Pages

ORYSENSE

Orysense

::RANDOM RANT:: SUPPLEMENT

Assalamualaikum. Hai.

Betul la aku ni blogger chipsmore. Jap ada jap takde...mihihihi...

Bukan ape. Aku adalah orang yang tak reti tinggalkan banyak-banyak draf dan buat schedule post. Selalunya dalam draf tu cuma tajuk. Tak ada entri. Akhirnya sendu je. Kosong selamanya..mihihihi...

Okey. Berhenti merepek.

Korang makan supplement? Tak kisah la, brand apa pun.

Aku?

Biasalah. Chipsmore. Ada bajet, ada lah makan. Kalau tak ada, duduk diam-diam.

Penting ke makan supplement ni? Perlu ke?

Setengah orang cakap tak perlu. Setengah cakap perlu.

Pada aku terpulang. Aku pun bukan jenis konsisten makan supplement. Sebab tu kulit kusam. Sendu. Hahahaha...

Kalau korang jenis makan seimbang, sayur buah tak tinggal, aku rasa tak perlu la kot ambil supplement beria-ia. Ambil setakat yang korang rasa korang kureng dalam intake harian. Atau ambil sejenis yang boleh cover banyak, macam collagen drinks ke, multivitamin ke..tu contoh la.

Macam aku ni, kadang-kadang makan sayur dan buah, kadang-kadang tak. Susukan anak lagi. Jadi supplement sepatutnya wajib ambil. Sebab ambil supplement macam chipsmore la kulit sendu. Rambut luruh teruk sangat. Nasib baik tak botak. Wuuhuhuhu..

Banyak-banyak supplement aku pernah cuba, yang paling serasi dengan aku ialah double stem cell. Familiar? Memang berkesan. Cuma yang tak tahan, harganya agak cekik darah..maklumlah..produk mlm. Kalau aku kaya, selamba je boleh beli lagi.

Produk minuman berkolagen pun aku pernah cuba. 3 jenama aku pernah minum. Tapi agaknya produk berkolagen dengan aku ni tak berapa sherashi bersama. Tak banyak perubahan sangat, compare dengan DSC tu. Tapi serius, ephyra adalah minuman berkolagen paling sedap aku pernah minum. Tak tipu.

Sekarang aku try blink blink glomax. Keluaran beauty herbs. Anak syarikat dunia herbs losyen mustajab tu. Tapi blink2 ni bukan minuman berkolagen. Tapi blink2 ni minuman kaya antioksidan dan bertindak sebagai collagen booster semulajadi untuk badan. Setakat ni aku rasa serasi dengan blink2. In Shaa Allah, aku nak cuba konsisten. Lagipun harga dia tak mahal sangat. In Shaa Allah masih mampu beli. Nanti kalau rajin aku review k.