Pages

ORYSENSE

Orysense

::SHOPPING:: SAFI RANIA GOLD

Assalamualaikum. Hai.

Mula² sekali aku nak bagi tau, yang ini bukan entri review. Just saja² nak share aku punya skin care terkini.


Ya. Safi Rania Gold.
.
Sabun ephyra aku dah habis. Dan aku perlukan cleanser. Cleanser yang kalau boleh, boleh remove makeup sekali.
.
So..pernah la dengar beauty guru youtubers bagi tau, cleanser yang boleh remove makeup(yang nipis je) adalah yang jenis cream.
.
Mula² ingat nak beli nivea mud 2in1 tu...tapi, cam was², takut tak sesuai. Nak ambik biore 2in1 makeup remover+daily cleanser tu, cam dah boring..hehehe...jadi...amek la safi rania gold.
.
Ekceli, ni bukan la first time aku guna SRG(dah cam SRK plak hohoho). Masa awal² kemunculan SRG, yang Che Ta jadi duta tu, aku ada beli trial set. Malangnya, tak sesuai pula. Muka naik berjerawat pass baton..tapi mungkin masa tu tak sesuai sebab aku belum jejak 30. Kot. Akhirnya beli SRG Cream Cleanser.
.
Kalau korang perasan, SRG ni ada 3 jenis cleanser.

  • Gel cleanser - untuk kulit berminyak.
  • Cream cleanser - untuk kulit normal dan kombinasi. Juga boleh menghilangkan sisa makeup.
  • Deep moisturing cleanser - untuk kulit kering.
Sebab aku ni kulit kombinasi(kering U zone, oily T-zone), aku beli la jenis cream.
.
Then aku perlukan moisturizer gak. Beli la losyen minuman wajah ni. Sebab aku tak suka krim pelembab. Aku tak beli serentak pun 2 item ni. Cleanser aku beli kat TF. Kebetulan tengah offer. Moisturizer ni baru je beli semalam. Kat Watsons. Produk safi rania tengah less kalau ada pengguna tegar nak beli sekarang.
.
Untuk cleanser, dah dekat seminggu pakai, so far ok pula. Tengok la nanti sebulan camner. Kalau rasi eloklah. Murah dan senang dapat.

Ok. Till then. Tata titi tutu!!

::RANDOM RANT:: RINDU ANAK

Assalamualaikum. Hai.

Malam ni aku tidur tanpa Sakinah buat kali pertama.
.
Walaupun aku skroll down fb, ig...tapi dalam otak dok teringat kat budak kecik tu...wuuuu...
.
Ok. Aku rindu dia. Aku rasa pelik tak bf dia.
Walaupun budak ni selalu wrestle aku, tapi aku tetap rindu dia.

Till then. Tata.

::GILA DRAMA:: AKU PILIH KAMU

Assalamualaikum. Hai.
.
Baru² ni, aku tersangkut dengan satu drama slot samarinda. Best sangat. Aku jarang nak sangkut layan drama tapi drama ni memang best!
.

Drama AKU PILIH KAMU ni bukan adaptasi novel ok. Skrip original arahan Zulhuzaimy. Pelakon² dalam cerita ni memang yang dah terbukti bakat lakonannya. Walaupun ada muka baru (Hafidz Roshdi), tapi lakonan dia boleh tahan.
.
Macam mana aku boleh sangkut dengan drama ni?
.
Aku pun tak tau. I guess i'm tired of adaptation drama yang berlambak sekarang. Tema lebih kurang je..
.
Mula² aku tengok drama ni, aku terus gugel sinopsis. First impression, macam adaptasi novel juga. Ada kawen paksa yada..yada...but still, i kept watching this drama to the end of episode without fail.
.
Drama ni, walaupun tak 100% patuh syariah*, tapi tak ada langsung babak sweet tahap kencing manis. Walaupun begitu, babak yang patutnya manis, memang terasa manisnya. Tanpa perlu sentuh² atau peluk². I even cried for one of the episode..(bukti drama ni memang worth dilayan).
.
Kepada yang terlepas drama ni dan tiba² terasa nak tonton@download drama ni lepas baca review gila drama ni, boleh la download kat
.
SINI
@
SINI

*patuh syariah tak semestinya drama islamik sahaja.

Okeylah. Till then, tata titi tutu!

::RANDOM RANT:: NAUFAL AUTISME?

Assalamualaikum. Hai.
.

Naufal. Anak sulung aku. 3 tahun 4 bulan. Comel. Rambut kerinting macam domyoji tsukasa f4.
.
Tapi aku ada sedikit kerunsingan tentang dia ni.
.
The way he behave was not like normal kids at his age.

  • Dia tak pernah pun panggil aku mama. T_T
  • Dia sebolehnya mengelak beri eye contact.
  • Dia belum boleh bercakap dengan betul. Kalau ada pun, just a repetition of a certain words.
  • Dia suka dengan benda berputar.
  • Cara dia main lain.
  • Kadang² dia akan menjerit atau ketawa tiba²(orang tua dalam rumah aku ni cakap ada 'benda' kacau)
Aku ni bukan la nak menidakkan kewujudan 'benda' yang disyaki. Tapi naluri aku lebih kuat mengatakan yang naufal bukan kena kacau 'benda'. He might have autisme. 
.

Tu dia. Tunggulah. Memang belum confirm lagi. Baru nak diperiksa. Sebagai mak, dah tentu la aku harap dia ok. Normal. Tapi kalau memang dia istimewa, aku akan usahakan cara yang betul untuk pendidikan dia nanti.

::IKLAN:: PELUANG JANA PENDAPATAN DENGAN ONEXOX

Assalamualaikum. Hai.
.
Macam yang korang tau, dari post yang sebelum ni, aku dah pun jadi pengguna onexox.
.
Tapi yang korang tak tau, onexox juga menawarkan peluang jana pendapatan dengan bermodalkan serendah RM10 sahaja. Cool, isn't it?
.
Macam scam je? Mungkin itu yang korang semua fikir sekarang. Lemme explain.
.
Cara pertama.

  1. Jadi user/pengguna onexox.
  2. Promote pada ahli keluarga dan kenalan untuk sama² jadi pengguna.
  3. Nikmati komisyen 6% dari nilai topup setiap pengguna yang anda berjaya dapatkan.
Cara yang aku ajar tadi namanya USER GET USER atau bahasa singkatnya UGU. Banyak korang dapat user, banyaklah komisyen korang. Komisyen akan diberikan dalam bentuk tambah nilai(topup ler). Ha. Topup free gais...topup free!! Dan..kalau komisyen korang melebihi RM50, korang diberi pilihan sama ada mahu dalam bentuk topup atau bank in dalam akaun.
.
Tapi tak ada paksaan dalam cara ni. Sebab onexox cuma menawarkan peluang, u grab it or not, it is up to u lah kan..jadi user biasa pun apa salahnya. Kita pakai telco gergasi kapitalis lain pun jadi user biasa je pun..kan?.
.
Ok next...cara kedua. Ini adalah optional.

  1. Jadi user onexox.
  2. Upgrade ke Sub Dealer dengan modal serendah RM90 sahaja.
  3. Nikmati kelebihan² menjadi dealer seperti komisyen 10% di tier 1 dan 2% di tier 2.
Banyak kelebihan jadi dealer. Lagipun modal yang diperlukan pun tak mahal. Tak perlu puluhan ribu pun..
.
Mungkin ada yang pelik, kenapa murah sangat ye?
.
Meh mak cik jawab. Sebab syarikat nak bagi peluang kepada rakyat marhaen, bumiputera khususnya untuk jadi usahawan telco. Tapi tak la mesti bumiputera sahaja yang boleh jadi user atau dealer. All are welcome to the family. Asalkan sudi untuk sama² mengembangkan syarikat supaya setanding dengan telco² gergasi yang lain.
.
Okeylah. Cukuplah bebelan mak cik untuk post kali ini. Next post mak cik cerita lagi okey.
.
Berminat nak cuba?
Whatsapp 0192547554.
Strictly whatsapp only.
.
Till then, tata titi tutu!

::IKLAN:: ONEXOX, TELCO MURAH LAGI JIMAT

Assalamualaikum. Hai


Aku first pakai handphone masa study kat politeknik. Tahun 2003. Telco 1st? Timecel kot. Masa tu cuma ada postpaid. Tapi sekejap je guna. Pastu terminate.
.
Student. Mana mampu nak bagi komitmen.
.
Lepastu, aku beli starter pack celcom xplore. Khas untuk perkhidmatan sms yang agak murah. Masa tu. (Dulu celcom keluarkan 3 jenis starter pek. Xcel, xceed, xplore)
.
Lama aku setia dengan celcom. Walaupun ada pakai telco lain, tapi nombor celcom tu tak pernah mati. Aku sayang, sebab nombor pertama yang aku betul² guna.
.
Tapi sekarang, aku dah beralih arah. Sebab zaman dah maju, dah boleh kekal nombor lama walaupun pakai telco lain, aku pun tukar telco, tapi masih dengan nombor lama. Dan telco yang aku pilih, ONEXOX.
.
Kenapa tukar? Kata setia?
.
Ada beberapa sebab.

  1. Onexox menawarkan penjimatan.
  2. Tiada caj tersembunyi. Jaminan tiada kredit dicuri.
  3. Data internet pantas, tanpa capped speed walaupun kuota hampir habis.
  4. Tiada pay per use(ppu). Data habis, tiada internet. Kredit selamat.
  5. Tempoh sah yang panjang bila kekal nombor lama.
  6. Starter pek murah
Serius sejak guna onexox, kredit aku tak pernah hilang tiba². Kalau kena kat tempat yang line clear, data memang laju. Tengok video rileks je. Takde buffering langsung! Paling best, kalau call yang termasuk ke voicemail, caj panggilan cuma 5 sen. Sebelum pakai onexox, memang kopak la kalau call masuk voicemail. 28sen kot!
.
Memang puas hati.
.
Berminat nak cuba?
Whatsapp 0192547554.
Strictly whatsapp only.

::RANDOM RANT:: BREASTFEEDING DAN SELFIE

Assalamualaikum. Hai.

Kecoh sejak semalam kisah sorang mak muda berselpi sambil menyusukan anak.
.
Macam² komen negatif berbau lucah keluar. Bukan setakat tuan punya gambar yang kena. Mak² bf yang lain sekali kena tempiasnya.
.
Selfie itu kehendak. Menyusukan anak pula keperluan. Selfie sambil menyusukan anak, dan upload gambar terbabit untuk tatapan umum tu terjadi bila kehendak mengatasi keperluan.
.
Mungkin niat mak muda tu baik. Nak berkongsi the joy of breastfeeding. Malah gambar yang dikongsi tu tidak mempamerkan apa² yang tidak patut.
.
TAPI!
.
Duhai ibu² yang bf anak yang saya sayangi sekalian.
.
Imajinasi lelaki ini liar. Kalau ada 10 lelaki tengok gambar tu, mungkin cuma 2 sahaja yang memandang aksi itu sekadar mak bagi anak makan. 8 yang lain mungkin sedang bermasturbasi dengan gambar tersebut.
.
Kasar bunyinya?
.
Aku bukan menyokong perbuatan si fulan² dan si fulanah² yang menghina kejicacimaki tu. Aku cuma nak tekankan, betapa lelaki itu nafsunya memang 1. Tapi yang satu itu cenderungnya SYAHWAT. Jadi mak² sekalian, jaga diri kita dari jadi penyebab orang lain membuat dosa.
.
Tak salah nak selfi sambil bf anak. Aku sendiri pun ada. Cuma aku tak upload untuk tatapan umum. Aku simpan sendiri sebab itu adalah antara momen penting dalam hidup aku. Momen yang tak akan berulang lagi.
.
Bukan mudah nak menyusukan anak. Banyak kesakitannya. Cukup² lah kami dibuli dengan kata² susu tak cukup, anak kau tak kenyang, bagi susu lembu kan senang dan macam² lagi ayat pembunuh..jangan tambah lagi dengan menjadikan kami ni objek bahan lucah korang.
.
Mak² bf yang tersayang, ingat ni. Terlajak selfi, boleh delete and re-shoot. Terlajak upload gambar selfi, it will be forever undo.

p/s: we are not Alyssa Milano nor Pink.

p/s/s: shaming people publicly was totally wrong.

p/s/s/s: niat tak menghalalkan cara. Baik di pihak penegur(yang konon nak tazkirah) mahupun di pihak ibu terbabit(yang upload BRELFIE)

::RANDOM RANT:: TESTIMONI MENIPU

Assalamualaikum. Hai.

Selain siang ikan, aku ada satu hobi lain. Cuci mata tengok testimoni produk kecantikan.
.
Haaaaaaaiiih.....
.
Panjang keluhan mak cik.
.
Bukan apa. Aku rasa testimoni bergambar tu 99% menipu.
.
Too flawless to be human.
.
.
Betul la strategi marketing. Kena tunjuk produk berkesan. Tapi kenapa tak berani tunjuk gambar tanpa filter?
.
As a beauty products fan, aku terkilan.
.
Sedikit flaws tak bermakna produk tak efektif. And i love honest reviews.
.
.
.
Till then, tata!!

p/s: i don't have much picture with beauty mode on. I just simply hate it. Lebih2 lagi kalau nak bezakan gambar sebelum dan selepas..Nak cantik pakai mekap sikit. It is better than using beauty mode on.


::RANDOM RANT:: 2015 YANG SURAM

Assalamualaikum. Hai.
.
Dalam sibuk sana sini orang buat penggulungan hujah, eh, peristiwa sepanjang 2015, aku tak buat apa².
.
Padahal time tu time trafik tinggi kan...
.
.
.
2015 adalah tahun sedih untuk aku. Aku tak nak kenang. Aku tak nak tulis tentang 2015. Bukan senang nak adapt dengan title aku sekarang. Bukan senang nak jawab soalan orang, kenapa pilih jalan ni? Tak kesian anak?
.
Dulu² kalau baca headline yang bermula dengan perkataan 'janda' tu, tak beri kesan apa² pun pada aku. Sekarang dah lain. It hurt me really deep. Seriously.
.
2015, dah berlalu. 2016, mulakan hidup baru.

::RANDOM RANT:: SIANG IKAN

Assalamualaikum. Hai.
.
Entri ni pendek je lot, InsyaAllah.
.
Saje nak cerita. Aku suka siang ikan. Walaupun tangan aku bakal busuk 2-3 jam, aku masih suka siang ikan. Kinda hobby la kot.
.
Macam watak sunako dalam perfect girl evolution. ~goth..goth..loli..loli..~

 .
.
Tiba-tiba kan..hobi siang ikan pun nak cerita. Apakah?
.
Sebenarnya aku nak bagitau, aku berjaya siang ikan talapia tasik banding hiris tengah. Tapi sebab hirisan tu tak lawa, conform chef gordon ramsay akan kutuk aku kaw².
.
.
.
.
Okey. Till then. Tata!!

::REVIEW:: NATURACTOR MC FOUNDATION

Assalamualaikum. Hai.

Nampaknya post pembukaan untuk tahun baru kali ni adalah review produk mekap. Hohoho...
.
Bear with me. Aku memang suka mekap sangat².
.
I've been using this foundation for quite some times. More than a year dah kot. Tak habis². Tahan wooo...
.
Meiko MC Cover Treatment a.k.a MCCT merupakan adik kepada Naturactor Cover Face dan Octard Cover Face. Basically sama tapi tak serupa.
.
MCCT adalah versi upgrade dan sesuai untuk semua jenis kulit, berbanding kakak²nya. Selain itu, MCCT juga berfungsi merawat kulit yang bermasalah. Sebab main ingredient dia adalah JOJOBA OIL + vitamins derived moisturizing moisture ingredients VCIP (oil-soluble vitamin C derivative). Paling best, variasi shade untuk MCCT ada 8, berbanding naturactor cover face yang cuma 5.

Aku pilih shade CF141 (ekceli nyesal pilih tone ni. Sebab tone ni jenis cool tone. I am on warm side). Nanti² aku ajar camne nak tentukan kulit jenis warm or cool tone okey.
.
Aku serius suka gila MCCT. Walaupun kecil, tapi berkuasa! Kakak aku sampai ingat aku pakai foundation tebal kaw², padahal aku cuma sapu satu lapisan aje. Packaging pun nampak ekslusif sangat! Feling² pegang MAC.
.
Seperti naturactor CF, MCCT juga ada floral scent yang sangat sedap baunya. Tapi bau ni tak kekal pun kat kulit. Tapu aku selalu je suka² buka penutup foundation ni semata² nak cium bau. Rasa best cam aroma terapi!
Bare skin. No filter nor beautification effect.
Nampak tak beza dia? Pori² memang tak nampak dah. Padahal cuma satu layer je.
Tengok. Kalau makcik mekap lebih sikit mesti orang ingat makcik pun tepanten malu! Hahahaha!! Gambar yang ni lepas beberapa jam sapu. Tak nampak oily pun, kan? Padahal aku tak pakai primer pun. Just my usual mosturizer dengan MCCT sahaja.
.
Harus diingatkan bahawa MCCT ni kena remove properly kalau nak wudhu. Walaupun tak ada silikon, tapi ada kandungan wax dari tumbuhan(ni kalau aku tak salah la). Wax ni la yang bagi hasil peloles gebu gebas!
.
Kalau aku jadi MUA, rasanya aku akan guna MCCT sebagai foundation utama. CEWAH! Berangan!
.
Korang boleh beli MCCT atau mana² produk meiko japan daripada Puan Zunita thru fb or instagram elegance cosmetics. Tak pun direct whatsapp beliau. Harga memang murah dari butik meiko malaysia. Original guarranteed! Sebab owner elegance cosmetics ni memang deal direct dengan meiko japan. Aku first beli naturactor cover face pun dengan dia tau. Pos direct dari jepun nun.
.
Harga: RM64
.
Instagram: elegance cosmetics
Facebook: zunita naturactor nc
Whatsapp: 0133986129

**UPDATE**

Elegance cosmetics baru je melancarkan website baru. An korang yang berminat boleh terus direct beli thru website. Ala macam lazada, hermo, 11st semua tu..

naturactorcollections.com

Aku dah pun lawat website. So far okeyla. Senang.
.
Tapi..
.
.
.
Kejap² IP kena banned. So tiap kali kena banned tu, kena prove bukan robot. Leceh.
.
So i might prefer direct whatsapp or pm her instead. I hate to prove i am not robot everytime my IP got banned.
.
So...that's all..
.
Till then. Tata!!