak guna.