Pages

ORYSENSE

Orysense

::SHOPPING:: CANMAKE TOKYO

Assalamualaikum. Hai.

It's a beauty haul..again..hahaha...

Don't judge. It's my way to reward myself after working like a slave. Plus, i love beauty products..

I've got pretty bored with korean beauty products. So i decide to buy japanese cosmetics this time. The brand that catch my eyes is CANMAKE TOKYO.

No. I did not buy from hermo this time. I buy from a personal shopper who lives in tokyo. So my babies are straight from nihon!

The items are:

  1. Lip and cheek gel. Code 04.
  2. Lash care essence.
  3. Nose shading powder. Code N02
  4. Gokunobi mascara.
The packaging is very cute and girly i want to squel 'kawaii!!!!' when i open my parcel. Yes, i am still a sucker for a cute packaging. *still got a teenage spirit inside* ^ω^

I'll write a review later *do not expect it sooner ya..* but i already fall in love with lip and cheek gel. ^ω^

Oh..you guys also can buy this brand offline at guardian or sasa. But the price different is quite..sekali ganda mahal than buying straight from japan. But if you buy from hermo, the product range was not much. So if you really want the latest one, i strongly suggest buy from this personal shopper. Kos pos pun tak semahal beli dari althea *nak free pos kat althea kena beli RM150 ke atas.*. And you will receive your parcel within a week. Tak la lama sangat. Pejam celik je...


Rasa2 nak beli apa2 dari jepun..tak kira la coklat, teh hijau, kosmetik or anything...just contact her. She is trusted seller. And she'll assist you the best she can.

So..till then. Tata!

::RANDOM RANT:: TERIMA KASIH, DATO' LEE CHONG WEI

Assalamualaikum. Hai..

I know it's been two days already but.. i can't get over it untill i write this...

Aku sebenarnya tak tonton perlawanan DLCW vs Lin Dan. And the match was bikin sakit jantung. Hearing that i knew they both go all out at semi final.

Perlawanan akhir pula aku cuma sempat tonton set kedua. Ya..aku terlepas set pertama. Huhu.....

Sepanjang perlawanan, aku nampak seorang wira yang kelihatan penat, tapi masih terus berjuang. And when he lost, the image of his frustration face was imprint in my mind. So i won't share his sad face here. Nanti aku menangis lagi. Yes, i cried that nite.(i don't even cry when i first carry my status).

But still, i am proud of him. I believe all malaysians do. Except one stupid tabloid than only care about 1M he can't win.

DLCW, thank you for your hardwork.
This illustration was not mine. Please do not steal and claim it was yours. Respect the artist.

p/s: sorry bahasa campur campur. Read too much of wattpad. 😅😅😅😅

::RANDOM RANT:: FENOMENA POKEMON GO

Assalamualaikum. Hai.


Hari ni saja aku nak ulas sikit pasal pokemon go yang viral sangat tu.

Kalau ikutkan, pokemon bukan baru wujud seminggu, tapi sejak 20 tahun dulu lagi. Jujur, aku tak pernah main pokemon dalam konsol ori gameboy, tapi aku main guna emulator je..aku mana ada duit nak beli konsol pun...

Sampai sekarang, aku masih main pokemon emulator kalau boring. Gigih cari cheat code kadang2..hahaha. ya..ya..aku dah 3series..so what?

Then early this month, pokemon go was released by niantic to celebrate pokemon 20th anniversary.

Ramai teruja. Aku tak terkecuali. Cuma aku tak boleh download. Zenfone 5 x support game ni..*nangis*

Pokemon go ni fenomena sangat sampai keluar fatwa ha kau....masuk buletin utama punya headline lagi...

Aku sebenarnya sedih. 

Isu ni aku tengok mufti cam berat sebelah.

Kenapa aku cakap cam ni?

Sebab rokok dah difatwakan haram lebih dahulu dari pokemon go. Rokok terbukti membawa kebinasaan bukan hanya kepada perokok tetapi orang sekeliling pun jadi mangsa.

Tapi diorang tak gesa pihak berwajib sekat pun penjualan rokok.

Aku tak cakap pokemon go tak membawa mudarat. Semua benda pun kalau dibuat berlebihan mesti ada kesan buruk. Game ni pun camtu gak. Kalau main sampai x fikir keselamatan diri, memang la boleh kemalangan. Kalau main sampai lupa diri, memang la buang masa.

Kalau nak cakap menggugat keselamatan negara sebab fungsi maps, camera dan gps... 3 benda tu dah wujud lebih dulu dari pokemon go. Memang la nak memetakan kawasan, kita kena menjelajah. Kalau tak tak wujud la peta dunia hoi.

Tapi rokok sikit pun tak bawa faedah.

Entahlah...suka hati korang lah labu...

Kat bawah ni aku copypaste pandangan drMAZA tntang isu ni. Aku kira pandangan dia lebih rasional berbanding kebanyakan orang lain yang tau hentam saja.

You can agree to disagree. 

Pokémon Yang Melalaikan Semua

Sudah berapa hari wartawan tidak henti-henti cuba hubungi saya kerana mahu bertanya pasal Pokémon. Saya cuba mengelakkan diri dari memberikan komen sebab ramai sangat yang dah bercakap pasal Pokémon ini. Hebat benar nampaknya 'game' itu sehingga pelbagai pihak khususnya golongan agama banyak berbicara tentangnya. 
Disebabkan ramai sangat yang email dan tanya saya pasal hal ini, maka di sini saya ingin menyebut secara ringkas dan harap dapat difahami dengan lebih luas.

Saya ingin menegaskan bahawa apa sahaja perbuatan yang memperbodohkan ataupun  memudaratkan diri sendiri ataupun orang lain maka ia dilarang oleh agama Islam yang mulia dan bermaruah ini. Apa sahaja yang boleh mengundang ke arah kebodohan dan kemudaratan hendaklah dihalang. 

Cumanya, dalam negara ini bukan sahaja Pokémon yang membawa kepada kebodohan dan kemerbahayaan, tapi banyak lagi yang lain yang kadang-kala lebih bodoh dan lebih mudarat kepada diri, orangramai, negara dan rakyat. Bahkan sebahagian kemerbahayaan itu bukan sekadar sebahaya Pokémon sahaja tapi boleh memusnahkan masa depan generasi dan negara.
Pokémon yang mungkin membawa kebodohan dan bahaya itu kadang-kala masih boleh dikawal, sementara sebahagian kebodohan dan kemerbahayaan yang lain sukar untuk dikawal.

Saya pelik apabila terlihat seorang yang merokok di tempat awam bercakap tentang bahaya Pokémon untuk diri dan orang lain. Padahal rokoknya itu sejak sekian lama telah memusnahkan diri dan orangramai. 

Hal yang sama jika seseorang yang menyalahgunakan harta awam sibuk tentang game Pokémon, padahal negara sedang musnah disebabkan 'pokémon salahguna dan salah tadbir' yang dia terlupa untuk fikirkan.

Saya ingin tegaskan; jangan main atau lakukan  apa sahaja termasuk permainan Pokemon ini yang boleh memperbodoh dan membahayakan diri dan masyarakat. 
Satu lagi yang penting; jangan kita lalai kerana asyik main Pokémon sehingga melupai apa yang ada di sekitar kita. JUGA, jangan kita lalai asyik bincang pasal Pokémon sehingga lupa tentang bahaya-bahaya lain yang lebih besar dan lebih membodohkan kita yang sedang dan telah ada.
Copy dari Fb DrMAZA.com