Pages

ORYSENSE

Orysense

SELAMAT BERPUASA

* terima kasih encik google untuk gambar ni
akhirnya ia muncul lagi.
ramadhan yang penuh keberkatan muncul lagi.
alhamdulillah, aku masih diberi peluang untuk bernafas dalam bulan ramadhan.
semoga bulan ini membawa berjuta-juta keberkatan kepada kita semua.
semoga bulan ini tidak membuat kita lesu dan tewas kepada nafsu.

selamat berpuasa, selamat bertarawih, selamat bekerja.
sesungguhnya kerja juga ibadah.
jangan jadikan perut kosong sebagai alasan untuk tewas.

REVIEW : CAPTAIN AMERICA

sebenarnya aku langsung terlupa dengan kewujudan cerita ni di pawagam.
(mungkin sebab aku belum menonton harry potter)
tapi semalam aku keluar dengan encik tunang dan secara tak sengaja ternampak poster cerita jadi...the rest is history..

okey. berbalik kepada topik asal.

aku bukanlah peminat tegar superhero tapi...
legasi super hero dari marvel tak pernah mengecewakan!!!
kekecewaan terhadap T.D.O.T.M terubat sedikit.

ada sedikit humor, aksi sudah tentu!!
tapi pengajarannya, tak kira kita ni lemah atau kuat,
kita kena ada azam yang kuat dan hati yang baik, baru boleh kena suntik dengan serum kuat..
 boleh jadi ketul-ketul macam ni...

 encik tunang, boleh tak encik pergi gym dan workout sampai macam ni??hehe
haha..bergurau..bergurau!!

penilaian aku?
markah penuh!!

pesanan penaja: nantikan THE AVENGER MAY 2012 !!!

TERLAMAPAU MELAMPAU

nak kemas kini blog ni, tapi tearamat sangatlah mengantuk.
tahap THE AVENGERS.
okeylah.
aku tidur dulu.
esok aku update..janji!

HUH..BUAT SEMULA

salah buat.
buat penat aku tone, tengok arahan
'warnakan haiwan dalam kumpulan yang sama'.
haish....outline saja pun tak apa..
huhuhu

NYUT NYUT NYUT

sudah dua hari.
kepala berdenyut.

sakit tahu tak!
grr..betul betul mengganggu mood kerja aku.
tambah lagi design yang asyik bertukar macam super henshin jepun.

satu lagi.
kerja aku semakin banyak.
bertambah banyak.
aduh!!!!!

denyutan bertambah!!

KOSONG

kosong.
hati kosong.
jiwa kosong.
perasaan kosong.

nah.
layan lagu kosong-dewa

ENCIK AARON AZIZ YANG POPULAR

iye...betul..encik tu popular...aku pun suka dia juga..hehehe
klik untuk paparan yang jelas lagi nyata.

rasanya adalah dua kali aku ada sebut nama dia dalam blog sunyi aku ni.
mula-mula entri ini.
lepas tu entri ini.

jadi...sila tatap wajah kacak encik aaron aziz ni puas-puas ya!
 oops!!
itu memang bukan encik aaron aziz. itu encik AmanWan.
klik nama beliau untuk parodi nivea man yang kelakar.
XD!!

nah..encik aaron aziz yang sebenar.
=3

KAD DEBIT

baru-baru ni aku buka akaun rhb, dapat la kad debit mastercard.
kad bank paling lawa aku ada.

dan baru sangat aku guna..beli tiket wayang aje pun..malas nak withdraw duit kononnya.
tup-tup bila aku check balance, mana pergi rm20? bila semak balik terma dan syarat....ada satu benda yang aku tak faham.

adakah setiap kali guna bank akan caj rm20 untuk salinan slip jualan(sales draft requst)?
gila lah macam tu.(sumpah aku tak pakai lagi untuk beli-belah yang tak pakai cash)

aku guna visa electron bsn giro matrix tu tak ada pula penolakan berlebihan macamtu(cuma annual fee rm8).
maybank visa debit pun tak ada service fee untuk sales draft request.(annual fee pun free je.nak tukar atau ganti sebab hilang baru kena caj rm12)

atas sebab ni, aku terus pergi tengok terma dan syarat untuk semua kad debit bank-bank yang aku ada akaun.

bank islam visa debit, rhb mastercard-ada service fee rm 20 untuk sales draft request
bsn giro matrix visa, maybank visa debit-tak ada dinyatakan tapi aku rasa tak ada caj yang aku nyatakan tadi.

ambank-setakat ni cuma ada atm biasa tapi boleh pakai sebagai debit kad juga. kalau nak debit mastercard kena apply yang ada nextG tu la. yang tu tak perlu ada akaun ambank kalau nak. beli je, dekat 7E ada juga(kot). rm25 untuk permulaan.

kalau sesiapa tahu lebih lanjut tentang ni(maklumlah..aku ni cetek ilmunya) janagn malu-malu komen.

::RANDOM RANT:: KARIPAP-KARIPAP CINTA, NOVEL vs FILEM

eh?cerita belum keluar pun nak review ke??
entah apa-apa.
aku bukan nak ulas filemnya.
aku nak ulas pemilihan pelakonnya.
jujur..aku kecewa dengan penampilan pelakon yang membawa watak sarah.
kecewa sangat-sangat.

kamu dah baca novelnya ke belum?kalau belum sila baca.
tak rugi pun. ceritanya betul menarik.
aku boleh ketawa-ketawa baca novel tu.

novel
vs
filem

bandingkan penampilan 'sarah', versi novel dengan 'sarah' filem.
macam karipap dengan cekodok.
langsung tak sama.

aku percaya, pembaca yang tertunggu-tunggu nak tengok filem ni turut sama kecewa sama seperti aku.

p/s:siapa belum baca, pergi beli dan baca.

REVIEW:TRANSFORMERS DARK OH THE MOON.

hmm....hmmm...hmmmmm...
siapa rasa cerita ni best? angkat tikus!!!!

pada aku ini transformers yang paling teruk!
pengganti megan fox yang cuba berlagak seksi macam megan fox tapi tak menjadi.
tergedik-gedik...geli aku. tak ada pun tak rosak jalan cerita.
banyak watak robot yang tak ada.

malas nak review panjang-panjang ni.
2 jam 45 minit yang...kurang berbaloi.
download torrent lagi baik.

markah : 2 dari 5

RAMADHAN SUDAH DEKAT

agak-agak siapa belum habis ganti puasa lagi?
kalau belum cepat-cepat ganti okey. tinggal tak lama sangat dah.
(yang menulis ni macam tak sedar diri ingatkan orang..XD)

sebenarnya cerita utama di sini ialah, aku menyambut puasa dengan gaji pertama aku bulan ni.
ehehe..maaf, tak dapat belanja kamu-kamu-kamu..(aku PERLU jadi kedekut sehingga hari perkahwinan aku nanti.)

puasa tahu ini,harap-harap semuanya akan baik-baik saja.
aku akan sihat-sihat, tak keracunan lagi(dari puasa tahun lepas sehingga bulan lepas, aku keracunan 3 kali), tak sedih-sedih lagi, tak boros-boros lagi..
paling penting, bertambah ramping dan cantik(perasan! ^////^)

dan harap-harap semua urusan aku akan terus dipermudah dan dimurahkan rezeki oleh Allah, InsyaAllah.

harap-harap kamu semua pun begitu.
aamiiin!

::RANDOM RANT:: AKU NOVEL DAN KOMIK

aku dah lama terdedah dengan buku.
seingat aku, sejak aku dah pandai membaca, itu memang hobi aku. rasanya sudah beribu buku aku baca(mungkin)

siri paling aku suka yang aku pernah baca ialah siri penyiasat, tulisan enid blyton.
kalau ada rezeki, memang aku sanggup beli semua novel enid blyton.(macam kaya sangat)
masa sekolah dulu hampir setiap 3 hari aku mesti pinjam buku dekat perpustakaan sekolah. ada juga beberapa buku aku baca sampai menangis..aku tak ingat tajuk tapi novel ni keluaran utusan, kisah pengorbanan seorang ibu. dah berkali dibaca pun aku masih akan menangis.
kira aku membesar dengan membacalah..

komik..mula-mula dulu aku suka baca ruangan kartun dekat majalah utusan jawi yang arwah bapak aku langgan(wujud lagi ke utusan jawi?)
dulu aku pandai baca jawi(sambil angkat-angkat kening)
tapi dulu lah..sekarang ejaan jawi dah banyak berubah(rasanya)
kadang-kadang mak aku belikan aku majalah adik atau kuntum.
tak lama lepas tu ketagih komik anak-anak sidek pula..
haha...fenomena masa tu..semua budak-budak pun nak main badminton..
aku ingat lagi dulu selalu main badminton dengan pak cik rahman(jiran aku masa dekat sungkai) petang-petang.masa tu rasanya pak cik rahman belum ada anak. agaknya dia ingat lagi tak pada aku dengan adik aku?

oh...aku mula merapu...kan ni cerita novel dan komik?
lepas tu, aku mula baca ujang. masa tu ujang masih di bawah label kharisma. kartunis aku paling minat? mestilah Leen Mafia
comel dia pakai tudung.

sampai kena marah dengan mak aku sebab baca komik. tapi biasalah.degil.
lepas tu beralih dekat majalah gempak. aku peminat kaoru.

sekarang giat megumpul maid maiden.

lepas tu jatuh hati dengan blues selamanya. sampai majalah ni dihentikan penerbitannya..huhu..sedih tau.
oh dan jodoh aku dengan pelukis komik ini
twinX-pac(peminat sai-fai sejati dia ni)
yang juga salah seorang pelukis komik blues selamanya.
komikal sungguh aku ni.
^////^

sampai sekarang aku masih gila buku. tak taulah lepas ada anak adakah aku masih gila buku juga. harap-harap anak-anak aku nanti pun suka membaca juga.
^_^

kalau berpeluang, nanti aku tunjuklah koleksi novel dan komik dan majalah aku.
okey. selamat malam!

VIRUS FACEBOOK A.K.A KOOBFACE

pernah tiba-tiba dapat chat message dari salah seorang kawan facebook yang dikenali?
contoh:
minah : hi, how are you?
minachi : wei..mengadalah kamu. speaking konon.
minah : wanna laugh?
minachi : eh..apa kena kamu ni?
minah : is it you in this video?-link(FTP address e.g http//:1234.xyz/blablabla.com)-

lepas tu kamu dengan lurus bendulnya klik link tersebut....
lepas tu...keluar interface youtube, tapi flash player tak update. kamu pun download flash player melalui link...akhirnya......!WARNING-TROJAN FOUND IN BLA-BLA-BLA!
ingat gambar ni?rujuk sini

itupun kalau antivirus kamu bekerja dengan baik..kalau tidak...hmmm....

menurut kajian aku menerusi google(cewah), virus ni tak mendatangkan kerosakan pada komputer, tapi jaga-jaga dengan data peribadi kamu. sebabnya virus ni adalah virus pencuri.
ia mencuri data kamu dan menyebarkan pula virus busuk yang sama kepada orang lain dengan menggunakan nama kamu. akhirnya nama kamu pun busuk...

penyelesaiannya:
tukar kata laluan / password facebook kamu. dalam kes aku(aku pun bendul pintu juga), aku tukar password facebook dan google account sekali(takut google acc aku infected juga). scan keseluruhan sistem komputer, kalau boleh deep scan lah, takut ada yang menetap dalam data cookie kita..bahaya tuuu....

nak menghalang, senang sangat. jangan klik sebarang link yang 'kawan busuk' ni hantar kalau kawan wangi yang sebenar memanglah tak speaking dengan kamu biasanya. ok?

okeylah. setakat tu je yang aku tahu..kalau ada yang terkurang tu jangan malu-malu tambah nasi..eh maklumat..
XD

5-2-2=1

macam mana aku nak tolong anak kucing ni survive?
adik beradik dia semua dah 'tidur'.
aku tak tahu mak dia langsung tak mau jaga.
kalau tahu,aku belikan dia botol susu khas untuk kucing.

JATUH CHENTA : OLAY TOTAL EFFECTS ADVANCED DAILY MOISTURIZER WITH COOLING ESSENCE

dulu..aku tak pernah pakai pelembab muka. sebab muka aku berminyak. aku tak tahan dengan rasa minyak-minyak pada muka aku bila ada pelembab. tambahan pula kulit aku agak sensitif.
susah nak cari produk yang serasi.

tapi dah tua-tua ni terasa kulit aku perlukan sesuatu untuk rasa tak kering.
satu produk je yang aku terlintas nak beli.
OLAY TOTAL EFFECTS.
ada 3 jenis moisturizer olay total effects ni.
1st gen-olay total effects daily moisturizer
(ada yang ada spf ada yang tak dan ada formula untuk kulit sensitif.)
2nd gen-olay total effects daily moisturizer + touch of foundation
3rd gen-olay total effects daily moisturizer + cooling essence (ni yang aku beli)

aku pernah pakai pencuci olay. lama juga aku pakai. dan lama juga aku dah tak pakai(sejak pakai madu)

aku dah pakai produk ni dah hampir 2 minggu.
satu perkataan : suka!

  • kulit aku rasa lebih lembut.
  • bb cream dan foundation lebih senang nak rata.
  • tekstur ringan-water base, sesuai untuk kulit combi-oily
  • pori-pori muka kelihatan lebih kecil.
  • bekas pam vakum yang terjamin kebersihan, lagipun tiubnya kurus tinggi, muat cantik dalam beg katak comel atau beg watson merah jambu aku tu.
  • cooling essence tu bukan la maksud lepas pakai muka rasa berangin, tapi lebih kepada memberi kelegaan pada kulit dari bahang matahari. sebab sebelum aku pakai moisturizer ni dulu terasa sangat perit kulit muka aku kena panah dengan matahari. tapi aku tak pasti yang ni ada spf ke tak. dekat botolnya tiada label spf. agaknya tak ada?
efek pencerahan..aku tak dapat nak pastikan bezanya. sebab aku memang dah cerah. tak perlu fair n lovely bagai. dalam 9 adikberadik aku pun, aku yang paling cerah. ikut gen mak aku-orang banjar. lagipun aku memang kurang melanin, sebab rambut aku pun agak kecoklatan. macam dah kena inai.
tak apalah. habis sebotol nanti aku update lah!

MY MAKEUP STUFF



eceh..tajuk nak english..tulish berjela dalam bahasa juga..
bukan apa..masa BW, terjumpa satu blog ni.

secret note tajuknya. aku malas nak komen dekat post dia sebab komen dah berjela..lagipun post tu bulan april 2011 kot..jadi, aku buat respon post sahaja untuk dia.

ok adik Manja..ini yang akak pakai:

LIP BAM : colour bloom lip smooth-maybelline. boleh tukar-tukar warna ala-ala lip ice, tapi melembabkan bibir dengan baik(lip ice mengeringkan bibir-at least pada akak).

GINCU: maybelline watershine lipstick. kalau ada ni tak perlu coat dengan balm dah. sangat best. akak pakai stick yang ke-3(sebab watershine ni yang paling serasi dengan akak). lip tint etude house dan 2 in 1 lip gloss ang perfume-avon(convenient sangat kalau travel)

BEDAK SERBUk ATAU COMPACT POWDER :dua-dua. translucent loose powder-nutrimetics dan compact powder maybelline yang case warna biru tu. loose pakai untuk set makeup, compact untuk travel

BLUSHER :elianto, avon, etude house.-semua shade peachy sebab warna peach buat muka nampak sihat

EYESHADOW : silky girl, elianto(tu pun tak pakai sangat)

EYE LINER : in2it(pencil), etude house(cream)

MASKARA : cat eye mascara-maybelline, supershock mascara-avon, custom eyes mascara-revlon

BB CREAM : etude house goodbye trouble-matte finish, skin79 hot pink-dewy finish. kalau nak beli bb cream, kena kenal pasti jenis kulit dulu. normal,kering,berminyak atau kombinasi. tapi akak cadangkan beli maybelline punya bb pact. tak mahal sangat. dalam rm20++.

tips akak. 3 benda jangan beli yang tiruan.

1. foundation/compact powder-sebab ni adalah lapisan pertama yang kena kulit.kita tak tahu bahan apa yang dia letak dalam yang tiruan kan?

2. mascara, eyeline dan eyeshadow-kita taknak jadi apa-apa pada mata kita yang sepasang ni kan?

3. lipstick-silap pakai struktur kulit bibir boleh rosak.betul tak?

kalau nak barang mekap sesuai untuk bajet pelajar kolej kan, adik manja cuma perlu beberapa barang je pun.
 
1. compact powder / loose powder(bergantung jenis kulit. loose lebih sesuai kulit berminyak)

2. bb cream / foundation (akak cadangkan bb cream, sebab finishing bb cream natural)

3. lip gloss / lip balm berwarna

4. blusher

5. eyeliner

okey.setakat tu je. daa!!

69

err..sesiapa..tolong jadikan nombbor 69 tu no lain.boleh?
XD...

JATUH CHENTA : ETUDE HOUSE 55 KISSFULL TINT CHOU

ahaha...sesungguhnya aku jatuh chinta dengan etude house punya lip tint.
serius. lip tint ni sangat best!
aku punya no 3 dengan no 4.
yang no 3 tu nampak pink dan yang no 4 pula nampak natural, depend pada warna kulit juga kot.memandangkan aku berkulit cerah(m.a.c nw/nc 25-buat test dekat m.a.c cosmetic punya website)warna tangerine nampak natural lah.

yang best tu, lip tint ni sangat tahan warnanya. walaupun lepas makan makanan berminyak.weee!!!best kan??(tak seperti avon lip and cheek tint. kena air pun hilang)

EH kissfull tint chou ni lebih pada gloss tint. warna yang cantik, cover garis-garis rekahan bibir..apa lagi yang boleh aku cakap. jatuh cinta lah.

KOSMETIK YANG WAJIB ADA DALAM HANDBAG

ohoho..entri in saja-saja je.
nak tengok barang mekap apa yang wajib ada dalam beg kamu.
kiranya pergi mana-mana pun mesti bawa.

aku mesti ada beberapa benda wajib.

  1. eyeliner in2it(kesukaan aku setakat ni)
  2. brow liner(tak kisah mana-mana jenama pun.)
  3. avon 2 in 1 lip gloss+perfume
  4. etude house lip tint
  5. compact powder
  6. biore oil cleansing cloth
benda-benda tu semua aku letak dalam satu  beg kecil gambar katak.(katak comel apa)

ok.aku nak tag kawan-kawan.sebar-sebarkan.nanti aku terjah kamu-kamu punya entri.ok?

MONTE CARLO


aku tengok cerita ni tadi. kat alamanda. seorang diri, sebab jalan sesak gila menuju kl. dah aku tak dapat pergi kenduri umah farah....hmmm...

okey ketepikan semua yang mengarut.

yang aku nak ceritakan adalah tentang filem ini.
cerita tentang grace(selena gomez) yang bersungguh-sungguh kerja sampingan sebab nak kumpul duit pergi bercuti ke paris selepas tamat sekolah tinggi.dia berkawan dengan emma(tak tau nama pelakon ini), waitress yang sama-sama bekerja dengan dia, yang akan sama-sama ikut dia pergi bercuti.

grace ni ada ayah dan kakak tiri. nak dijadikan cerita mak grace, dengan ayah meg(kakak tiri) suruh meg ikut grace dan emma pergi paris. ironinya, grace dan meg tak rapat, dan tak sebulu. tapi mereka pergi juga bersama-sama selepas dipujuk oleh orang tua masing-masing.

nak dijadika cerita lagi, percutian impian jadi percutian yang tidak menyenangkan. hotel tak selesa, pemandangan / perjalanan yang tak dapat dinikmati dengan sempurna, sehinggalah akhirnya membuat grace betul-betul terkilan.

dari sini, disaster berubah menjadi wonderful. nak tahu? tonton sendiri.
sebab cerita ini menarik pada aku. macam tengah baca novel rasanya.

dari 5 aku bagi 3.5
kenapa?
sebab cerita ini cerita yang boleh dijangka penamatnya.
tapi, aku rasa tak rugi pun tengok cerita ni. aku terhibur, penonton lain pun terhibur, sebab aku dengar kebanyakan penonton ketawa bila ada situasi-situasi yang mencuit hati.

rasa-rasa nak tengok cerita ni untuk rehat-rehat otak, boleh lah. kalau mengharap sesuatu yang vavavoom, baik kamu semua tempah tiket harry potter awal-awal. okey. daa

GILA AH DING DONG DOREMON!!!

aku macam tak percaya dengan pendengaran aku hari ni.
adakah telinga aku tidak dikorek dengan betul?
adakah aku kembali dengan gejala pekak yang pernah melanda satu ketika dahulu?
hahaha..
yang nyata aku bukan bermimpi pada siang hari. bukan juga dalam khayalan tingkat tinggi.
sememangnya apa yang aku dengar adalah benar.

begini hikayatnya.
petang tadi sebelum habis waktu kerja, aku berbual dengan salah seorang office mate, mr. a.
mr. a ni india. lelaki. ya. LELAKI. dah terang lagi bersuluh, aku dah tulis 'mr'.
bual punya bual terkeluar cerita pasal nak cari rumah sewa.
dia nak cari rumah, aku pun nak cari rumah.
tiba-tiba dia ajak aku kongsi sewa rumah.

terkejut-gila-sampai-nak-jatuh-kerusi

*terima kasih encik google

serius. terkejut.
ya..mungkin dia berfikiran terbuka, tapi ajakan dia tu, aku kira tak cukup sopan untuk seorang perempuan. muslim pula tu.

aku tolak. dan aku dah terangkan dengan baik kenapa aku tak boleh tinggal bersama dia.
tak apalah mr. a.
aku maafkan kamu kerana kamu tak tahu.

GiveAway cik Dil : Kami nak banner flash dan doodle FREE

arakian dihikayatkan pada zaman yang tidak begitu dahulu adapun hanya senja hari ini cuma. maka dengan segera dan tidak bertangguh diselangi blogwalking yang tidak memakan masa sepurnama perjalanan melainkan menggunakan jari semata aku menerima tag daripada nisa kay

okey. sudah-sudah dengan mukadimah ala hikayat merong mahawangsa. jangan pening.
yang sebenarnya dragon ball ada tujuh biji semuanya aku nak menyertai GA dari blog cik Dil.

klik banner untuk terus ke blog cik Dil

senang sangat. klik sahaja banner untuk terma dan syarat okey?

untung-untung dapat doodle kiut miut. bukan senang nak buat(walaupun aku boleh melukis cuma tak rajin).

nak tag


dan 


tak lupa juga kepada

followers aku yang tak berapa nak ramai ni.

TAK TERDUGA OLEHKU

tak sangka..tiba-tiba petang tadi dapat panggilan, untuk post intern je..cuma aku dah tolak dengan baik..lagipun aku senang kerja kat tempat sekarang ni.hahaha..
sebenarnya, permohonan tu aku dah withdraw dari jobstreet..tapi tak sangka, masih dipanggil..
bila aku tolak post intern, dia tawarkan pula kerja, bahagian marketing.
sekali lagi, aku tolak dengan baik...
lagipun aku dah kerja. kerja yang aku senang nak buat..

hari ni aku mengantuk sangat...sampai tahap nak jatuh dari kerusi..
XD!!

DUA HARI BERLALU

yay!!
dah dua hari aku menyandang jawatan DTP Artist dekat Pustaka Vision..
dan aku suka kerja ni.
aku suka kerja yang aku mampu dan boleh buat.
(aku dah siap 3 bab untuk satu buku hohoyeah!)
cuma agak kelam kabut sikit perah otak untuk ingat semula InDesign.
buat masa sekarang, aku cuma buat layout buku....tapi siap je nanti, kena buat tona warna lah!
harap-harap semua lancar, dan aku bertahan lama.

cuma..aku nak cari rumah sewa lah..dekat-dekat dengan Batu 9, Cheras(sebab tengah hari waktu lunch boleh la balik rumah.ehehehe)..

tak pun kajang ke...tapi aku lebih suka kalau dekat batu 9.

okey.aku nak solat dulu!

ESOK

esok aku dah memulakan kembali fasa bekerja dalam hidup aku.
yup aku bukan lagi penanam anggur berkelulusan..hehehe..
sekarang aku ada di rumah kakak aku, dan esok aku akan pergi bekerja..awal pagi, macam orang lain juga..macam dulu-dulu...
(selamat tinggal..bangun lewat)

baru dua hari..aku dah mula rindu pada kakak yangga-yangga(rangga)

dan..


adik tam-tam kacak

HOTEL UNTUK MEOW

ini cuma angan-angan...
aku harap satu hari nanti aku mampu buka hotel untuk kucing.
macam ni.
sebab aku suka kucing.

aku tak kisah jagakan kucing orang. yelah.kalau orang yang bela kucing nak pergi jauh, dan lama, mesti risau nak tinggal kucing kan?
siapa nak bagi makan, minum, tengok sakit pening kucing kesayangan....cuma khidmat aku bukan khidmat masyarakat lah. khidmat berbayar. namapun nak jadikan kerjaya kan..hehehe
(cuma aku kena jauhkan encik-bakal-suami dari kucing-kucing tu semua. dia pencekik kucing)

aku suka je buat ini sebagai kerjaya aku satu hari nanti.

anjing?

erk..bukan tak suka..cuma aku tak cukup rajin nak samak diri sendiri tiap-tiap hari.
XD

doakan impian aku dimakbulkan.

MISI PENGECUTAN 1

bermula mei 2011, aku mula berdiet. dengan azam aku x mahu kelihatan bulat pada hari aku kahwin nanti.
yalah. kalau kamu tengok perut sendiri buncit macam ada seorang budak dalam perut, tak gelabah ke? dah la masih anak dara..huuiii malu kot...!
jadi..aku ronda-ronda dalam forum lowyat.net, jumpa lah seorang seller. jual ubat kuruskan badan.

mesti kamu semua skeptikal dengar ubat kurus ni. kesan sampingan, nanti kalau tak ambil berterusan jadi gemuk kuasa dua..yea..aku pun macam tu juga...skeptik!
tapi aku perlu bantuan untuk kurus. aku perlu sesuatu untuk kawal selera dinosaur aku ni.

jadi, lepas aku tukar-tukar email dengan cik penjual..aku pun beli la ubat ni.
pil betik dan pil bunga sakura.
yup! ubat ni dari jepun. keluaran jepun. disahkan halal.(menurut cik penjual.lagipun sediaan herba)

jadi pagi aku makan pil betik, dalam pukul 4petang aku makan pil bunga sakura. sebelum tidur makan vitamin e. memang lena tidur.dengan syarat tidur awal.kalau boleh sebelum pukul 11 dah tidur. siang insyaAllah tak mengantuk.

aku tukar gaya makan aku. aku research tips diet yang dia ajar kat aku, ada disyorkan pakar pemakanan. jadi aku buat semampu aku.
awal-awal diet, aku keluar angin banyak gila. ubat tu pecahkan angin dalam badan aku. lebih seminggu kot. sampai sakit dada aku.mula-mula aku ingat tu kesan sampingan. tapi aku sabar dulu. minggu kedua, angin makin kurang. selera aku makin terkawal.

aku tak la timbang berat aku berapa. tapi aku perasan sesuatu.kain baju kurung aku dah kurang ketat. seluar pun dah kurang ketat. perut pun kempis sikit.

aku makan pil tu sebulan je. ada baki lagi sebulan untuk aku habiskan. tapi dalam sebulan tu, aku rasa berat aku turun dalam 5-6 kilo. aku diet,lagipun aku pergi dan balik kerja jalan kaki kot.cepat la sikit. pada aku tak la banyak sangat, tapi berbaloi. sebelum aku diet aku rasa berat aku mungkin 59-60 kilo. sampai tahap aku kena bukak cangkuk kain aku tiap kali lepas makan.serius beb..

sampai sekarang, aku masih diet. bila kat kampung susah sikit. jadi aku pakai cara ni. makan bila lapar, berhenti sebelum kenyang. makan sikit tapi kerap. banyakkan minum air masak. kalau tak boleh telan air kosong, bancuhla sunqick ke, ribena ke tanpa gula. lagi baik kalau ada madu. minum air secukupnya. maksud aku ikut berat badan lah.
sebab, lebih banyak kita minum air kosong, lagi banyak kalori yang terbakar. badan pun dapat amaran palsu yang kita tengah kekurangan air.

maaf entri kosong. tak ada gambar, macam biasa.

aku kan pemalas?

tapi dalam 2 bulan ini aku turun 8 kilo.serius!

KALAU AKU NAK JUAL..

baru-baru ni aku shopping. kt ETUDE HOUSE.
adalah dapat barang-barang percuma...aku taknak pakai kot.
ada sesiapa nak beli?

YOGURT PEEL CLEANSING FOAM.

kalo ikut ingredient ni, sesuai la untuk kulit yang ade masalah jerawat, sebab ada AHA. ada scrub halus untuk kebersihan yang menyeluruh lagi. aku dah ada scrub muka. jadi aku tak nak simpan lama-lama satu produk kosmetik.
harga kt butik mungkin dalam RM20.00-RM25.00.
tp aku nak jual RM20 termasuk poslaju.
aku tak ambil untung langsung. agak-agak ada yang nak, boleh pm aku di fb atau komen je kat sini. kalau ada yang nak okey.