Pages

ORYSENSE

Orysense

KISAH NAK BERPANTANG..LAGI

Assalamualaikum!

Mesti korang cemuih nak baca cerita aku ni lagi. Tak habis-habis pasal beranak. Mehehehehe...

Tapi aku tak peduli, aku nak cerita juga!

Aku dah mula mengumpul barang untuk berpantang nanti. Macam..awal kan? Bukan, kumpul sikit-sikit, tak la rasa macam selepuk nak keluar duit.

Pantang kali ni aku banyak fokus untuk diri sendiri, dengan azam untuk kurus macam anak dara balik. Hahahaha...

Aku pantang kat kampung. Sebab kat sungai buloh ni nanti tak ada orang boleh tolong aku jaga naufal. Nak pantang sendiri? Huh, confirm ke laut ah..! Sebab kebanyakan masa cuma aku dan naufal dan adik baby je nanti. Ayah diorang stayback. Tak sanggup aku. Kot naufal tu dah besar tak apa lah..

Kali ini serius, memang aku banyak fokus untuk diri aku sendiri. Aku nak cepat sembuh luka jahitan, nak menyusukan anak tanpa TEKANAN, sebab pengalaman lepas sangat banyak tertekan. Tinggal tak meroyan aje.

Untuk baby? Aku guna barang naufal aje. Naufal pun guna barang sepupu dia. Kuikuikui...bukan tak teruja, tapi berjimat. Mana boleh guna, guna. Yang tak ada baru beli..

Okey setakat ni dulu. Lain hari sambung..

p/s: percaya tak, pil kacip fatimah dan manjakani masa bersalin naufal dulu tak luak lagi? Hahaha...

1 comment:

Mar Mansor said...

selamat berpantang..tp bila tu?