Pages

ORYSENSE

Orysense

BILA HIDUP BAKAL BERUBAH 360°

Assalamualaikum dan hai semua....

Sukar nak jelaskan mengapa hidup aku bakal berubah 360°…
Bukan suka-suka boleh berkongsi cerita...
Cuma aku berharap kalian boleh doakan aku diberi kekuatan dan ketabahan yang luar biasa...
Jujur aku katakan, aku rasa bersalah tiap kali memandang tepat ke mata bintang hati berdua tu..tapi ini adalah yang terbaik untuk kami, In Shaa Allah.
Hidup adalah perjuangan tanpa henti-henti..tak perlu menangisi hari kelmarin..

::REVIEW:: SEQY BEAUTY BB CREAM

Assalamualaikum dan hai semua....

Kalau korang ni follow blog aku dah lama, mesti korang perasan, aku gila bb cream. Sejak jatuh cinta dengan bb cream, memang aku tinggalkan normal foundation tu.

Aku tak tau la kalau korang tahu yang bb cream ni bukan berasal dari korea. Tapi penggunaan bb cream dipopularkan oleh orang korea. Nak tahu kenapa? Sebab asalnya bb cream ni fungsi asal dia sebagai soothing balm selepas pembedahan plastik. Tau-tau je la, korea dan plastik berpisah tiada...ecewah!

Biasanya bb cream yang popular dalam pasaran sekarang kebanyakannya dari korea tapi kali ni, yang aku nak cerita ni, adalah keluaran anak tempatan.

Korang tak salah baca. Memang total 100% made in malaysia!
Tu dia...seqy beauty in da house!!!!
Sebenarnya beli dah agak lama juga....cuma baru kali ni berkesempatan nak tulis review......
*mak cik ni menulis bila ada mood anak-anak...*

Details ingridient korang boleh google sendiri kot..kalau aku tulis pun korang skip kan...macam la aku tak tau...*hewhewhew*

Seqy beauty bb cream ni ada tiga tona, light(1), natural(2) dan brown(3). The one i bought was in natural(2) shade.*tetiba cakap jawa pula*
Satu tiub berisi 15ml. Sikit? Pada aku okey la. Sebab pakai sikit pun dah boleh cover satu muka tahu?
Slim je packaging. Comel. Aku suka.
Bentuk pump dia unik. Tapi keunikan ni membuatkan aku kerugian bb cream beberapa kali. Sebab terpancut ke lantai, bukan ke belakang tangan. Akhirnya aku cabut kepala pump tu. Baru la selesai masalah.


Background gelap ada flash

Aku ada sedikit menyesal sebab pilih shade natural ni. Sebab tone dia bit orange-ish kat aku. Tapi tekstur bb cream ni tak heavy. Sangat ringan. Bila dah blend rasa macam tak pakai apa-apa. Mula-mula tu aku tak percaya juga bb cream dengan tektur yang ringan boleh bagi coverage yang baik, tapi sangkaanku salah rupanya. It did as its claim. Coverage medium, but buildable untuk dapatkan flawless efect. Korang tepek 2 layer pun still tak rasa heavy. Jadi tak perlu risau okey.

Untuk kawalan minyak, bagi aku okeyla. Bahagian t-zone aku berminyak lepas beberapa jam. Tapi tak la tahap boleh goreng telur punya. Tak nampak cakey bila berpeluh, senang nak remove. Pernahla ada satu malam aku letih sangat, balik rumah terus tertidur tak cuci muka......tapi...kulit tak naik jerawat pun! Yay! Ini menunjukkan bb cream ni tak menutup pori kulit dan membenarkan kulit bernafas dengan gembira..hoho...(tapi jangan amalkan selalu ye nak..)

Kesimpulannya, seqy beauty bb cream ni sangat-sangat berbaloi ada dalam beg mekap setiap wanita dan gadis. Buatan anak tempatan, halal, ada kelulusan kkm lagi...harga rm55, masih reasonable pada aku. Mana nak beli? Boleh beli dekat facebook page seqy beauty.