Pages

ORYSENSE

Orysense

PEROMPAK SCAM! STOP MOBILEVIP LINK

aaaaarrgghhh!!!
aku baru je topap tadi RM 10.00....
tapi tiba-tiba dapat satu mesej dari 36523 yang berbunyi: "Your MobileVIP Link to follow" dan....kredit aku kena potong RM 8.00!!
paking cet betul....huhuhuhu..

kalau, ada antara kamu-kamu yang pernah dapat sms dari nombor tadi, boleh lah buat macam ni supaya nombor tadi tak akan memotong kredit kamu sebanyak RM 8 setiap kali kamu dpt sms tu.
taip STOP ALL dan hantar pada nombor tu.

TT-TT

aku dah la tengah sengkek...wuu...kena scam pula...

GERAM!

aku sakit hati ni...
kejap-kejap hari tu..kejap-kejap hari ni...sakit jiwa lah aku dengan jadual konvo ni...hiiii...
GERAM!

MENANG CONTEST LAGI..SYUKUR!

aku dah cerita aku ada menang contestkan hari tu??
hadiah dah sampai semalam...tapi hari ni baru dapat..
hehehe..
 bungkusan tiba dengan selamat!
 seperti biasa, secure with bubble wrapper tu...
tadaa!! hadiah utama lima produk naturactor pilihan sendiri. aku pilih hair oil, pressed powder, summer cake, moist cream dan night cream.

terima kasih kak zunita!!

kamu-kamu kalau nak beli produk naturactor ni aku cadangkan beli dengan kak zunita. pasti produk original dari jepun!!

SARAPAN

Sarapan aku hari ni roti telur dan teh ais. Pagi-pagi dah minum ais. Gila kan? Bukan apa..saja nak tukar selera.memandangkan aku tidur lena malam tadi. Hehe..dapat katil baru katakan..aku ada cerita menarik semalam. Nak tau tunggu malam nanti. Si Dora mendajal aku hari ni. Netul la beliau ni..kurung kesian. Lepaskan yayak depan pintu..haish.....

TAK TAU NAK KATA APA LAGI DAH

beli kosmo pagi tadi. tajuk utama:gadis 19 tahun campak anak.

serius.gila ke apa?
kau berzina. satu dosa. kau mengandung. tapi kau tak bertaubat. kau campak anak kau begitu sahaja. kau ni manusia ke binatang?

aku dengan kawan pejabat aku geleng kepala je. serius. masalah mcam ni akan terus berterusan selagi manusia menidakkan undang-undang yang Allah dah tetapkan untuk kita. sedangkan kawan pejabat aku(dia hindu) pun setuju kalau negara kita ni mencontohi negara arab yang melaksanakan hudud(impressed, kan?)

kami berbual dan bertukar pendapat dengan minda terbuka.
macam-macam perkara kami bangkitkan. sampai la masuk kepada isu pendidikan seks di sekolah-sekolah. sensitif kan isu ni?

aku dengan dia sama-sama setuju, pendidikan seks wajar diajar di sekolah, tapi ia mesti diajar bersama-sama pendidikan islam(untuk muslim) dan pendidikan moral(untuk bukan islam)

mungkin ramai tak setuju dengan pendapat kami tapi, kami melihat dari sudut positif, memandang kami pernah menjadi remaja zaman moden dan kami pernah melalui zaman-nak-tahu-tapi-malu-nak-tanya. pernah dengar curiousity kills the cat? itulah perumpamaan yang paling tepat untuk remaja nak-tahu-tapi-akal-pendek. aku bernasib baik. aku mencari melalui sumber-sumber yang betul.dan perasaan ingin tahu tu tak membunuh aku. malah menolong aku lebih faham apa yang patut dan apa yang tidak. inilah yang penting untuk didedahkan kepada remaja sekarang.

seronok hanya sekejap, dan yang sekejap itu meyebabkan duka berpanjangan.