Pages

ORYSENSE

Orysense

::RANDOM RANT:: KENAPA CERAI BERAI

Aku tak tau, patut atau tak aku tulis topik ni...makin lama makin berat topik dalam blog ni kan...

Setiap permulaan ada pengakhiran. Pertemuan ada perpisahan. Penyatuan ada peleraian...

Perceraian adalah perkara halal yang dibenci Allah. Seorang perempuan yang meminta cerai daripada suaminya tanpa sebab yang munasabah, akan menanggung dosa.

Dulu, masa kursus kahwin, penceramah cakap, perceraian banyak berlaku kerana masalah batin. Masa tu aku yakin sangat kebanyakan orang mesti fikir lebih kepada masalah seksual.

Tapi sebenarnya, bagi aku(sekarang) seks hanya keperluan fizikal. Sama macam kita bersenam juga. Tak lebih dari itu.

Masalah batin sebenarnya lebih kepada emosi. Rohani. Jiwa.

Jiwa kosong. Rumah tiada sakinah. Tak diisi dengan keperluan rohani. Tak ada nur. Tak ada barokah. Itu yang mendorong kepada perceraian.

Perempuan, memerlukan lelaki yang boleh mengisi keperluan rohaninya. Boleh memberikan ketenangan. Rasa dilindungi. Lelaki yang selalu mengajak kepada kebaikan, bukan menambah mungkar dan maksiat. Lelaki yang mampu memimpin tangan isteri ke syurga Allah.

Kenapa aku menulis macam ni? Sengaja. Sebab banyak sangat iklan 'bulat-mantap-pejal-ketat' & 'panjang-besar-tahan lama' kat fb. Buat aku geli nak buka fb. Seolah-olah, matlamat perkahwinan cuma itu semata. Bahagia dunia.

::RANDOM RANT:: HIDAYAH TAK LEKAT

Kot rasa hati tu liat sangat nak terima teguran atau nasihat, check diri balik. Adakah termasuk dalam golongan ini?

::RANDOM RANT:: KISAH SUAMI CURANG DENGAN ALASANNYA

Viral di fb semalam kisah suami mah yang curang kerana mah sudah tak bergetah.
Hari ni, viral pula kisah surat balasan dari mah, yang agak kelakar dan kreatif juga.
Untuk aku, alasan kecantikan yang sudah pudar, menunjukkan betapa lelaki itu cuma cinta nafsu. Cinta yang tak ikhlas.
 
Kenapa?
 
Sebab begitu mudah sekali mata si suami kabur dengan pengorbanan isteri yg mengorbankan kerjaya, hidup dan kecantikannya, hanya untuk suami.
Untungnya si suami, isteri memaafkannya dengan begitu mudah sekali, walaupun dicurangi selama 6 tahun lamanya. Malah telah dihina maruahnya dengan membandingkan sesuatu yang patut menjadi rahsia suami isteri. Aku percaya, si suami telah menceritakan kelemahan isteri kepada kekasih gelapnya.

Kalau aku berada di tempat mah, itu tidak boleh dimaafkan. Dan aku tak rela, suami yang berzina hidup sebumbung dengan aku lagi.

Suami, kalau mahu isteri cantik, bantulah isteri menjadi cantik. Begitu juga sebaliknya. Bukan curang jalannya.

::RANDOM RANT:: KUCING TUA VS KUCING MUDA

Bagaimanakah caranya untuk menjadi gembira?

Ada dua ekor kucing yang tinggal di pinggiran jalan di sebuah kota. Seekor kucing tua. Seekor kucing muda. Pada suatu petang, sedang berehat-rehat, kucing tua itu tadi terlihat kucing muda terpusing-pusing dalam cuba mengejar dan menangkap ekor sendiri. Kucing tua tu pun pelik lalu bertanya

“Nak, apakejadahnya kau buat tangkap ekor sendiri tu?”

Kucing Muda itu menjawab “Saya baru balik dari kursus yang membincangkan tentang falsafah kucing peringkat antarabangsa. Pensyarah kat situ bagitau bahawa perkara yang paling utama dalam kehidupan seekor kucing adalah kegembiraan; dan kegembiraan itu terletak pada ekor kita. Sebab tu saya cuba tangkap ekor saya ni. Kalau dah dapat nanti bermakna saya akan dapat kegembiraan yang berkekalan,”

“Nak, mungkin aku tak setuah kau yang dapat pergi kursus dan belajar tentang falsafah hebat macam tu; tapi sepanjang hidup aku, aku juga sedar bahawa; betul lah yang kegembiraan kita terletak pada ekor kita ni. Cuma aku tak kejar macam kau. Sebab aku tau, semakin aku kejar ekor aku ni, ia semakin lari dari aku. Tapi kalau aku hanya berjalan dan berhidup seperti seharusnya, ekor ni pun sentiasa je ikut aku tanpa disuruh pun,”  Sambil tergelak kecil, Si Kucing Tua menjawab steady.

Kucing Muda itu terdiam sejenak. Lalu dia beredar perlahan, pura-pura macam tak pernah buat benda kelakar lalu tunduk memerhati di celahan lubang kot ada bebayang tikus untuk dijadikan lauk makan tengahari. Sambil si Kucing Tua yang dah banyak pengalaman hidupnya yang boleh agak apa Kucing Muda tu nak buat seraya berkata;

"Tangkap lebih sikit. Boleh buat satey"
Aku terjemah cerita kat atas ni dari buku, Your Erroneous Zones, 1976 - Wayne Dyer. Kecuali dari perenggan ke-5

p/s: aku copy cerita ni dari blog Perempuan Jomblo. Kudos to her.

::RANDOM RANT:: SOLAT

Solat. Ringan tapi berat. Lelaki gagah muscle ketul-ketul pun belum tentu cukup 5 waktu. Perempuan konon lembik tapi boleh pusing shopping mall 5 jam pun cari alasan tak nak buat. Cuti bulanan katenye...
Aku mengaku, aku pun terkial-kial nak jaga yang 5 tu, kadang-kadang buat akhir waktu...Allah..ampunkan hamba-Mu yang selalu khilaf ini...
Aku sedang berusaha membaiki diri. Dengan menjaga solat. Sebab solat itu mampu menahan manusia dari melakukan perkara keji dan mungkar. Jom jaga solat ye kawan-kawan..
Sedikit perkongsian tentang solat:
 
PINJAM 3MINIT UTK BACA NI

1. Org yg tak solat akn banyak masalah, tidak tenang, cpt marah susah nk terima kenyataan dn selalu nmpk salah orang lain.
    - USTAZ AZHAR IDRUS
2. Walaupun ayah kita penagih dadah sekalipun, bila dia suruh solat, kita sebagai anak WAJIB tunaikannya.
          - Ustaz Kazim Elias
3. Tidak solat punca utama penceraian dalam rumahtangga? "Jaga solat...Insyallah bahagia..."
      - Ustaz Don Daniyal
4. Selalulah Solat berjemaah walau payah macam mana pun, boleh jadi jemaah itu dapat menampung pahala berlipat ganda.
     - Datuk Ismail Kamus
5.Kalau kita sakit jgn takut utk solat , atleast kalau mati , mati dalam solat
    - ustaz haslin baharin
6. Selepas solat jangan tergesa-gesa, baca Subhanallah 33, Alhamdulillah 33, Allahuakbar 33, doa kemudian baru bangun”
     - Al-Habib Ali Zainal
7. Kalau orang yang solat pun belum tentu masuk Syurga, apatah lagi orang yang meninggalkannya.
     -TG Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki
8. Jagalah solat anda. Kerana solat itu adalah hubungan antara Allah dengan hambaNya"
    - Sheikh Abdullah Jahaf.
9. Menjaga solat boleh membersihkan dalaman kita. Puasa juga boleh membersihkan jiwa seseorang.
     -Ustaz Dasuki Rani
10. Jgn cakap:"Pergi solat.Kalau tak,masuk api neraka!"Tapi cakap:"Jom solat,Nnt kita masuk SYURGA ALLAH sama2 ya.InsyaAllah
        - TG Harun Din"
11. Kalau dalam solat tak dapat ingat Allah, mana mungkin luar solat mampu ingat Allah.
      -Ustaz Pahrol.
Rasulullah bersabda,
Barang siapa menyampaikan  satu ilmu saja dan ada orang yang mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia) dia akan tetap memperoleh pahala.
 
SELAMAT BERAMAL ..JGN LUPA KONGSI
