Pages

ORYSENSE

Orysense

CONTEST ' NAK SKIRT DARI NORZI BEAUTILICIOUS HOUSE'

dah lama tak join apa-apa contest....tapi contest ni memang menarik minat aku untuk join sebab....hadiah yang ditawarkan adalah skirt! ai loooooove skirt! kenapa aku suka skirt? sebab skirt boleh sorok kaki gemuk aku....*dan gagak pun melintas...*

hehe...lagipun skirt kan praktikal apa...kalau matchkan dengan blouse, dah boleh pergi kenduri kawen, walaupun tak pakai baju kurung..(terpaksa mengaku, dah tak muat kain baju kurung lagi..hahahaha)

o...key....klik gambar di bawah untuk menyertai contest yang best dari NORZI BEAUTILICIOUS HOUSE ni ye....saya tag

cik nisa kay yang comel
puan husna adnan yang comel juga
puan ainul adila kawan lama
puan aty 'aku bukan bidadari'

dan

sesiapa sahaja yang tak sengaja terbaca entri aku kali ini...


Norzi Beautilicious House : follower ke 567
NORZI FOODILICIOUS HOUSE : follower ke 93
FB page likes ke 18,668 

::RANDOM RANT:: AZAM TAHUN BARU

tahun baru dan azam. ibarat isi dan kuku. seperti aur dengan tebing. kiranya, betul-betul air dicincang tak akan putuslah....hahaha...

azam aku tahun ni.....aku nak kempiskan perut, kecikkan peha dan lengan dan nak dapatkan balik berat asal aku.....ada 10kg yang nak dikurangkan....

aku tak tahu berapa lama masa yang aku perlu, memandangkan naufal masih menyusu badan(walaupun tak eksklusif), jadi aku tak boleh berdiet cara sebelum kahwin dulu.....huhuhu...tapi harap-harap, boleh kurus semula....

p/s: apa azam kamu semua tahun ni?

ADOBE FLASH YHANG MEMENINGKAN!

dah lama sebenarnya aku tak guna adobe flash....tapi dalam dua hari ni, kawan aku mintak tolong aku untuk buatkan flash web untuk dia...so aku tolongla(walaupun progress lambat sebab ada bos kecik).

baru siap pukul 6.19 a.m. tadi...nasib baik la "alarm clock" aku tu mintak susu....kalau tak sian kawan aku tu....tak siap flash web dia...

alah..aku buat simple aje punnn...tak melampau interactive sangat pun...tak ada lagu-lagu...bla..bla..bla...

tapi, aku guna action script 3.0.

pening sikit. dan banyak yang aku dah lupa. siap lupa letak instance name lagik...punya la aku berangin je, sebab output error...ciss!!! rupanya instance name kat properties tu je punnn...haiyaaa.....

okeylah,.saje nak bebel-bebel pagi hari...


SETAHUN SUDAH

setahun yang lepas, pada tarikh ini, hidup aku berubah 360 darjah.

hari ini, aku sudah ada anak yang berusia 3 bulan, yang kuat kentut. dan kentut dia bushuk! hihihi...

selamat setahun menjadi isteri orang.

p/s:anak kucing pun aku ade. ramai pulak tu.

KETIADAAN CERITA

dah lama tak update...mana taknya...ketiadaan bahan cerita la....huhui...

sibuk pun ya juga...maklumlah. muhammad naufal tak kasi ngadap laptop lama-lama.....mama nak pergi tandas melabur pun dah susah sekarang...hehe...busuk punya bebelan...lalalala...

aku tengah berkira-kira nak cari kerja..kat perak. kenapa perak?

sebab perak negeri kesukaan aku, walaupun tak ada kinokuniya, tak ada mid valley megamall, tak ada macam-macamlah....tapi masih, aku mahu berada di perak.(alah. shopping online lebih seronok! hihihi)

ikutkan hati, memanglah tak mahu kerja lagi, sekurang-kurangnya hingga naufal berumur 6 bulan taapiii...susu naufal sangat mahal!(walaupun sebenarnya susu ibu lebih mahal lagi, tapi bukan rezeki aku untuk susu paling mahal ni.)

sebenarnya, agak susah nak mengurus rumah, diri sendiri dan anak kecik, bila langsung tak ada orang boleh jaga naufal, sementara aku nak buat benda lain...nak makan pun susah...peluangnya bila naufal tidur je la...itu pun kadang-kadang aku penat. terus tak makan. lebih rela tidur..

dalam sehari dapat tidur mungkin 4 - 5 jam. bak kata mak aku, jadi ibu, memang tidur kurang. tapi tidur yang kurang ni buat aku hilang minat pada banyak benda. sebab aku letih. mental fizikal. lagi-lagi bila anak menangis sampai pitch tertinggi dia...pergh! mencabar!(yang hairan, orang lain tak terbangun pun..huhuhu)

okeylah. dari tak ada cerita, jadi panjang pulak merepek. okey. tidur dulu. lagi 2 jam naufal bangun. pasti!

HILANG

puan kampong hilang...kesian anak-anak dia yang empat ekor tu.....dah la masih 100% bergantung pada ibu dia....hmmm.....terus rasa nak terbang balik kampung bawak naufal untuk tolong mak jage ekor-ekor tu semua......kesian....

tiba-tiba rasa nak handphone baru. boleh tak? nak galaxy note.ngehehehehe....

REVIEW : UNIMOM ALLEGRO# BREAST PUMP

seperti yang dijanjikan..review penuh untuk bp unimom allegro ya...maaflah, aku tak guna gambar sendiri..malas nak cas bateri kamera + tak sempat sebab anak aku kuat ngempeng..hehe..*alasannn*

bakal mak, atau yang dah jadi mak, yang mencari breast pump yang portable, 2 dalam 1 (atau boleh jadi 3 dalam 1), ada pilihan sama ada mahu single or double pump, tak menyakitkan, yang tak begitu mahal, Unimom Allegro# boleh lah masuk dalam senarai wishlist korang.

unimom allegro yang ini adalah versi penambahbaikan dari yang lama.

ini adalah yang lama.

apa beza yang lama dengan yang baru? korang pun boleh nampak sendiri. jelas-jelasnya warna yang baru lebih yummeh! pink+putih. mak suke yaw! breast shield yang baru pun rasanya lebih baik kot, sebab reka bentuknya menghalang pengaliran masuk sebarang cecair ke motor. tengok rajah di bawah okey.

suction power tak la sekuat spectra dew, memandangkan allegro ni bukan untuk penggunaan heavy duty, tapi ia tetap memuaskan dan paling penting, ada ritma sedut-sedut rehat. macam bayi betul yang sedut. memang sangat memuaskan! ada mode massage lagi(nombor 1). oh. ada 7 level suction power untuk dicuba. 1-2 adalah untuk merangsang let down refleks ye mak-mak sekalian..lepas tu pandai-pandai la suaikan sendiri mana suka ya!

berbalik pada kegunaan 2+1 atau 3+1 ni..meh sini mak cerite. maksud 2+1 ni, allegro ni boleh digunakan sama ada dengan elektrik atau dengan bateri tebina dalam(built-in rechargeable battery) yang boleh beroperasi sehingga 2 jam. itu adalah salah satu lagi perbezaan dari allegro yang lama. yang lama pakai bateri AA. haa, kalau tak ada karen tak la menggagau nak mengepam, ye tak?? dan allegro ni secara automatik bole jadi mezzo(manual pump), kalau korang ada unimom punya switch kit.
haa..kan dah jadi 3+1 tu?? melalui review yang pernah aku baca, unimom mezzo ni setanding dengan avent manual, dengan harga yang lebih mesra gitu...siap boleh pump dalam panggung wayang lagi...

unimom allegro# ni adalah single pump, tapi boleh jadi double kalau korang beli satu lagi breast shield kit dia..so tak ada masalah besar la kan?

korang boleh beli unimom allegro# ni kat One baby world(OBW) sama ada secara online atau pergi je butik OBW. tapi kat sana untuk allegro tak ada pakej...mezzo ada la. kalau korang nak beli secara pakej, boleh la beli kat SINI. kat blogshop tu ada jual secara pakej, dan kalau korang nak beli spare part sekali pun boleh..harga yang ditawarkan pun boleh tahan la.

okey..setakat ni je la yang aku boleh review kan..harap dapat membantu mak-mak sekalian...oh..dan aku tak dibayar untuk buat review ni tau. semua ayat-ayat chenta yang aku karang ni jujur dari hatiku sendiri yaw! lalalala

sumber gambar semua gugel je.

p/s: 
mesti korang rasa aku ni buang masa je pam susu ni...aku kan suri rumah..direct feeding lagi senang kan? betul, df lagi senang, tapi kalau susu sikit, jadi susah kot..jadi, nak kasi susu banyak, kena pump la. tambah lagi aku bukan lagi fully bf, lagi la aku kene pam(walaupun hasil sikiit sangat) untuk pastikan susu terus ada..sikit-sikit pun, masih rezeki naufal juga..(:

22 NOVEMBER

dulu, sambut birthday sebagai 'cik'. sekarang dah jadi 'puan'.

ooooooohhhhhhh......aku sudah semakin berusia!

REVIEW : BREAST PUMPS

breast pumps. kenapa ada 's'? sebab aku dah cuba beberapa jenis. dari yang tak fofuler sampai la yg fofuler di malaya ni. dan aku akan reviewkan secara ringkas je..okey?

1. US BABY
brand ni baru kat malaya ni. bentuk macam pureen electric breast pump. aku beli dulu dengan pakej. masa kat ekspo. sebelum bersalin. beli sebab boleh elektrik dan bateri AA. dan corong dia lembut. kononnya nak senang bawa sana sini la..memang senang pun...tapi...tak sesuai dengan aku. sakit. walaupun guna suction power yang paaaaling rendah. namun harus diingat, ketahanan setiap orang tak sama..mungkin aku yang tak tahan sakit kot....

2. ACE BABY
yang ini jenis kita biasa tengok mak mak kita pakai dolu-dolu. yang bentuk hon tu...sakit gak..tapi boleh tolerate lagi...mak yang belikan..murah je. tak sampai RM6 pun..

3. TOMMEE TIPPEE MANUAL

ni aku beli masa dalam pantang..sebab aku tak sanggup kesakitan dengan 2 jenis pam kat atas nun...tapi aku nak pam gak..untuk terus stimulate b. tak sakit. hasil boleh la....tapi penat tangan nak mengepam..lenguh! tambah dengan anak kejap-kejap nangesh...yang tak beshnye, nampak je macam tak banyak part, tapi, yang kecik-kecik tu, tetap kena tanggal dan cuci jugak...(botolnya naufal suka)

4. SPECTRA DEW 300

brand ni sangat fofuler dalam kalangan bf mommies...harganya affordable, spare part senang cari, tak banyak part kecik-kecik(nak cuci pun senang)..yang penting, tak menyakitkan! ai guna sampai power medium pun masih boleh tahan..cumanya, bp ini agak besar. saiz lebih kurang separuh bola boling, dan agak berat..(kesian mak masa angkat beg barang yang ada bp ni masa discaj dari wad)..kalau nak pump, kena melekat kat soket. maksudnya bp  ini bukan untuk bawak pergi jalan-jalan..tapi siapa nak bp yang heavy duty(boleh pakai sampai sejam), ini memang sesuai la.

5. UNIMOM ALLEGRO

ini brand baru dari k-p..eh korea. kecik. boleh sumbat dalam handbag, boleh guna elektrik atau bateri, dan baterinya boleh cas semula. boleh nak guna single or double pumping(yay!) dan tak sakit!(nanti aku review penuh). cuma nak basuh tu agak leceh. sebab banyak part kecik, tapi tak susah nak tanggal atau pasang semula. bp yang ni bukan untuk kegunaan heavy duty. max mungkin dalam 40minit je kot..tapi kalau guna double, rasanya masa mengepam lebih singkat. konsep pump ni. pump sekerap yang boleh, bukan selama yang boleh. kalau korang jenis susu melimpah ruah(tak macam aku kais pagi makan tak kenyang-kenyang), 15 minit setiap sesi pun memadai kot?

itu je yang aku pernah pakai secara peribadi. ada yang aku punya, ada yang pinjam..avent dengan medela tak ada peluang nak cuba..hehehe...kalau ada yang nak pinjamkan sekejap okey juga..hehehe...

p/s : kalaupun susu badan kita kurang, teruskan mengepam ye mak-mak sekalian...jangan putus asa!!

GAGAL BERMARUAH..(?)

nampaknye...aku tak berjaya exclusively bf naufal. mungkin bukan rezeki aku untuk bf naufal...sedih..

aku tak ada pilihan, bila tadi timbang kat klinik, berat dia turun lagi...memang lepas balik dari hospital aku tak top up langsung..tambah pula naufal tiba-tiba demam semalam..dengan masuk obat kasi yak lagi, dan yak dengan beria-ia...mana tak turun...tapi banyak tu...dari 2.8kg hari kames, tinggal 2.6kg hari isnin.

aku tak mahu ambil risiko. aku terpaksa gagahkan hati aku untuk beri fm untuk anak aku. tapi aku puas hati juga sebab aku dah berusaha dengan susah payah untuk exclusively bf naufal...dan tak akan pernah berhenti berusaha! tak akan berhenti hingga akhirnya naufal akan minum susu mama sepenuhnya semula....

fm aku cuma anggap sebagai ubat untuk naufal. kurang la sikit rasa terkilan tu...(ayat penyedap hati..)

p/s : aku gagal bermaruah...kan??? :'( (menahan air mata dari jatuh..)

PELAJARAN PENGAJARAN

kesian naufal. dah la kecik. tiga hari tak yak. demam pulak tu...

pelajaran pengajarannya...mak-mak kena ada termometer. dan cool fever dalam peti first aid..jadi bila anak demam bole taw dengan cepat!

p/s : keliling naufal ramai orang demam...

HOSPITAL DAH MACAM RUMAH KEDUA KAMI

kena wad seminggu. dari jumaat lepas. hari ni(khamis) baru discaj.

masih dengan masalah berat naufal yang tidak normal. aku mula-mula nak menolak untuk wadkan naufal, tapi mengenangkan semuanya untuk kebaikan, maka dengan berat hati kuturutkan jua.....*ayat nak drama*

naufal mengalami kekurangan nutrien, tak la begitu serius, tapi kalau berpanjangan akan jadi serius tau! jangan pandang enteng akan kekurangan nutrien ini...

sepanjang kat sepital, naufal wajib minum sirap multivitamin appeton 1ml setiap hari....dan paling aku sedih nak sebut...terpaksa top up kan juga dengan fm. walaupun tak banyak(1 oz setiap kali), tapi hati aku sangat memberontak untuk beri naufal minum. nak menitik air mata aku tau..apa nak buat, production susu aku tak begitu memberangsangkan, dan perlu bantuan...alhamdulillah, walaupun hasil pump tak banyak, tapi mampu membuat naufal kenyang. dan aku perlu konsisten pump untuk wujudkan demand and supply tu...ecece....

dan satu lagi. makan black pepper pun bole membantu rupenye..baru ku tahu......

berat naufal terkini ialah 2.8 kg...(tapi aku dah rase cm da 3 kg je..)

apapun, duduk hospital membuatkan aku insaf, betapa ada yang lebih malang nasibnya. kecil-kecil dengan penyakit yang serius, yang perlu bantuan pernafasan....dan aku bersyukur, naufal sihat dan sempurna, cuma perlu lebih usaha supaya boleh menyaingi kemontelan kawan-kawan dia yang lain..jia you naufal!! mama ai ni!!

p/s: topap fm 5 oz je pun dah buat naufal tak yak 2 hari!sian naufal...

ESP

rasa soya tanpa gula. sedap juga. bagi sesiapa yang tak kisah tak minum manis macam aku ni la. hahaha....

thanks beribu lemon ijan, sebab bagi nik test esp ni. ailebiyu!

SEBENARNYA, AKU SAKIT HATI...

mak cik : bagi je la susu tin...bukan mati pun..
aku : memangla tak mati, tapi aku nak berusaha dulu dengan susu badan..
mak cik : kalau jadi apa-apa kat anak kamu baru tau.

zass!!!! serius aku rasa nak memaki on the spot. cuma akal waras sempat menghalang rasa hati..sakit betul hati bila ayat terakhir tu seolah-olah mendoakan yang buruk-buruk jadi pada anak aku....

salah ke aku kalau aku masih degil nak mencuba dengan susu badan aku sendiri? macam rendah sangat martabat susu ibu, sampai nak paksa-paksa aku top up dengan susu formula?

patutnya, bagilah aku cadangan macam mana nak tambah susu ke, ape patut aku makan untuk tambah nutrisi yang akan membantu aku dan anak aku....doc pun tak suruh aku topap formula lagi...

ya. anak aku ada masalah berat badan. umur dia sikit lagi nak masuk 2 bulan. tapi masih 2 kg lebih. tengok anak orang lain yang sebaya rata-rata dah nak cecah 5 kg. dua ali saiz naufal, tapi naufal masih lagi macam saiz baru lahir..

aku bukan nak bangkang cakap orang tua. aku cuma masih tak putus asa. lagipun naufal bayi yang aktif, cuma pertambahan berat badannya sangat perlahan. berat bayi yang menyusu badan sepatutnya bertambah 100 - 200 g seminggu untuk beberapa bulan pertama, tapi anak aku cuma bertambah 200 g dalam masa dua minggu setengah..(dari lahir hingga usia sebulan cuma bertambah 100 g. dia hilang berat banyak masa kena jaundis. 2.4 - 2.1 - 2.5).

bagitau aku, hati mak mana yang tak walang?

mujur. dalam ramai-ramai tukang paksa, masih ada yang menyokong. terima kasih kakang. terima kasih kak in(walaupun kakak aku ni tak fully bf pun).

p/s: mungkin aku patut makan vitamin tambahan...

MASALAH BERAT BADAN YANG SANGAT KURANG

kesian naufal. umur dah sebulan, tapi berat dia baru 2.5kg...sangat kurang untuk bayi seusia naufal...aku sangat susah hati tentang hal ni...aku sangat takut, kalau-kalau doc suruh top up juga ngan fm.....NOOOOO!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

doc siap nak wadkan naufal, untuk monitor perkembangan berat badan dia...sedih aku mengenang kemungkinan kena campur fm untuk naikkan berat dia...huhuhuhu...

adakah supplement boleh membantu kami??

KISAH BENAR 1

tak ada cerita berkenaan diri sendiri kali ni. aku nak cerita tentang satu kisah tragis yang berlaku kat kampung aku tak lama dulu. mungkin lepas raya atau mungkin juga sebelum raya hari tu.

kisah ni pada aku sedih sangat(walaupun aku tak menangis dengar). sebab aku rasa mangsa sangat kasihan.

arwah ialah seorang guru s.m sains bagan datoh(kalau aku tak salah la). arwah tinggal berdua dengan anaknya yang berusia lingkunan 6 atau 7 bulan di quaters guru yang berdekatan. beliau ada suami. tapi suaminya kerja jauh..malam kejadian, hujan lebat sangat...dengan angin kuat macam ribut, guruh lagi..dan tak ada siapa mendengar tangisan anak kecil malam itu.

esoknya arwah didapati tidak hadir mengajar seperti biasa. sehingga hari hampir petang guru tadi tetap tidak muncul dan mengundang hairan.mereka pun pergi ke rumah cikgu tadi. yang kedengaran hanya bunyi anak menangis. dengan kunci pendua yang ada, pintu dibuka.

sedihnya..jasad sudah bertukar menjadi jenazah. anak kecil tadi menangis kelaparan sambil memanjat jasad kaku ibunya..yang masih berbaju kerja hari sebelumnya. terbaring di atas tilam yang dihampar di ruang tamu.

mungkin arwah terlalu letih, atau mungkin beliau menghidap athma, atau mungkin juga meninggal ketika tidur...

sebenarnya aku agak sentap dengan cerita ni. arwah hidup berjauhan dengan suaminya. terpaksa sendirian menguruskan anak. anak murid lagi..mungkin juga dia sudah tidak tahan dengan beban stress...wallahualam...ajal, tak siapa dapat menduga bila akan menjemput. hanya mampu berdoa semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman..

p/s: aku pun bakal sering berdua dengan anak...semoga kami sentiasa dalam perlindungan Allah..aamiin....

BETUL KE....

tabiat ngempeng anak boleh selesai dengan memberi puting kosong? betul ke? musykil betul.....i did try giving naufal a soother but....sia-sia kot....mentah-mentah dia tak mau...dia nak yang original mama punya jugak....

aku bukan tak suka dia ngempeng...aku suka, bahkan aku enjoy df dia...sebab..aku sangat mencintai anak aku dan aku nak dia tahu, betapa mamanya tak kisah untuk df dia selalu..

cuma, ye lah...aku kan suri rumah...kalau naufal asyik nak ngempeng sampai aku tak boleh angkat montot, kan susah jugak aku...nak buat kerja lain tak boleh...

okeylah..naufal pun dah menggeliat tu...

p/s : jujur aku lagi suka dia ngempeng daripada hisap puting kosong..

BREASTFEEDING YANG MENCABAR!

bila aku ingat balik 3 hari pertama muhammad naufal, rasa sedih sangat...sebab dia tak dapat susu badan aku. bukan aku sengaja tak nak bagi, tapi ada kesulitan yang aku alami yang menyebabkan aku tak dapat bf naufal.

kami ditahan di wad yang berasingan. bukannya aku tak mahu naik ke wad kanak-kanak, tapi keadaan aku sendiri tak begitu baik pun...aku cuba perah, but nothing coming out except blood...siyes..perah-perah kua darah...doc terus tak kasi aku bf naufal, sampai la kalau pump dah tak kua darah lagi...sedih tau..tapi doc suruh aku terus pump untuk stimulate breast aku, memandangkan aku tak boleh tinggalkan wad..

hari ke-4 baru la aku berjaya bf naufal....gembira habis ai! huhui!!!

tapi cabaran bukan setakat itu je...keluar wad, naufal asyik meragam. makcik-makcik aku sibuk cakap susu aku sikit, suruh campur dengan fm. siyes tekanan...nak lagi haru...siap suruh aku suapkan makanan kat naufal! arrgghh!! tekanan berganda!!

aku asyik terfikir, betul ke susu aku sikit? perlu ke aku beri aku fm?
.......
sesungguhnya aku tak sanggup..aku ingin terus mencuba.

alhamdulillah, ragam naufal sudah agak berkurang. aku pun semakin dapat membiasakan diri dengan rutin baru. cuma aku harap segalanya dipermudah bila kami kembali ke sungai buloh nanti.

AAMIIN!

BLOGSPOT YANG SENGAL

sampai hati blogspot reset pageviews aku yang tak seberapa tu..huhu

SUSU SEDIKIT...?

susu badan aku sedikit? atau aliran tak lancar? entah..susah aku nak pastikan...sebab aku tak pernah urut susu lagi....

tapi tertekan betul bila pump, cuma boleh dapat 15ml je...guna pam manual la...aku tak sanggup nak guna pam karen tu...sebab sakit!!! serius sakit sampai aku tak sanggup bertahan walaupun untuk 10 minit dengan pam karen tu...pam manual aku beli tommee tippee punya..tu pun beli sebab aku nak juga cuba pump(walaupun selalunya tak sempat nak lama)...Alhamdulillah, pump tommee tippee tu tak menyakitkan cuma..penat la!!!production pun cuma dapat 15ml je sebelah....tu pun lepas 30 minit pump...30 minit untuk 15 ml..huhu...sedih....

aku sangat berharap aliran susu kurang lancar, bukan susu aku yang kurang...aku dah makan ape je yang orang sarankan but still susu tak banyak bila diperah...dah la tu...susu aku tak de meleleh keluar pun, tak macam yang mak aku atau mak-mak yang lain alami sepanjang tempoh menyusukan anak...huhu...

p/s : menyusukan anak memerlukan kesabaran yang sangat tinggi...aku sanggup berkorban apa saja asalkan aku boleh menyusukan buah hati aku dengan susu badan sendiri...

SELAMAT MENJENGUK DUNIA, ANAKKU

anak dah sebulan, baru nak tunjuk gambar. ape entah aku ni kan? bukan apa..aku agak sibuk dengan naufal. ulang alik pergi klinik, dengan naufal asyik meragam sejak balik dari hospital...maka tertangguhlah wajah naufal untuk dimuat naik..

apapun, selamat berkenalan semua!!-kata Naufal.
hari pertama muhammad naufal

ini hari ke...err..kejap..tengok details jap...hari ke-13..agak gelap dan kuning

maaflah..hari ke-30 lupa nak snap gambar beliau...hehehehe........

UNTUK BAKAL IBU : APA YANG PERLU?

entri kali ni, aku tulis berdasarkan pengalaman aku sendiri. harap-harap boleh menjadi panduan untuk bakal ibu di luar sana ya!

aku yakin, setiap pasangan akan sangat teruja bila dikhabarkan bakal menimang cahaya mata...lagi-lagi yang kali pertama nak dapat anak. aku tak terkecuali. mula lah merancang nak beli itu ini...itu ini tu pulak mesti semua untuk anak. betul tak? selalu bakal ibu ni terlupa persiapan untuk diri sendiri. aku pun sama...kuikuikui....jadi, walaupun aku dah selamat dapat anak, aku tetap nak kongsi, persiapan bagaimana yang patut bakal ibu buat bagi menyambut anak yang bakal lahir. (ini mengikut pendapat dan pengalaman aku sendiri)

1. barang bayi
bagi yang menimang anak sulung, memang teruja nak beli baju, katil, mainan, dan macam-macam lagi...TAPI..kalau korang ada adik beradik yang dah ada anak, mesti diorang masih simpan stok baju bayi yang banyak. MAKA, berkongsi adalah lebih baik. kenapa? bayi adalah sangat cepat membesar. jadi buat apalah korang beli baju newborn banyak-banyak....korang bukan nak keluar merayap pun masa berpantang kan...habis jauh pun mungkin pergi hospital/klinik. bukan tak boleh beli..cuma tak perlu beli banyak...2-3 helai pun cukup, untuk puaskan hati sendiri dapat anak, apa salahnya kan? pakaian lama-lama anak saudara korang tu kan boleh pakai? tapi bagi pasangan yang tak ada anak saudara, memang korang kena beli agak banyak, tapi berpada-pada, okey?

baju/seluar : beli yang boleh guna untuk 3bulan pertama. beli yang uniseks punya tau. jangan spesifik 1 gender je.

barut : pada aku, buat sendiri lagi bagus. sebab barut-barut yang ada dalam pasaran sekarang ni semua untuk bayi 3kg punya...kalau bayi kecik...pilihan bertali atau velcro terpulang. kalau anak tak meragam sangat okeyla guna. kalau meragam banyak macam Muhammad Naufal, baik pakai velcro. kalau korang buat sendiri yang velcro tu, lebihkan sikit kain pelekat tu, kot-kot bayi korang kecik la.

lampin : err..kalau dah ada yang anak saudara punya, tak payah beli. kalau tak ada beli 2 pek pun dah lebih dari cukup. selalunya lampin ni pakai untuk bedung je pun. kalau korang dapat bayi yang cukup berat, mungkin tempoh berbedung tu singkat je, tapi kalau bayi kurang berat, mungkin tempoh bedung agak lama sikit. sebab bayi kurng berat ni kurang lemak. jadi kena sentiasa dalam keadaan hangat selalu, macam anak aku lah. dia masih lagi dalam kategori kurang berat badan. jadi, beliau sangat suka dibedunng! hihi..

okey. aku cuma bagi contoh 3 perkara wajib tu je. yang lain kalau nak senaraikan sangat banyak..nanti penat pula aku nak menaip...apapun, biar bersederhana. jangan terlalu ghairah sampaii perancangan kenduri cukur jambul pun dah siap-siap rancang. kita tak pernah tau akn berlaku kemudian...

2. persiapan berpantang

okey. yang pertama sekali yang korang kena fikir ialah, di mana nak bersalin? hospital kerajaan atau swasta? lepastu di mana korang nak berpantang? di kampung halaman terchenta atau di rumah sendiri kat bandar? ada beza ke persiapannya? mesti ada.

hospital swasta : mungkin senarai barang yang korang kena bawak akan jadi banyak, aku tak pasti. orang yang berkemampuan pasti tak ragu-ragu memilih hospital swasta sebab boleh pilih doktor, servis pun bagus, kan? aku tak tahu, sebab aku bersalin kat hospital kerajaan.

hospital kerajaan : korang kena pilih hospital yang dah beroperasi agak lama, contoh macam HKL la...sebab kakitangannya banyak yang berpengalaman. ini apa yang aku dengar di nurse-nurse kat klinik tempat aku berulang bawak naufal tsb. yang best hospital kerajaan ni, beg bersalin korang akan jadi sangat minima isinya, sebab, korang tak payah bawa baju. korang cuma kena bawa barang asas macam toiletteries, pakaian dalam, tudung(bagi yang bertudung), makanan, air sedap mengikut citarasa, dan peralatan makan minum. oh..dan jangan lupa bawak breast pump, kot-kot korang kena tahan dalam wad yang berasingan dengan bayi korang.

kalau dapat, beli dan bawalah PELVIC BINDER atau BENGKUNG VELCRO untuk korang pakai masa discaj dari wad. pelvic binder ni dipakai kat bahagian pinggul, supaya bahagian tu jadi rapat dan boleh menahan peranakan korang dari turun. kalau guna cara tradisi, ikat bahagian pinggul tu dengan kain yang panjang sikit. jadi korang akan lebih yakin sikit nak berjalan nanti.

kampung : kalau kampung korang tu memang kampung, senang nak dapat daun-daun herba mandian, korang tak payah bazir duit beli set bersalin mahal-mahal. percuma boleh dapat keliling rumah. kalau nak beli pun, baik korang beli ubat yang boleh kasi senang buang air. hohoho..kalau rumah kat kampung tak ada tandas duduk, korang boleh beli kerusi tandas kat farmasi okey. amaran, jangan mencangkung semasa berpantang kalau tak nak peranakan turun. aku sampai sekarang tak berani mencangkung.

rumah sendiri : kalau korang berpantang sendiri, bolehla timbang-timbangkan beli set bersalin yang banyak kat pasaran sekarang. kalau banyak duit, bolehlah upah confinement lady datang umah korang.

korang kena ikut amalan berpantang tu dengan penuh disiplin tau. jangan macam aku ni...kalau korang jenis tak berapa nak rajin sangat, korang jangan beli bengkung tali-tali mahupun lilit-lilit yang panjang susah nak buka tu. pakai je bengkung velcro atau nak lagi canggih, pakai je corset. pastikan pilih yang senang korang nak pakai dan tanggal, sebab korang mesti la tak mau kelam kabut nak ke tandas kan? tu pasal aku tak berapa berbengkung. kadang tu tengah ikat-ikat anak nangislah, tiba-tiba nak terkucillah...haish...nasib baik anak aku kuat ngempeng, ramping juga perut aku(walaupun tak sampai flat pun)...lepasni aku nak kumpul duit beli pakaian dalam pembentuk badan..

jadi, itu je lah yang aku boleh kongsikan setakat ni. jadi entri ini, bukan sahaja untuk bakal ibu, malah sebagai peringatan juga untuk diri sendiri. harap-harap dapat membantu!

p/s: lepas ni entri pasal anak jela kot..huwee..huwee..huwee....

IMPIAN TAK TERLAKSANA

korang ada impian yang tak terlaksana tak? aku ada. sampai sekarang pun, impian tu masih tersimpan jauh di lubuk hatiku yang kudus ini...

*drama*

aku sebenarnya teringin nak jadi penulis. ada buku sendiri, ada peminat....

*ark..ark..ark...-gagak terbang melintas*

hahaha...tapi impian tinggal impian je kot...walaupun tujuan asal aku berblogging untuk berkongsi karangan, akhirnya blog itu aku tutup, lalu berganti dengan blog cerita suka suki ni....

mungkin aku kurang berimaginasi berbanding zaman kanak-kansk riang dahulu. maka, idea mati dan tangan terhenti.

akhirnya aku sekadar menjadi pembaca dan pengulas sahaja....hehehehe...

BREASTFEEDING MEMANG BEST TAPI JADI MASALAH BILA....

anak asyik nak ngempeng! haiyooo...muhammad naufal baru umur sebulan tapi tabiat ngempeng itu.....mama nak angkat montot pun tak dapat!

mak aku pulak asyik bebel kat aku, sebab tak buat kerja rumah....serius, muhammad naufal tu...nampak je macam tidur...tapi dia tau kalau aku bangun nak pergi mana-mana..hatta ke tandas sekalipun...korang bayangkan..aku baru gerak 2-3 langkah..dia pun UWAAKK!!

*FACEPALM*

macam mana lah aku nak buat housework??

aku tak boleh bayangkan macam mana situasi kat sungai buloh nanti..

ada cadangan?

p/s: breastfeeding sangat best!

REVIEW : SET BERSALIN TANAMERA

*dalam malas..ku paksa diriku menaip...*

macam mana nak mulakan cerita ye....aku serius blur......

beberapa bulan lepas, aku ada cerita aku dah memutuskan untuk guna set bersalin yang mana kan..? sekarang aku nak cerita tentang produk ni.

rasanya ramai dah tahu tentang produk tanamera ni jadi aku skip ajelah pengenalan produk ni..ek?

dari 11 item yang ada dalam kotak, aku cuma guna 10, itu pun bukan guna dengan penuh disiplin..haha...walaubagaimanapun, dari 10 tu, adalah 2-3 yang memang aku suka betul.

1. sabun scrub.
sabun ni serius best. lepas guna kulit terasa halus je. bau herba sabun ni pun wangi! rasa segar je lepas mandi.

2. herbal wash.
sepatutnya, herbal wash ni kena rebus, untuk dapatkan larutan yang pekat dan aroma yang lebih. tapi, aku ni orang "rajin". aku letak je dalam baldi, dan curah je air panas. tapi okeyla dari tak ada...

3. feminine wash.
yang ni boleh rebus atau rendam je dengan air panas. senang. aku rendam dalam bekas air 500ml, biar lama-lama sampai pekat, lepas tu bahagi dua. pagi dan petang. ini untuk cuci bahagian wanita. nak best, korang boleh berendam dengan larutan ni sebelum keluar dari bilik air.

4. virgin coconut oil.
vco ni boleh guna sebagai minyak selusuh, dan boleh guna untuk urut bahagian perenium. aku ada buat juga, tapi mungkin salah teknik kot...tapi aku memang minum vco ni sebaik sahaja kandungan cecah 32 minggu.

5. lavender mist spray.
nak tidur lena, spray je benda ni kat bantal dan selimut.  insya-Allah lena sampai pagi.

6. herbal tea.
aku minum dua kali sahaja. lepas tu berhenti dengan segera. sebab anak aku kuning. walaupun dalam testimoni majalah sebut anak tak kena kuning wlaupun minum teh tanamera ni, tapi itu tak menjamin anak kita pun tak kena. semuanya bergantung pada bahan yang digunakan. salah satu bahan dalam teh ni adalah kunyit. dan anak aku sangat tak tahan dengan kunyit. TAPI, teh ni sangat bagus untuk buang angin dalam badan. walaupun aku cuma minum dua kali, tapi dalam tempoh satu hari tu, badan memang rasa selesa sebab angin kelur lancar.

7. tapel.
err....ini aku pakai 3-4 sachet je....sebab, tak sempat nak pakai. anak aku cepat bebenor menangis kalau kena tinggal. tapi tapel ni best juga..rasa panas bila pakai.

8. pilis.
macam yang aku cerita sebelum  ni, aku pakai pilis ni bila aku rasa pening je..dan aku agak malas nak pakai sebab leceh...kan senang kalau pilis ni tersedia dalam bentuk yang macam kool fever tu?? lekat je...hehe..

9. herbal massage oil
aku suka minyak ni! sebab minyak ni boleh melancarkan pembuangan angin. walaupun tak berapa panas, tapi berkesan!

10. bengkung.
bengkung ni okeyla. kemas juga, tapi aku kurang berbengkung. sebab pergerakan jadi sangat susah. leceh pula kalau nak terkucil ke, terberry ke....mau terlepaas dalam seluar tak sempat nak buka bengkung. hehe...

okey..itu je yang aku guna, jadi itu la yang aku review kan. boreh body scrub tu langsung tak guna...siapa nak aku kasi free je..bayyar duit pos je la.

p/s: korang jangan ikut peel "rajin" aku ni...asal boleh je...berpantang tu disiplin sikit ye puan-puannn....

BERPANTANG

masa berpantang hampir tamat..yay!! tapi kt tempat tu masih sakit..benang pun tak luruh habis lagi..

aku tak la berpantang ketat sangat...bukan seu bab mak aku tak ingatkan, tapi aku ni degil. mak aku suruh bertapel dan berbengkung, adalah 2-3 jam je tahan. mana tak nya...aku tak selesa nak bangun, duduk, susukan anak...lagi pula rasa berpeluh kat bawah..sampai melecet..akhirnya aku tanggal dan tak mau terus pakai bengkung tali-tali tu sampai la aku rasa luka dah hampir sembuh.

tapel pulak...pek belum sempat buka anak dah teriak...macam mana lah nnak bertapel....sudahnye aku beli losyen dunia herbs tu je..tapel pakai losyen tu.....

pilis aku pakai kalau aku rasa pening je....ikut keadaan.....

makan..huh..jemu sungguh makan ikan bakar dan sup ikan. sayur jarang gila dapat makan. kalau dapat pun sikitnya mak aku kasi....takut angin mak aku kate..yelah..aku memang langsung tak makan rempah ratus sangat..sebab anak aku kuning. lain pula jenis darah kami, maka aku avoid erus, supaya anak aku cepat sembuh. apa boleh buat...makanan pantang, nak sedap camne lagi kan? tapi korang...jangan tak makan sayur. sembelit macam aku nnanti...mau 2 jam bertapa dalam tandas

yang iyenye, aku ni degil. mak aku suruh duduk berlunjur, aku tak buat. tak tahan. mak aku suruh pakai baju sejuk, aku tak mau pakai. panas. bila berpeluh-peluh aku rimas, dan rasa busuk. tapi aku tetap berstoking, sebab kaki memang rasa sejuk. mak aku tak kasi berkipas, aku nak juga berkipas. alasan aku, aku lemas tak ada udara bergerak. angin tak kena aku betul pun tak pa, janji ada udara bergerak...ventilation beb..penting tu pengudaraan yang baik....

macam-macam kerenah la aku ni.....kerenah korang masa berpantang macam mana pula ya??

p/s: mesti mak aku rimas, sebab aku asyik tanya ini boleh makan tak??itu boleh makan tak??? hahaha

DIARI HOSPITAL

kali ni aku tak mau cerita secara kronologi.

macam yang kamu semua tahu, aku dah selamat melahirkan baby secara normal 8/9/2012 hari tu. tapi berat baby kurang. cuma 2.4 kg je.

selama dalam labour room, macam-macam perasaan aku. teruja, tak sabar, dan takut. mana tak takut. sebelum aku disorong masuk, ada seorang ibu nak bersalin ni sampai menjerit kaw-kaw punya. jerit macam dalam cerita seram tu la...seriau aku. meleleh air mata aku...serius. masa tu rasa aku nak bangun dan lari dari labour room. hahaha....

tapi alhamdulillah, walaupun aku hampir kehabisan tenaga dan nyaris tertidur, semuanya selamat. cuma kepala baby panjang sikit sebab lama sangat tersekat. padahal masa tu staff nurse tu dah tarik tangan aku rasa kepala baby, untuk tambah semangat aku.

bila selesai, aku disorong ke wad. tengah malam sikit, nurse kejutkan, suruh bf baby. lepas tu dia cakap, kalau boleh, cuba bangun jalan perlahan-lahan keliling katil. aku angguk je...tak lama lepas tu aku cuba duduk..tapi sangat susah nak angkat badan. kepala rasa sejuk je..setelah bersusah payah, dapat juga duduk berjuntai kaki. bila cuba berdiri...alamak duniaku gelap! nasib baik tak jatuh..akhirnya aku baring semula..muka, telinga, bibir rasa beku je.....

subuh tu nurse tanya aku ada kencing tak...aku geleng je. aku cakap aku tak boleh bangun. gelap bila bangun. walaupun dah 3 kali mencuba. akhirnya aku disorong ke tandas dengan wheel chair. selesai urusan, balik ke katil. tak lama lepas tu doktor datang ambil darah.

rupanya aku hilang darah banyak masa bersalin. hb aku tinggal 6.6. kena tahan terus. tak boleh discaj. baby pun pagi-pagi di bawa naik ke wad baby. jangkitan kuman sebab pecah ketuban awal. kena masuk antibiotik. sian baby. aku pun kesian gak. kena masuk 2 beg darah. tangan bengkak-bengkak kena cucuk. tak larat nak susukan baby. terpaksa lah aku relakan dulu baby aku disuap fm.

aku 3 hari dalam wad. baby 4 hari. hari ke-4 tu discaj. ceh...dengan gembira balik rumah..

esoknya pergi klinik untuk periksa kuning baby. bacaan 11 lebih. kena buat ulangan esoknya. esoknya kuningnya naik lagi. 15.1. kena pergi hospital balik.. :'( aku dengan baby tak sama kumpulan darah. tu yang kuning susah nak turun. petang pergi hospital. duduk bawah lampu. ambil darah. kena tahan 1 malam. baru balik kena tahan balik. benci betul. mujur, cuma satu malam. esoknya boleh balik.

esoknya tu lah aku kena rengat. sakit sangat. sampai menangis-nangis. terpaksa bertahan..nasib baik rengat tu selepas semuanya selesai. kalau tak aku tak tau macam mana nak menempuh hari yang sangat panjang kat hospital.

DIARI BERSALIN

7/9/2012
5.50 pagi : pecah ketuban. panggil mak. pakai pad. mak masih selamba masak sarapan. hahaha...

9.00 pagi :  baru pergi hospital. itu pun tak terus daftar masuk dewan bersalin. sebab tak ada sakit-sakit lagi. sempat juga buang air besar(uuu tu pun nak cerita..)

12.45 petang : pergi ke rumah pak long. adik nak sembahyang jumaat. baju dengan kain dah basah.

3.00 petang : check in hotel bersalin. bukaan masih 2 cm. masuk balik wad GA.

8/9/2012
5.30 pagi : transfer lagi ke wad bersalin tahap 1.

6.50 pagi : kena masuk ubat prostin untuk bantu bukaan. kena berbaring satu jam tanpa bangun.

8.00 pagi : ctg. mula rasa sakit-sakit. tapi tak la teruk sangat.

1.00 petang : sakit berkurangan.

2.30 petang : bukaan 3 cm. masuk oxy(tulisan yang aku nampak pada botol drip).

5.30 petang : ditolak masuk bilik jeritan kesakitan(bilik bersalin 2nd stage). satart pukul ni mula ada rasa sakit mencucuk-cucuk. rasa nak terkencing. nurse cakap kencing je kat atas katil tu. aku pun kencing. sakit tu datang lagi. kali ni rasa nak kencing dengan berak sekali. tapi serius. sangat sakit. tapi aku masih bertahan. mulut tak berhenti baca doa nabi yunus.

6.20 petang : sakit maha dahsyat. dua orang doktor cuba encourage aku nak meneran. beberapa kali mencuba, tapi gagal. tukar doktor lain pula. tetap gagal. aku disuruh mengiring. masyaallah...sakitnya...memang boleh tercabut nyawa lah setiap kali sakit bersalin tu datang. orang sebelah menyebelah seorang demi seorang berjaya dalam perjuangan mereka.

7.30 malam : kali ni nurse dan doktor cuba encourage. masa ni aku dah betul-betul kehabisan daya. aku redha je macam mana pun anak aku mesti keluar. hati aku menangis setiap kali mendengar provokasi staff nurse, aku lebih pentingkan tak larat aku dari anak...tapi sungguh..aku memang dah sangat-sangat tak berdaya. nyaris tertidur lagi. dengan haus lagi..akhirnya, tugas diambil alih oleh doktor shaggy(gelaran). dia sangat kuat!

8.05 malam : akhirnya, selepas berhempas pulas dengan tenaga terakhir yang aku ada, dapat juga aku mendengar tangisan halus anak lelaki yang aku kandung selama 38 minggu. kecil sahaja bayi aku. terasa mahu sahaja sujud syukur di situ, kalau aku mampu. kengerian tak berakhir dengan satu kelahiran. aku dengar doktor cakap miss v aku dah serupa tau fu fa. macam fragile gila bunyi. macam koyak dahsyat je.....kena jahit banyak sangat....

10.00 malam : akhirnya aku dipindahkan ke wad post natal. mata sangat mengantuk. kepala sangat pening. entah apa yang mak aku pesan aku pun tak tahu. namun aku nampak anak aku di azan dan iqamat oleh encik suami. selepas tu aku cuma mahu tidur.

p/s : nanti aku sambung cerita aku di wad pula.sekarang cuma mahu berehat. aku cuma nak mengabadikan pengalaman aku melahirkan anak sulung di sini. jumpa lagi!

SELEPAS EMPAT HARI

sangat lama tak online.

sangat lama tak bukak email.

sangat lama tak bukak blog.

sampai aku kena ambil masa 2jam nak tau cerita-cerita dalam blog ni. hahaha.....

semua ni gara-gara kena tahan dalam wad lah.....

hahahaha.....

BAJU RAYA

me on week 36th

baju ni superb selesa! beli dari

BlingBuubies Nursing Wear

PUASA : TURUN DAN TIDAK BERTAMBAH

heh. kalau time nak kurus seronok la berat turun tak mau naik...

tapi kalau time mengandung ni ngeri kalau berat tak naik tau....

sepanjang bulan puasa, berat aku turun 1 kg, dan tak bertambah langsung. aku cuak, tapi nurse-nurse kat klinik relaks je, tak bebel-bebel, jadi aku beranggapan semua okey.

raya berat aku naik 2 kg. cuma bertambah 0.1 kg dalam masa 7 hari.

yang buat aku cuak bukan berat aku. berat baby aku ni.....

okey, aku dah scan masa 31 minggu, doc cakap baby besar, berat 2.1 kg. tapi scan lagi sekali masa minggu 37, baby kecik dengan berat 2.3 kg?? aku dah mula cuak. 0.2kg je naik dalam masa 5 minggu? biar betul?

sepatutnya dalam berat baby dah mencecah 2.8 kg, ataupun paling tak 2.5 kg lah kan...

ya..aku cuak. takkan sebab aku tak bertambah berat, maka baby pun tak berat?

aku memang kurang makan nasi sepanjang mengandung, kadang-kadang skip minum susu...lagi-lagi aku selalu sendiri kat rumah...dah la bulan puasa hari tu aku stress sangat..lagi la aku hilang selera makan. aku pernah aje sahur dan berbuka dengan kurma dan air kosong je. selama seminggu...sian anak aku...

pada masa tak stress pulak, aku cuma makan roti, susu, mestum, kurma. itu kalau sendiri. kalau encik suami ada baru aku masak...

bila aku cakap kat mak aku aku risau baby ni ringan mak aku boleh relaks je..siap cakap aku ni fikir banyak sangat.. =.="

aku sangat berharap mesin tu salah...bukan la aku berharap baby besar 3-4 kg...tapi aku nak dia sihat dan bertumbuh(?) sesuai usia...

ada sesiapa ada masalah macam ni tak?

p/s : aku kena qada puasa 2 hari

MENGHARAP KESAKITAN ITU CEPAT DATANG

lama tak hapdet kisah mak yong...ngehehehe....saja nak tulis sementara ada idea ni...

kenapa aku nak sakit? sakit apa yang aku nak?

aku nak cepat sakit bersalin. sebenarnya, kira-kira 2 minggu sebelum raya, aku ada turun tanda. sikit lendir bercampur darah. tapi setakat itu ajelah. tak disertai lain-lain tanda dah selepas tu. masa pergi klinik, nurse bagitau aku, tak ada apa-apa kalau tak keluar air ketuban. jadi aku tak perlu risau.

tapi selepas turun tanda yang sedikit tu, aku selalu sakit perut. asyik nak ke tandas. sakit di bahagian ari-ari jangan cakap...sakit pinggang lagi..sampai aku ingat aku dah sampai masa nak bersalin, padahal masa tu aku baru 34 minggu.

sekarang aku dah masuk 37 minggu. tapi masih belum bersalin. aku dah buat macam-macam untuk cepatkan bersalin. berjalan, telan air nanas, buat kerja rumah(mana terdayalah, sebab tak tahan sakit belakang yang mencucuk), tapi langsung tak berkesan.

ironinya, kawan aku yang tak pernah ada sakit belakang, or even false alarm pun, dah bersalin dulu dari aku...(aku dan dia sama-sama usia kandungan okey.)

sebab tu, aku yang asyik merasa sakit bersalin tipu ni, sangat berharap sakit bersalin sebenar cepat datang..sebab walaupun tipu-tipu punya, sakit tau!

doakan aku cepat-cepat sakit bersalin. selamat bersalin secara normal.

HIJAB

ayat di bawah bukannya ayat yang saya karang sendiri. tapi, ada kebenarannya.

"Before you go on and spread around that this is not the correct hijjab, take a look at the surrounding. Not every muslims wear hijab. At least she wears hijab, and covers her aurat.

She also inspires the teens to wear it, and she proves that islam is a simple religion and it's not strictly or plain boring. Unless every muslim around wears hijab, then you can start contrasting which is the right kind of hijab and which is not :)"
jadi, beri tunjuk ajar dengan baik kepada gadis-gadis muslim yang baru mula berjinak-jinak dengan hijab, ajar cara yang betul untuk mentup apa yang terdedah dan pada masa yang sama, jangan terlalu mengkritik dengan kejam apa yang salah. sebelum sibuk membetulkan orang lain, muhasabah diri, dan pastikan diri sendiri juga berjalan dengan betul.

p/s: aurat bukan hanya untuk perempuan. LELAKI pun kena beringat!

CENGENG

aku kuat menangis sekarang.

sikit-sikit nangis.

selalunya sebab rindu. rindu encik suami. sangat tak sama perasaan rindu tu semasa bercinta sebelum kawen dulu.

hanya dapat beraya empat hari bersama encik suami. sedihnya nak lepaskan encik suami balik ke sungai buloh tadi. mungkin sebab agak  tiba-tiba....patut balik malam, tapi tiba-tiba balik sebelum zuhur. dan aku seperti tak sedia lagi nak berjauhan kembali dengan encik suami.

anakku, cepatlah tengok dunia...nanti boleh cepat-cepat jumpa ayah lagi..!

ROTI YANG SEDAP LAGI SIHAT



sedap gak roti ni. lembut ala-ala roti putih, pada masa yang sama berserat. cubalah!

NAK SENANG BERSALIN

Cara ini bagi ibu-ibu yang disahkan boleh bersalin secara normal oleh doktor. Nor ada amalkan semasa mengandung anak pertama.  Alhamdulillah mudah bersalin.

1. Amalkan minum air kelapa semasa mengandung, lebih-lebih lagi bila di akhir kehamilan


2. Boleh gunakan teknik hypnobirthing sepanjang kehamilan.  Berbual dengan bayi dan diri sendiri agar mudah melahirkan.


3. Dapatkan ketenangan fikiran semaksima yang mungkin di akhir kehamilan


4. Bagi suami, maafkan semua dosa isteri


5. Sibukkan diri dengan membuat kerja rumah.


6. Bersetubuh dengan suami lebih kerap di hujung kehamilan.


7. Banyakkan berjalan sehingga saat-saat terasa hendak bersalin, selagi mampu :).  Bila tak mampu duduk tepi katil dan bongkokkan badan ke depan.  Pergerakan yang banyak menyebabkan kontraksi berlaku.


8. Baca ayat-ayat al-quran semasa terasa sakit hendak bersalin seperti ayat kursi.  Paling mudah ucapkan subhanallah berulang-ulang.


9. Cuba untuk buang air kecil dengan kerap kerana pundi kencing yang tidak penuh akan memudahkan kepala bayi keluar.


10. Gunakan teknik meneran yang disarankan doktor.  Salah satunya seperti di bawah :


1. Berbaringlah dengan lutut berlipat dan kedua kaki dibuka.
2. Angkat kepala, dagu cecah dada.
3. Mata pandang perut (digalakkan tutup mata)
4. Tangan pegang buku lali kaki
5. Masa teran jangan keluarkan suara.
6. Masa teran jangan angkat punggung.
7. Baca bismillah atau apa-apa doa yang terlintas difikiran. 
8. Tarik nafas dalam-dalam, tutup mulut dan teran (bayangkan kita nak beri oksigen pada baby) .  

entri dipetik dari http://www.norazizah.org/2012/04/10-cara-mudah-bersalin-normal.html

p/s: yang aku highligt tu la yang paling aku tak dapat sekarang...

::MAKAN SEDAP:: MASAK SELON YANG SEDAP! AUM!

semalam. aku masak daging masak selon untuk kali pertama. teringin sangat nak makan. nak tunggu raya lambat sangat. takut tak sempat pula nak makan nanti...hehehehe...maka aku pun tanpa berlengah tepon mak aku, nak resipi(nampak sangat jarang ke dapur tengok mak masak..hehe)

masak selon ni rupanya lebih kurang macam masak kicap, tapi lebih pedas dan kaw! sangat sedap dimakan bersama nasi impit, nasi lemak, roti mahupun nasi putih biasa. nak ratah pun boleh. hehe...okeylah. makanan sedap haruslah dikongsi bersama kan???? maaf tiada gambar, sebab lauk tu habis menjelang tengah malam. encik suami pun kata mabeles!! kembang hati ai...

bahan-bahan:
  1. serbuk ketumbar - 2 sudu
  2. serbuk cili - 2 sudu(kalau tak suka pedas 1 sudu pun cukup)
  3. serbuk kari - 1 sudu
  4. serbuk jintan manis - 1 sudu (bancuh bahan 1-4)
  5. kayu manis
  6. bunga lawang - 1 kuntum kecil
  7. cengkih - 3
  8. buah pelaga - 3
  9. daun kari
  10. bawang putih - 2 ulas
  11. bawang merah - 5 ulas (hiris bahan 10 dan 11)
  12. bawang besar - 1 labu
  13. halia - 1/2 inci (kisar bahan 12 dan 13)
daging atau ayam perap dulu dalam kicap manis. kuantiti daging atau ayam terpulang la korang nak banyak mana. kalau buat banyak, bahan-bahan di atas boleh ditambah atau dikurangkan kuantitinya mengikut selera korang.

cara masak:
  1. tumis bahan 5 - 11 sampai naik bau wangi.
  2. lepas tu masukkan bahan 12 - 13. tumis lagi sampai wangi gak.
  3. bila dah wangi, masukkan bahan 1-4.tumis sampai naik minyak
  4. masukkan daging atau ayam yang sudah diperap dengan kicap. kacau-kacau biar sebati dengan bahan tumisan. tutup kuali dan biarkan daging masak. kalau perlu tambah sikit air supaya bahan tak hangus dengan cepat okey.
  5. agak-agak daging dah masak, tambah air untuk banyakkan kuah ikut suka hati korang lah. biarkan mendidih, baru tambah garam secukup rasa. jangan bubuh garam awal-awal kalau masak daging okey. nanti daging tu jadi liat.
bila dah siap, boleh la hidangkan.senang je kan? cuba lah buat.

p/s:bagi aku selon daging lebih sedap dari selon ayam!

SAKIT BELAKANG KIRI DAN KANAN

mengandung sangat mencabar. sangat menguji kekuatan dan kesabaran seorang wanita.

macam-macam kesakitan, ketakselesaan dan macam-macam 'ke' lagi yang mesti ditanggung bakal ibu ni. tak kira la mengandung kali ke-berapa pun. sebab tu agaknya Allah jadikan wanita yang mengandung, sebab wanita lebih gagah menahan kesakitan..kot?

macam aku sekarang. aku dalam situasi yang serba-serbi tak kena. bila duduk susah nak bangun. bila berbaring, susah nak bernafas. bila mengiring, aku rasa macam paru-paru terhimpit oleh tulang rusuk+pinggul pun jadi sakit. jadi setiap beberapa minit aku kena ubah posisi tidur. ya..aku tak mendapat tidur yang tenang.

sungguh mencabar kan? lagi-lagi untuk light sleeper macam aku ni...tapi aku cuma boleh bersyukur, sebab setiap kesakitan ada ganjaran pahalanya. dan anggap sahaja gangguan sekarang adalah latihan untuk menjaga kerenah anak yang tentu lebih mencabar.

kadang-kadang aku harap sangat cepat la anak aku tengok dunia, sebab aku tak sabar nak peluk cium anak yang tengah beradu dalam rahim aku ni. tapi, biarlah pada masa dia cukup kuat untuk hidup di luar rahim.

perut semakin berat. pinggang pun sakit semakin kerap....haish....kan best kalau ada kerusi urut?

PENAT TERAMAT

ya...aku sungguh penat yang teramat sangat hari ni. selepas mandi malam-malam kali kedua sebab kepanasan melampau, tiba-tiba mata aku memberat seolah-olah ada seekor kerbau diikat pada bulu mata lentikku itu...hahaha..lelebih pula aku kan.....

aku kepenatan sebab dengan gagahnya aku pergi ke parenthood expo kat mid valley hari ni.

kenapa aku kata gagah?

sebab aku pergi seorang.lalalalalalala....seorang diri dengan perut boyot 32 minggu. gagah kan mak?

aku memburu breast pump sebenarnya...sebab aku nak bekerja semula lepas deliver ini budak...ehehehe....yela..sian encik suami kan....

akhirnya, aku beli breast pump jenama US BABY. pernah dengar tak??? pernah tak??? serius aku pun baru ni la dengar. selalunya orang akan beli jenama yang lebih terkenal macam medela, spectra, tommee tippee, avent.....

sebenarnya aku nak tommee tippee...tapi tak ade booth tommee tippee kat fair tu...BP ade tapi untuk BP sahaja dah RM 499(hampir 50% less tu). belum benda lain...akhirnya aku dengan berat hati terpaksa ucap selamat tinggal pada tommee tippee.....

kemudian terserempak dengan jenama mebby dari italy. okey jugak(aku test kat sana). tapi  masih mahal walaupun dengan harga pakej. item yang ditawarkan dalam pakej mebby tu sikit sangat. beli electric BP dapat manual BP, 1 botol susu, 3 gelas penyimpan susu, 2 keping ice pack. itu je. dengan harga RM 498.

aku pun pusing lagi.....tu yang terserempak pula dengan US Baby ni. jadi aku pun beli selepas menimbang masak-masak...dengan harga pakej RM 480, aku dapat:
  1. breast pump elektrik(bateri pun boleh)
  2. 1 botol susu 4oz
  3. 2 botol susu 5oz
  4. 1 botol susu silikon 8oz(selepas aku mintak tukar 3 kotak disposable breast pad)
  5. teat
  6. baby wipes
  7. alcohol wipes
  8. plastik storage bag 2 kotak
  9. disposable breast pad yang datang sekali dengan BP tu.
  10. berus basuh botol
berbaloi tak?

aku rase berbaloi. cume aku tak pasti sama ada BP ni akan berjasa penuh atau tak. yang aku dah cuba guna bateri, suction tak berapa kuat. mungkin aku yang tak pandai kot. tapi kalau guna elektrik tak ada masalah pun...sama je dengan BP mahal-mahal tu...cuma ada bunyi bising sikit lah.....

gambar? aku kan pemalas? heehee...nanti lah...lain kali...mesti la  nak letak gambar BP kiut tu...

p/s:oh..dan aku rasa aku terberselisih bahu dengan BEN ASHAARI tadi. nak tegur takut salah orang. :)

TABUNG

dulu aku rajin menabung. betul...masa aku sekolah rendah, mak aku kasi duit belanja 50sen sehari. selalunya aku akan belanja 30sen kat sekolah. jadi baki 20sen tu aku masuk dalam tabung.

bila penuh, pecahkan..masuk dalam tabung haji...dapatla replika tabung haji tu....

tapi sekarang, aku rajin korek tabung. kuikuikui...susah nak menabung dah...lagi-lagi kalau bank tempat menabung tu ada akses kad atm....laju je aku menyedut....

aku rasa, aku kena menabung syiling, baru boleh berjaya kot....

p/s: nasib baik KWSP tak boleh korek...kalau tak mesti kena korek juga....

PATAH SEMANGAT

tidak bernafsu untuk makan. aku makan hanya untuk si kecil dalam kandungan. rasa nak pergi menyedut udara pantai. menanam diri dalam pasir. membiar badan dihempas ombak.

p/s: emotianally unstable. sekian terima kasih.

CHECKLIST HOSPITAL EPISOD 2: BEG MAMA

ini adalah list aku sendiri, dengan rujukan dari mak, kakak, kawan-kawan dan sudah tentu awesome mommy blogger!

  1. kain batik-3 helai
  2. stokin-2 helai
  3. disposable panties-6 helai.(tak tau la cukup ke tak. tips:lepas beranak darah banyak.mak-mak baru bersalin confirm tak larat nak sental panties. kakak aku kata pad pun nurse pakaikan.)
  4. selipar getah yang senang disarung kalau pakai stokin
  5. t-shirt / blouse-4 helai (bawa yang sesuai untuk nursing baby okey)
  6. tudung senang sarung-2 helai
  7. baju sejuk-1 helai
  8. pad maxi night(i hate gel pad) / maternity pad-1 pek
  9. nursing bra-5 helai
  10. breast pump(sesetengah hospital ada)
  11. disposable breast pad
  12. tuala
  13. toiletteries(kalau nak jimat ruang bawak head to toe yang baby punya je. mama boleh guna, baby pun boleh guna)
  14. termos
  15. 3 dalam 1 punya air sedap mengikut kesukaan masing-masing.
  16. makanan(roti, biskut, kurma...mana-mana korang suka lah.)
  17. minyak angin
  18. hand sanitizer botol kecik(aku tak suka hospital punya)-1
  19. beg plastik/laundry beg
  20. grooming kit(sikat, eyeliner, eyeshadow, blusher, lipstick....)
  21. majalah/buku-ini terpulang.aku bawa.
  22. kamera kecik. kalau tak ada, kamera henpon pun boleh...boleh camwhore ngan baby kan? jangan bawak dslr sudah. hilang nangis aku tak tau...
okey. setakat ni tu jela list aku. banyak barang mama daripada barang baby.hihihi....barang lain yang aku tak sebut macam henpon, buku merah, ic..tu semua barang dalam handbag. korang takkan simapan dalam beg baju gedabak okey. apa-apa penambahan tu kemudian la..

p/s: aku masih tak sedia barang aku....

BARANG BABY: CLOTH DIAPER

setakat ni , barang baby paling mahal aku beli ialah cloth diaper(CD). mesti orang pelik, buat apalah orang pemalas macam aku ni nak guna CD? pakai ajela pampers pakai buang. kan senang?

heh. memang senang pakai dan buang ni, tapi, aku kalau boleh nak tolong suami aku berjimat. yelah. aku ni dah la tak ada punca pendapatan(buat masa ni), lain la kalau blog ni bagi aku ribu-ribu sebulan, aku rela aje duduk rumah jadi permaisuri,.hikhik!!
okey hentikan repekan!
CD ni ada banyak banyak jenama. dari yang murah sampai la yang mahal gila. aku beli yang sedang-sedang je, selepas menimbang harga dan keberbaloian(ada ke perkataan ni?) membeli dari penjual tertentu.

dalam membeli, banyak perkara perlu diambil kira. kualiti, kuantiti, harga dan kecomelan item..hehe..comel itu harus okey..dan setelah aku menimbang sebaik mungkin, aku membeli dari website
  
(boleh klik badge kat bawah heart beat tu okeh?)
ikutkan agak mahal la sikit dari blogshop lain, tapi masih lebih murah dari lunatots(bila ada duit aku nak juga beli 1-2 keping dari lunatots).

mula-mula aku nak beli yang pakej MummyLuvU(6 CD), tapi selepas berinteraksi ngan tokeikedai, dia cadangkan aku ambil pakej eco-gold. katenye perfect untuk mama yang baru pertama kali nak cuba berCD-ing. dalam pakej eco ni ada 3 CD, 2 CD yang fit untuk saiz S-L, dan 1 CD yang boleh fit sampai XL. tiap CD ada extra 1 insert, cuma insert bagi CD yang sampai saiz XL tu lain sikit. insertnya mcdonaldchickenfoldover foldable-boleh lipat. bagus juga sebab cepat kering bila jemur. insert yang foldable ni dari bamboo punya fiber, yang dijahit sekali dengan microfiber, yang mana lebih daya serapan dari insert microfiber yang biasa. itulah ceritanya.

Photo0160
Photo0162
Photo0161
jahitan tepi tak betul. any defect CD yang bukan sebab salah kita, boleh tukar okey.tak ada caj tambahan. TUKAR. jadi check dulu sebaik sahaja item sampai. Smile

harga untuk pakej yang aku beli ni RM 92(ada free stokin comel!), tak termasuk pos. dan aku tambah dengan sehelai lagi CD yang sampai saiz XL tu. dan total semua aku beli dari dia RM 147.60, termasuk pos.

p/s: basuh insert sekurang-kurangnya 3 kali sebelum guna untuk mengajar fabrik menyerap kebasahan okey. untuk cover, aku tak pasti. tapi aku basuh sekali je. insert je aku tengah nak basuh kali ke-2 ni…

HARI PERTAMA RAMADHAN

selamat berpuasa kepada semua pembaca. macam mana sahur tadi? makan apa? seronok?

aku? kurang seronok. sebab tak ada telur masin yang mak aku buat tu. aku tak suka telur masin kedai. masin sangat sampai tak boleh nak habis. huuu......

selain tu. makan sorang. encik suami tak mahu sahur. -_-

petang ni apa rancangan berbuka korang semua?

p/s: lain kali aku nak sahur nestum ngan roti ajelah. penat bangun awal masak kalau aku sorang je yang makan.

NAPKIN BAYI UNTUK DIJUAL

aik?baru beli nak jual balik??merepek betul aku ni kan? mesti korang fikir aku beli banyak sangat tak beragak.

tak. bukan sebab tu aku nak jual balik.

aku jual balik sebab kakak aku pun bagi napkin yang sama, anak dia punya. banyak pulak tu. jadi aku nak jual balik yang aku dah beli.

1 pek 10 helai, 76cm x 76 cm, RM 20 termasuk pos.(pos biasa, bukan pos laju okey.) plain je, takde corak-corak.

napkin(orang jawa panggil popok) ni boleh guna jadi bedung, selimut, diaper, tuala, lap muka, mahupun lap kaki(bila dah tak mau guna lagi la)

maaf la, tak ada gambar. tapi aku dah buka dari sarung plastik tu, dan dah basuh. jadi kalau korang beli dari aku, dah selamat tak payah basuh lagi dah. lagipun, harga pasaran paling murah pun RM 21.90. aku cas RM 20 je...kira 2nd hand juga la walaupun tak pernah pakai kan...

bakal mak, yang tengah nak buat persiapan, yang nak beli napkin ni, boleh pm aku kat FB salhah suhot, atau email aku nuribudakcomel@gmail.com atau sms je aku 0192547554, kalau nak cepat. okey?(aku prefer sms aku terus.takut aku tak on9)

yang betul-betul nak je baru aku bagi nombor akaun okey. aku guna maybank,ambank,rhb,bsn. pilih la mana korang suka. okey?

WW: ADUHAI ANAK!

mama nak jumpa anak mama!

SET BERSALIN, SUDAH DITENTUKAN!

korang rasa aku beli yang mana?? cubalah teka...hihihi...apa pun yang aku beli, biarlah rahsia dulu. sampai masa, aku akan review selepas guna, boleh?

dah lama tak buat entri review. phew......

MAK BEDAL

aku balik kampung hari tu...mak cik aku buat kenduri untuk anak dia, nak bersunat katakan...sambil-sambil tu mak aku pun buatkan rujak untuk aku gak...sempena dah 7 bulan...berapa ramai tanya gender anak aku ni..menyampah pulak rasanya...hahaha....

tapi itu cerita picisan je...paling best kenduri kali ni...sembelih kambing oit!!! hui...buat gulai ala mamak pula tu.....maka aku jadi mak bedal sepanjang 2 hari tu...hihihi...ade makcik aku yang buat cup cake coklat...hoh...aku sorang je pun boleh habiskan....

sesungguhnya aku memang mak bedal sejati!

balik sungai buloh, tiba-tiba sakit perut, dan muntah..nasib baik sekali je..kalau tak, haaruslah ke klinik. lega mak...

gambar-gambar jangan tanya. sebab aku taknak ada orang cemburu sebab gulai kambing tu memang super sedap!

CHECKLIST HOSPITAL EPISOD 1: BARANG BABY

  1. baju+seluar 4 pasang(2 pendek 2 panjang)
  2. mitten+booties 4 pasang + topi 1 helai
  3. barut 5 helai
  4. selimut 1 helai
  5. kain napkin(untuk bedung) 3 helai
  6. tuala 1 helai
  7. diapers 6 keping
  8. wet tissue 1 pek(untuk bwk hospital guna travel size punya ye mak-mak to be)
  9. toiletteries
  10. minyak telon
  11. botol susu(spare lah kot susu tak keluar 1st 2 day tu..)
setakat ni tu jelah checklist barang baby yang nak dibawak ke hospital nanti. yang belum bergaris tu belum sedia lah maknanya. heehee.....

::RANDOM RANT:: CERITA NAK KAHWIN

macam balik ke masa silam pulak....

aku melawat nuffnang dan tengok keyword...ada juga yang cari pasal barang pengantin kat blog aku ni...padahal aku bukan ada letak tip penjimatan ke apa ke...

dan aku baca salah satu blog yang aku follow berkenaan majlis akad nikah dengan majlis kenduri...dia tanya, elok buat majlis asing-asing atau sekali? dia tanya kawan-kawan dia, ada yang jawab kalau lambat sangat nanti jadi pengantin basi dan macam-macam lagi.

kalau ditanya pendapat aku, aku akan jawab, bergantung kepada bajet sendiri. mampu atau tak buat dua majlis yang berlainan?

selalu orang buat majlis akad seminggu sebelum kenduri yang besar. tapi, bila buat asing-asing ni, bajet pun jadi lebih sikit. yelah, pengantin sekarang, bertunang pun nak berpelamin mini, kalau nak nikah mesti nak pelamin juga.....betul tak? nanti kenduri besar nak pelamin juga...kan?

nak jimat, buat satu majlis, tapi akan ada pula risiko lain. macam waktu majlis aku dulu, aturcara menjadi kelam kabut. kesian mak dengan abang aku...laju-laju balik rumah lepas nikahkan aku sebab kat rumah orang dah bising-bising cari diorang...aku pulak sebagai pengantin jadi terkontang kanting menguruskan diri sendiri. tak ada orang berpengalaman temankan aku, guide aku apa patut aku buat.

even masa nak mekap untuk nikah pun kelam kabut, kejap-kejap mak aku ketuk pintu, tanya dah ke belum....aku rasa perut kakak andam tu pun dah kecut-kecut tengok betapa kalutnya mak aku...

jadi, aku prefer buat nikah pada waktu malamnya, atau sehari sebelum majlis. buat majlis akad di masjid, dan hanya panggil saudara terdekat termasuk saksi(itu wajib!). kalau buat di masjid, kita tak perlu susah-susah buat majlis di rumah, jadi tak perlu masak dua kali. tak perlulah pelamin akad nikah bagai... yang penting pasangan selamat dinikahkan.

masa kakak nombor dua aku nikah tu lagi la...dia tak ikut pergi masjid pun...suami dia je kat masjid..selesai akad, baru datang ke rumah sarung cincin.

kakak sulung aku pulak buat nikah gantung. lepas enam bulan baru buat majlis besar. tak ada pulak orang cakap dia pengantin basi...

apa pun, pilihan ditangan masing-masing..nak organize sesuatu majlis bukan kerja yang mudah tau! jadi, rancanglah betul-betul....