Pages

ORYSENSE

Orysense

SAPIH VS TANDEM

Sapih? Apa tu? Serpihan apa-apa ke?

Bukan. Sapih tu cerai susu atau wean off la bak kate orang puteyh....

Jadi apa kaitan sapih dengan tandem nursing?

Meh aku cerita sikit.

Katakan korang dalam situasi aku.
-Mengandung lagi padahal anak belum pun setahun.
-Anak masih menyusu badan(walaupun campur fm)
-Orang tua keliling korang bising suruh korang sapu benda-benda pelik kat miss b korang supaya anak tak menyusu badan lagi dengan alasan ambil hak adik..

Ape korang buat?
-Gugurkan kandungan?(NAUZUBILLAHI MIN ZALIK!)
-Ikut cakap orang tua?
-Self research/consult doktor?

Mula-mula aku tengok result upt, perasaan aku bercampur baur. Antara rasa bersalah dan gembira. Bersalah sebab Naufal masih kecil. Gembira sebab Allah sayang aku. Masih sudi bagi rezeki anak walaupun aku ni bukan manusia solehah. Alhamdulillah!

Lepas tu aku mula terfikir, patut ke aku terus menyusukan naufal atau paksa wean off? Yelah, peringkat awal kandungan kan, faham-faham la, agak berisiko menyusukan anak ni...

Selepas aku pandang muka comel naufal, aku ambil keputusan untuk terus susukan dia..sambil tu aku tawakkal aje. Kalau Allah memang nak beri aku rezeki anak ni, aku yakin, Dia akan tolong aku jaga kandungan ni. Kalau bukan rezeki, aku wean off pun, Dia akan ambil balik juga.

Alhamdulillah, sepanjang aku menyusukan naufal semasa mengandung ni, tak pernah rasa sakit perut langsung. Kandungan aku berkembang baik-baik saja...tipu la x sakit. Tapi yang sakit bukan perut tapi miss b(hormon berubah beb)

Cabaran paling besar menyusukan anak semasa mengandung ni bukan dari anak. Aku rasa korang setuju kalau aku kata cabaran paling besar datang dari orang tua keliling korang..

Tiba-tiba je kata buat camtu rampas hak adik.. Like..seriously? Baby tak keluar pun lagi. Abes susu yang ada nak bagi siapa? Kucing? Diorang ada fikir tak perasaan mak-mak yang dipaksa menyapih anak yang masih mahu bf ni?

Aku pun sekarang dalam usaha untuk wean off naufal, supaya dia tak terlalu bergantung kat aku. Yelah. Aku dah 33minggu oit..susah orang nanti nak jaga naufal...

Tapi sejak awal lagi aku memang dah pasang niat, untuk tandem nursing, abang dan adik, selagi mana aku mampu..

Cuma tu la..bukan mudah nak tandem nursing..cabaran banyak. Paling teruk, nak menahan telinga..bagi aku, ayat-ayat yang keluar dari mulut orang lagi mengganggu emosi dari rengekan anak. Serius!

Nak-nak dengar ayat gini -ai dulu baby 3 bulan dah sapih. Tak tunggu 2 tahun-

It is up to me lah. My body, my baby. Ai tak suruh u susukan anak ai pun. Jangan banyak bunyi boleh tak?-mau je aku jawab gitu..

Life is not easy, when you are surrounded by the negative minded people..

p/s: please, jaga perasaan orang bila kelyarkan ayat.

2 comments:

Anonymous said...

Salam.
Iyek,mmg btol kate awak,org keliling lebih kejam sbnrnye, malah sgt kejam.org takkan faham naluri ibu yg menyusu :) anak sulung saya beza umur 2 tahun dgn adik die, dr awal mengandung sampai bby lahir, mmg abg share nenen dgn adik.alhamdulillah, supply ttp banyak sbb demand tinggi dan berterusan sampai abg usia 5 tahun dan adik 3 tahun. Cuma kita sbg ibu kena makan yg berkhasiat dan jaga kesihatan dan positif. InsyaAllah, awak boleh :)-eila

Salhah Suhot said...

Tq eila..sy anggap diorang kurang tahu je...diorang tak tau, org yahudi dan nasrani tetap susukan anak walaupun mengandung lagi. Sebab tu nabi tak larang wanita susukan anak walaupun mengandung, selagi x mendatang kemudaratan.