Pages

ORYSENSE

Orysense

PERBANDINGAN : EVE LOVE SASSY vs UNIMOM ALLEGRO

Baru-baru ni, aku beli breast pump baru.-pembaziran sungguh la kan....-

Aku terpengaruh ngan design yang comel gila tu...muehehe...selain tu aku suka breast shield si sassy ni...tu yang sudahnye beli juga...-alasann!!-okey la. Aku kasi point pro dan cons, senang mak-mak sekalian nak survey..cekidaut!

Eve love sassy.
Pro:
-Comel, ringan-seri-
-Operasi guna eletrik atau bateri standard AA.-unimom win!-
-Skrin lcd, 2 mode stimulate dan expression button.-unimom cuma ada butang on/off dan butang laras kekuatan-
-Breast shield silikon yang best gila! Selesa!-ini yang paling aku suka! Unimom kena pasang lapik silikon tu kalau nak selesa-
-Motor auto set 30 minutes pumping session-unimom kalah-
-Heavy duty.-unimom kalah-
-Kuasa sedutan boleh tahan, tapi tak menyakitkan. 9 level kekuatan sedutan-unimom 7 level-
-Tak ada back flow. Sebab sistem breast shield gula close system.-dengan unimom, seri-

Cons:
-Single breast pump-tak tau la kot boleh convert macam medela swing. Tak cuba lagi. -Unimom win!-
-Bateri tak built-in.-tak pasti boleh guna powerbank atau tak. -Unimom win!-
-Expression mode dia sedut berterusan. Tak ada sedut-rehat. Agak kurang seronok di situ-unimom allegro win suction rythym!-
-Tak ada spare part dijual buat masa ni -tapi boleh kot guna lacte duet punya parts. -Unimom win!-

Buat masa ini, takat tu je yang aku boleh senaraikan..jadi aku kasi 4 bintang untuk eve love sassy yang seksi ni!!

p/s: bagi mak-mak yang sedang mencari breast pump, boleh consider jenama eve love. Sebab jenama eve love ni buatan malaysia, ilham dari pakar laktasi. Harga pun berpatutan..

6 comments:

Anonymous said...

Saya pun pakai evelove sassy...suction best..x menyakitkan..sparepart evelove leh beli kat www.evelove.com. ada sape2 x yg modified evelove single pump sassy jadi double pump? Saya tgh survey ni..sbb nak double pump.yg sassy punya single pump je.

Salhah Suhot said...

Bole nak convert, tapi own risk la. Buat camtu bole break warranti.

Anonymous said...

Macam mana boleh void warranty.. How can they trace? Seme tu gimik. Msa claim xyah cite 2 ke 8 buat. Cite time nk guna malfunction. Pakai standard. Mcm mana die nk detect kite pkai 2. Mne tmpt yg boleh buktikan void??? Fikirkan

Suzlin Azreena Nordin said...

Nak jual x breastpump tu? whatsapp kita please 0127669156. TQ.

Pretz said...

Kalai nak convert eve love sassy nak gi double nak buat camne?

Salhah Suhot said...

Beli Y tube dari website evelove, n 1 lagi collection kit.