Pages

ORYSENSE

Orysense

TELEFON PINTAR

sebenarnya, aku sedang berkira-kira(angan-angan) nak beli telefon pintar. sebelum ni aku tak la hairan sangat nak beli(kunun) tapi sejak telefon tak berapa pintar aku kena banjir ngan air liur naufal, aku dah mula survey model-model yang best.

aku nak henfon aku kali ni mempunyai fungsi kamera yang baik(tak perlu hebat, tapi baik), ada flash, boleh upload gambar dan update blog dengan mudah, boleh LINE, WECHAT, yadda yadda.....

antara yang aku berkenan adalah...
samsung galaxy grand
  • dual sim
  • camera 8mp
  • 5" display

sony experia L
  • single sim
  • 8mp camera
  • 4.3" display
alcatel one touch snap
  • dual sim
  • 8mp camera
  • 4.5" display

tapi antara ketiga-tiga model tu, cuma sony experia L sahaja ada butang kamera pada kerangka luar.(aku suka! aku suka!) aku paling tak suka bila butang kamera guna fungsi skrin sentuh. sangat tak efisyen bila nak merakam gambar sendiri. terkial-kial *tutul-tutul tak snap juga...buat penat buat muka comel. hahahaha..

taaapi...bagus juga dual sim ni. boleh asing kad sim internet dengan tak internet. kalau lah GG tu ada butang kamera pada sisi kerangka...memang aku sambar dah.(bunyi macam duit berkepuk padahal poket penuh habuk!)

p/s: aku memang perlu henfon lain sekarang.

No comments: