Pages

ORYSENSE

Orysense

MISI MENDAKI BUKIT BROGA YANG...

GAGAL!
aduhai....petang semalan dalam pukul 4 petang aku, dua orang adik aku, dan awek-awek adik aku dengan teruja cuba-cuba mendaki bukit broga...alahai...tak la jauh sangat pun dengan rumah aku...beratus kangkang kera juga juga la..

hehe..

masalahnya..aku lah pancit...yelah...aku dah lima tahun tak buat aktiviti lasak macam ni...hampir pitam aku dibuatnya...tapi mujurlah...aku masih boleh bertahan...(konon..nak cover macho la tu)

muka aku yang nak pitam...
sikit lagi nak sampai atas..hujan turun...tak nak ambil risiko(sebab kami tak buat persediaan; 4 dari 5 orang pakai selipar jamban je kot..) kami pun turun lah....kecewa..tapi tak apalah.
lain kali boleh panjat kan......

lepas tu kami pergi tekala..rendam kaki...sejuk kot...(baru lepas hujan...)
terubat sikit kecewa..tak mandi pun...main-main kat gigi air je...(konon)

apapun..aku tetap berazam nak panjat broga...walau macam mana pun...
sebab aku memang suka aktiviti lasak...

PERHATIAN LAGI!!

SEPULUH PEMENANG LAGI, SILA CEPAT-CEPAT BAGI DETAILS YANG SAYA MAHU UNTUK PENGHANTARAN HADIAH YA...
SECEPAT YANG MUNGKIN.
SEKIAN TERIMA KASIH.

SENARAI PEMENANG

p/s: kalau boleh statekan sekali nama yang anda guna di blog masing2...so saya tahu siapa dah hantar email. kalau boleh dengan kadar segera..pada yang private blog, harap alert juga..
sekian terima kasih.

PERHATIAN!!

kepada pemenang-pemenang yang belum menghantar butiran yang diperlukan kepada saya, sila lakukannya dengan kadar segera.

sekian terima kasih

SENARAI PEMENANG GIVEAWAY : A LOVE TO SHARE

pertama sekali, terima kasih sangat sudi menyertai giveaway yang tak seberapa ni…kalau boleh memang nak bagi semua tapi, memandangkan yang ada pun memang cuma 30 sampel..maka hanya 30 orang sahajalah yang dapat…tahniah kepada yang berjari pantas meninggalkan komen dekat blog ni. kepada yang tidak berjaya, mungkin kalau ada rezeki lain kali boleh cuba lagi..Smile
PERHATIAN KEPADA SEMUA PEMENANG, SILA EMELKAN
NAMA
ALAMAT(yang ada orang boleh ambil barang ya)
NOMBOR TELEFON
ALAMAT EMEL YANG SAH
 
untuk urusan penghantaran sampel.
1. Nisa Kay
2. norien arshad
3. Ezzaty Emilea
4. m0sHiE~
5. ida fisa
6. Bellmikenzo
7. Hanis 
8. Ayu Othman 
9. fareenajaafar
10. Az Meeda
11. Luna Chempaka
12. NadyaBubble
13. yuka ;)
14. NHY
15. najihah sahami
16. Cik Bunny
18. mie_syah89
19. Z
20. athirah
21. Wawa.Wafiyyah
22. nananaDya
23. starzieti 
24. Alia Farhani 
25. siti nur sarah 
26. nikadilafiziani 
27. Innanie | Ariffin 
28. stormz 
29. cik orked
30. Kamila Husna

sekali lagi..
TAHNIAH!

GIVEAWAY : A LOVE TO SHARE...DITUTUP!

PRIIIIIIIIIIIITTTT!!!!

okey..itu tanda wisel penamat. dengan rasminya saya mengumumkan giveaway ini sudah ditutup.dan sila beri masa kepada saya untuk mem'published'kan komen-komen bertuah anda.

harap bersabar ya!keputusan akak diumumkan selewat-lewatnya malam nanti.

WUUT!! GA MUNGKIN DITUTUP LEBIH AWAL!

SILA ALERT DENGAN TAJUK YA..GA: A LOVE TO SHARE MUNGKIN AKAN DITUTUP LEBIH AWAL DARI TARIKH YANG AKU DAH BERI TADI..
ADA LAGI 6 SAMPEL SAHAJA.JADI CEPAT-CEPAT TINGGALKAN KOMEN.
PENYERTAAN AKAN DITUTUP PADA KOMEN MENCECAH 30.

p/s : aku cuma nak berlaku adil kepada 30 orang yang pertama tadi yang komen..sila jangan marah!

“My Happiest Moment”

my happiest moment? hmmm...banyak momen gembira aku dah lalui..ada yang ada gambar, ada yang tak...tapi aku rasa saat paling gembira aku adalah masa aku masih belajar diploma dekat melaka..banyak kenangan pahit manis masa dekat sana...
ini adalah gambar classmate archimer original 1st batch. sangat  rindu mereka...huhu...masa ni kami pergi buat site visit seminggu dekat langkawi. that was really precious moment for me..yelah..masa tu kamera digital sangat mahal. gambar ni dari kamera filem..scan punya...klasik kan??sebab tu gambar-gambar  masa ni sangat berharga....

dalam gambar ni ada beberapa orang yang sudah berumah dan bertangga, ada yang bertemu jodoh dengan rakan sekelas, bertemu dan berkenalan dengan encik hanil..

dan kini haluan sudah masing-masing tetapi dalam hati mereka kadalah teman sekelas terbaik yang aku pernah ada. jadi bersama mereka adalah momen terindah dan paling gembira.

GIVEAWAY : A LOVE TO SHARE

GIVEAWAY : A LOVE TO SHARE...SUDAH DITUTUP!

ingat tak aku ada cerita aku dapat ‘love pack’ dari kao malaysia? tak perasan? baru pertama kali datang sini? okey klik SINI.

sebab aku suka sangat dengan BIORE MAKEUP REMOVER FOR EYE AND LIP ni, maka aku pun nak kongsi dengan kamu semua. KAO MALAYSIA ada 30 SAMPEL(bukan saiz penuh) BIORE MAKEUP REMOVER FOR EYE AND LIP untuk diberi kepada 30 pembaca blog CERITA SUKA SUKI yang bertuah.
caranya?
senang sangat. cuma jadi 30 tukang komen pertama untuk entri ini, tapi, ada terma dan syarat yang harus dipatuhi.

syarat-syarat penyertaan:
1.warganegara malaysia yang tinggal di malaysia sahaja
2. mesti ada identiti dan blog. anonymous tidak dibenarkan
2. hanya komen sekali sahaja dan tinggalkan kesan tapak kaki kamu semua.
3. tak perlu buat entri.nak buat pun boleh.(sebab GA ni basic from siapa cepat dia dapat) follow? terpulang. cuma kalau terlepas berita pemenang jangan marah.
4. hanya 30 komen yang akan published, jadi sesiapa yang komen, tetapi tak terbit jangan kecewa ya.
5. semua hadiah akan dihantar terus oleh KAO MALAYSIA, jadi mungkin mengambil sedikit masa jadi harap bersabar dan jangan marah-marah.

senang kan? jadi sila komen cepat-cepat.
bermula sekarang, rabu-26/10/2011 – sabtu-29/10/2011 tepat 12 malam.(mungkin ditutup lebih awal kalau banyak sangat komen,)

p/s : maaf ada sikit kesilapan maklumat tadi. kucing pijak keyboard kena butang backspace pula..miahn!

JATUH CHENTA : BIORE MAKEUP REMOVER FOR EYE & LIP

okey..seperti yang kamu semua tahu aku dapat ‘love pack’ biore dari kao malaysia. tapi review ni aku buat selepas aku berpuas hati dengan kualiti produk ni. dan aku tak dibayar untuk buat review ni, ok?

19102011740

okey, ada 2 botol kat situ. satu saiz pennuh, satu lagi pek sampel 18 ml.

packaging pink, aku suka! nampak comel kan?

isi ada dua lapisan. lapisan atas mengandungi agen pembersih untuk melembutkan dan membersihkan mekap mata dan bibir

lapisan bawah pula mengandungi asid hyaluronic untuk mengekalkan kelembapan kulit.

okey jom kita tengok apa hasil yang aku dapat.

20102011744

dari kiri: lip tint etude house, lip tint avon, pencil liner, liquid liner, gam bulu mata palsu(saja nak cuba), maskara

mula-mula, tekap kapas dalam beberapa saat, dan sapu.

20102011745

ini dengan sekali sapuan.yang paling degil ialah gam.(memangla.bukan sisa, kan?)

20102011746

sememangnya, produk ni bukan berjanji kosong. bersih. tempat yang aku sapu gam bulu mata palsu tu tak rasa lekit pun. lagipun,  produk tak meninggalkan kesan minyak yang ketara, tak macam sesetengah produk eye & lip makeup remover yang lain.

jadi aku memang suka lah dengan makeup remover ni(lagipun aku memang guna mekap remover biore cleansing oil, dan aku suka sangat)!

p/s : oh..dan aku ada rasa macam nak buat giveaway..agaknya ada tak sesiapa nak join? risau la..

EYE MAKEUP REMOVER DARI KAO MALAYSIA

hehe..aku baru dapat 'love pack' dari kao malaysia, yang berisi satu botol penuh eye & lip makeup remover dan 1 botol kecil sampel...betul la tuah wanita nampak pada mekap di wajah...XD..
 memandangkan aku baru je terima sampel ni tengah hari tadi, jadi aku belum sempat nak cuba..lagipun hari ni aku tak melawa..tunggulah, nanti aku cuba, dan review dan..tunggu, mungkin ada kejutan untuk kamu-kamu...

BERGEMBIRA DI TAMAN BURUNG

ahad beberapa minggu lepas, kakak aku pelawa aku pergi taman burung..sebab dapat tiket free!
yiha!!peluang jangan dilepaskan!hehehe...
makanya pagi tu rancangan untuk bermalasan aku batalkan, lalu aku pergi berjimba!

cool juga taman burung. sebab burung-burung tu ada yang memang dibiar terbang bebas(untuk burung yang tak bahaya untuk pengunjung)

ada pertunjukan burung juga..heheh!

dan lagi..aku punya la tak perasan, rupanya mesin mainan tikam-tikam tu rupanya berisi makanan burung dan ikan...=.="...seringgit(50 sen2x) untuk 1 biji. dapat la beli 2 biji...kongsi dengan budak-budak.

sebenarnya aku geram betul dengan ikan yang banyak-banyak dalam kolam tu...ikan tilapia..rasa nak sauk lepas tu balik siang, bakar.fuh! meletup!!nyaaahahahaha..XD..

yang paling aku tak boleh lupa..tangan aku kena gigit..er..pagut..er..sepit??
dapat dua jalur pada jari manis..XD!!padan muka aku!!
inilah burung yang bertanggung jawab mencederakan daku..huhu

serius, bagi aku taman burung ni memang tempat yang cool untuk orang yang suka dengan haiwan(selain zoo)..

jadi sesiapa ada kelapangan, boleh lah melawat taman burung!!

SEMENYIH-SHAH ALAM-BAGAN DATOH-SHAH ALAM-SEMENYIH

saja kan..nak bagi tajuk yang susah..hahaha..
sebenarnya ahad haritu(16/10/2011) secara rasmi aku dah jadi graduan bersijil!!
yeehaa!!!
tahniah untuk diri sendiri!!!
nak dijadikan cerita, aku keletihan tahap maksimum...memang letih gila...macam baru balik dari memandu sejauh 600 km..(sepanjang minggu aku berulang-alik shah alam-semenyih)..sampai rasa nak tambah cuti..haha..merepek je lah aku kan??

apa pun alhamdulillah, urusan aku selesai semua kecuali transkrip result.tunggu bulan depan lah.tak ada duit dah..huhu

::NOVEL:: JAUH DARI CINTA

ok mulai sekarang untuk review buku, akan ada "SAYA SUKA BUKU" sebelum tajuk buku.hehehe..


sebenarnya JDC ni dah lama saya ikut ceritanya, sejak belum diterbitkan lagi oleh karya seni.

dalam cerita ni awalnya aku sangat tak suka dengan watak Farish Aqil...sebab aku rasa macam dia cuma mempergunakan nisa' sakinah tu...

sampai aku berharap nisa'  dapat jodoh yang lebih baik dari aqil..hehe..jahat betul aku kan?

nisa' sangat kasihan...aku rasa macam nisa' ni banyak kena tipu dengan orang sekeliling dia..lepas tu ayah dia seolah-olah tak nak faham atau dengar sebarang penjelasan sampai nisa' sanggup buat-buat hilang ingatan..sedih kan?

tapi ending cerita agak mengejutkan juga...sebab aku ingat Aqil dan nisa' akan berpisah...rupa-rupanya...eh nak tau penamat beli lah sendiri.

boleh beli secara online atau offline di mana-mana MPH.

p/s: AH, saya suka JDC sama macam cinta dari istana!

PEROMPAK SCAM! STOP MOBILEVIP LINK

aaaaarrgghhh!!!
aku baru je topap tadi RM 10.00....
tapi tiba-tiba dapat satu mesej dari 36523 yang berbunyi: "Your MobileVIP Link to follow" dan....kredit aku kena potong RM 8.00!!
paking cet betul....huhuhuhu..

kalau, ada antara kamu-kamu yang pernah dapat sms dari nombor tadi, boleh lah buat macam ni supaya nombor tadi tak akan memotong kredit kamu sebanyak RM 8 setiap kali kamu dpt sms tu.
taip STOP ALL dan hantar pada nombor tu.

TT-TT

aku dah la tengah sengkek...wuu...kena scam pula...

GERAM!

aku sakit hati ni...
kejap-kejap hari tu..kejap-kejap hari ni...sakit jiwa lah aku dengan jadual konvo ni...hiiii...
GERAM!

MENANG CONTEST LAGI..SYUKUR!

aku dah cerita aku ada menang contestkan hari tu??
hadiah dah sampai semalam...tapi hari ni baru dapat..
hehehe..
 bungkusan tiba dengan selamat!
 seperti biasa, secure with bubble wrapper tu...
tadaa!! hadiah utama lima produk naturactor pilihan sendiri. aku pilih hair oil, pressed powder, summer cake, moist cream dan night cream.

terima kasih kak zunita!!

kamu-kamu kalau nak beli produk naturactor ni aku cadangkan beli dengan kak zunita. pasti produk original dari jepun!!

SARAPAN

Sarapan aku hari ni roti telur dan teh ais. Pagi-pagi dah minum ais. Gila kan? Bukan apa..saja nak tukar selera.memandangkan aku tidur lena malam tadi. Hehe..dapat katil baru katakan..aku ada cerita menarik semalam. Nak tau tunggu malam nanti. Si Dora mendajal aku hari ni. Netul la beliau ni..kurung kesian. Lepaskan yayak depan pintu..haish.....

TAK TAU NAK KATA APA LAGI DAH

beli kosmo pagi tadi. tajuk utama:gadis 19 tahun campak anak.

serius.gila ke apa?
kau berzina. satu dosa. kau mengandung. tapi kau tak bertaubat. kau campak anak kau begitu sahaja. kau ni manusia ke binatang?

aku dengan kawan pejabat aku geleng kepala je. serius. masalah mcam ni akan terus berterusan selagi manusia menidakkan undang-undang yang Allah dah tetapkan untuk kita. sedangkan kawan pejabat aku(dia hindu) pun setuju kalau negara kita ni mencontohi negara arab yang melaksanakan hudud(impressed, kan?)

kami berbual dan bertukar pendapat dengan minda terbuka.
macam-macam perkara kami bangkitkan. sampai la masuk kepada isu pendidikan seks di sekolah-sekolah. sensitif kan isu ni?

aku dengan dia sama-sama setuju, pendidikan seks wajar diajar di sekolah, tapi ia mesti diajar bersama-sama pendidikan islam(untuk muslim) dan pendidikan moral(untuk bukan islam)

mungkin ramai tak setuju dengan pendapat kami tapi, kami melihat dari sudut positif, memandang kami pernah menjadi remaja zaman moden dan kami pernah melalui zaman-nak-tahu-tapi-malu-nak-tanya. pernah dengar curiousity kills the cat? itulah perumpamaan yang paling tepat untuk remaja nak-tahu-tapi-akal-pendek. aku bernasib baik. aku mencari melalui sumber-sumber yang betul.dan perasaan ingin tahu tu tak membunuh aku. malah menolong aku lebih faham apa yang patut dan apa yang tidak. inilah yang penting untuk didedahkan kepada remaja sekarang.

seronok hanya sekejap, dan yang sekejap itu meyebabkan duka berpanjangan.