LGBT
MALANG KERANA CUAI
WAS
p/s: english aku tak la bagus sangat...
KUCING OH KUCING
DATING LEPAS KAHWIN
T^T
KAWANKU ATUL, SHILA, BIELA, NAD DAN GEE
Perkara pertama yang membuat kami runsing ialah mencari tempat untuk berteduh selama sebulan. Takkanlah mahu menyewa bilik hotel politeknik pula. Kami bukan anak orang kaya. Rata – rata pemilik rumah yang waras pasti tak mahu menerima penyewa selama sebulan sahaja. Mahu menumpang rumah kawan – kawan, err...percayalah, pembaca semua pasti tak mahu tinggal serumah dengan pelajar seni bina. Setelah bertungkus lumus mencari rumah, akhirnya, ada juga yang sudi menerima kami berenam. Terima kasih adik - adik junior!! Jasamu dikenang!
Kami berenam berkongsi bilik utama, yang mana sepatutnya kapasiti maksimum penghuni bilik tersebut sepatutnya untuk tiga orang. Bayangkan, betapa sesaknya bila kami sama – sama berada dalam bilik untuk waktu tidur dan waktu bersiap pergi ke kelas! Seperti ikan sardin terhimpit beramai – ramai dalam tin lagaknya. Itu baru cerita bilik, belum lagi cerita perjalanan ke kelas. Hendak dijadikan kisah, Shila memiliki sebuah kereta kompak Kancil yang diberi oleh ibu bapanya. Dengan kereta itulah kami berenam pergi ke kelas setiap hari. Gila kan kami? Pada mulanya, saya dan Atul mahu jalan kaki sahaja tetapi Shila, membantah. Katanya tidak seronok meninggalkan kawan di belakang. Katanya lagi, susah dan senang biar bersama. Akhirnya, saya dan Atul bersetuju untuk menambah sempitkan ruang dalam Kancil. Sudahlah kami ini “kecil – kecil” sahaja. Kadang – kadang rasa kasihan dengan Kancil Shila. Harus dipandu perlahan setiap kali mahu melepasi bonggol di jalan raya. Jika tidak, alamat sangkutlah. Kan kami semua “ringan – ringan” orangnya?
Pada suatu malam, sedang kami bersiap – siap mahu tidur, Atul tiba – tiba bersuara.
“Nik, tolong hulur SALIHIN Atul”
Dengan serta merta mata yang kuyu terus menjadi segar. Dengan tidak disangka - sangka, yang lain juga mendengar. Apa lagi, memang sepanjang malam Atul kena usik dengan kami. Apatah lagi Salihin itu kacak orangnya. Sebenarnya Atul mahu saya ambil selimut. Dia mahu menggunakan bahasa tambahan yang selalu saya suka – suka tambah dalam satu – satu perkataan. Sepatutnya Atul menyebut ‘SEHELIMUT’, entah bagaimana pula dia boleh tersasul menyebut si kacak Salihin itu. Insiden ini menyebabkan satu permainan tercipta antara kami. Permainan ini dinamakan Permainan Salah Cakap. Mangsa – mangsa yang tersasul ketika bercakap akan dicatat ayatnya. Perkataan yang salah akan digariskan dan perkataan yang betul diberikan. Tiada apa – apa denda pun bagi mangsa, Cuma kena gelak dan kena bahan sehari suntuk sahaja. Permainan ini melibat semua sepuluh pelajar dalam kelas, termasuk termasuk studio master kami, Encik Faizal. Berani sungguh kami mengenakan pensyarah kan? Tetapi kerana permainan ini, kami lebih berhati – hati menyusun ayat untuk bercakap dan hasilnya, pembentangan projek kami menjadi sangat bagus dan teratur bahasanya.
Sebulan berlalu dengan pantas. Pejam celik, selamat sudah kami menempuh semua kesusahan. Mungkin kami tidak serapat dahulu memandangkan masing – masing sudah memilih haluan dan jalan hidup sendiri. Namun saya yakin, apa yang saya kongsi di sini masih kekal dalam memori kawan – kawan saya yang lain. Yang pasti, kami masih kekal sebagai kawan walaupun dipisahkan oleh jarak dan masa.
p/s: entri ini dibuat khas untuk Pertandingan 'Kawanku....' oleh Husna Adnan. klik untuk menyertai okey.
CERITA BERLAKON SUARA
- bakat berlakon(walaupun bukan depan kamera)
- suara
- minat yang mendalam
AKU, ‘TER’ DAN MELALUT
hari ni, aku keluar, pergi bayar bil dan sewa rumah. cucuk duit dekat ‘mak’ mesin biru laut(RHB) kat tesco. lepas tu singgah dekat my news. TERnampak buku ini.
lalu TERbeli. heheheh..nak buat cokolat itu entah bila pulak la kan..
lepastu, aku masuk kedai baju. tengok kain skirt labuh kain yang materialnya macam seluar legging budak-budak gedik sekarang suka pakai tu, lalu beli. tapi yang itu bukan TER, ok. itu memang aku nak beli…sebab aku memang perlukan clothing yang selesa aku nak pakai, memangdangkan aku semakin tak muat kain-kain baju kurung aku sekarang. (banyak la alasan kau kan nik?)
beberapa hari lepas dalam minggu ini juga, aku banyak keluar. atas sebab banyak urusan. buka buku merah kat klinik(kena bebel dengan kakak nurse sebab dah 4 bulan mengandung baru nak datang..XD). kena ambil darah untuk ujian jenis dan rhesus darah…(aku dah tau jenis dan rhesus aku punya darah lama dulu, sebab aku penderma darah). aku O+. ada sesiapa dalam kalangan pembaca yang darahnya rh-? kalau tak tau sila buat ujian darah segera. bertuah kalau anda rh+, tapi kamu kena jaga diri baik-baik kalau rh-, sebab darah dengan rh- adalah sangat rare…eh melalut macam aku ni doktor.
esoknya keluar lagi, ke klinik lagi, untuk ujian kencing manis pulak. ambil darah lagi…itu tak kisah sangat…macam tak biasa..tapi yang aku kisah tu kena minum air gula sampai 1 gelas tu…nak meleleh air mata aku minum manis…ewwwww…(ceh..ingat kental, leleh dengan air gula pula..)
esoknya keluar lagi. apa boleh buat, kekosongan temujanji dengan puan doktor gigi untuk buat tampalan dan cuci gigi….ohoh…..sungguh ngilu kena gerudi..T^T(exaggerate pulak aku ni..)
okeylah.sebelum aku melalut lebih panjang, lepas tu kena lempang laju-laju, bsaik aku stop dulu. tata!!