Hutang.
Bayak jenis.
Hutang duit. Hutang solat. Hutang puasa. Hutang budi.
Hutang duit, hutang solat, hutang puasa semua wajib dibayar semula pada yang berhak.
Hutang budi, cukuplah kalau dihargai, dan diingati sampai mati.
Hutang.
Bayak jenis.
Hutang duit. Hutang solat. Hutang puasa. Hutang budi.
Hutang duit, hutang solat, hutang puasa semua wajib dibayar semula pada yang berhak.
Hutang budi, cukuplah kalau dihargai, dan diingati sampai mati.
Yau! Akhirnya aku dah ingat!
Rasanya mesti ramai yang ingat aku nak bebel-bebel pasal harga petrol ron95 yang ura-ura nak naik harga kan...
Uollss salah!
Tak ada kaitan langsung dengan kenaikan harga petrol(bebel-bebel pun kita tetap pergi stesen petrol bagi tangki kereta makan kan?)
Sebenarnya aku nak cerita pasal tinggal anak sekejap dalam kereta sementara nak pergi bayar kat kaunter untuk isi minyak. Hoi! Panjang sungguh mukadimah! Heh!
Ceritanya, aku selalu travel berdua dengan naufal. Diulangi SELALU. Bila dah selalu tu tentulah kena isi minyak kan. Kalau tak tak berpusing la roda kereta kan? Yang tak bestnya, kebanyakan stesen minyak adalah layan diri. Kalau ada atenfan pun sekadar duduk dan tengok je pemandu keluar dari kereta pergi kaunter bayaran. Aku selalu susah hati setiap kali nak isi minyak. Lagi-lagi yang kalau nak bayar kena masuk dalam mart dia. Sebab aku selalu tinggalkan naufal sekejap dalam kereta sementara nak bayar tu.
Mungkin ada yang kata bawak je la anak keluar, dukung je la, berat mana pun....
Memang tak berat, tapi nak keluarkan dan masukkan naufal semula dalam car seat agak leceh tahu? Tambah kalau time dia meragam tu. Fuyo! Berperang tahu?
Entah kenapa, aku rasa macam alangkah bagusnya kalau masih dilayan macam zaman dulu-dulu tu. Park kereta di pump, bayar di pump, atendan akan uruskan semua, siap dan terus jalan! Akan banyak memudahkan ibu-ibu yang travel berdua dengan baby kecik.
p/s: Aku selalu je cancel isi minyak kalau terpaksa beratur panjang untuk bayar.
Cis! Aku paling tak suka bila aku dah ada cerita tapi lupa apa yang mahu diceritakan! Sungguh tak seronok bila lupa. Huhu...
Nantilah bila sudah ingat semula aku kena terus tulis draft kot.
Hehe...
Malam tadi.. Aku pergi econsave beli epal.. Mklumlah mengidam... Lepas dah pilih epal, nak timbang, adelah sorang budak dalam 3-4 tahun, happy2 sambil pegang 1 pek solivite. Tiba-tiba datang sorang laki, cubit perut budak ni. Bukan setakat cubit lepas, cubit tarik sekali tuuu... Terus menangis budak ni....
Aku rasa simpati. Mesti malu budak ni... Depan orang ramai...
Aku rasa tak setuju betul bila perkara macam ni jadi depan mata..sebab apa taw. Sebelum kena aku tengok mood budak tu baik aje. Mungkin la dia leka sampai tak ikut langkah parents dia tapi salah anak ke kalau dia tertinggal? Lepas kena cubit aku dengar budak tu nangis terus sampai ke kaunter bayaran. Lepas tu kena marah lagi dengan sorang perempuan yang tak berapa kurus.
Simpati aku tumpah lagi....
p/s: segarang2 arwah bapak aku dulu, rasanya tak pernah aku kena pukul depan orang ramai. Kalau buat salah kat luar pun, kat rumah baru kena rotan.
Berdasarkan The Bangkok Post, "Gwiyomi" atau "Kiyomi" adalah slanga Korea yang digunakan untuk merujuk kepada seseorang yang comel.[1] The lyrics of the song can be interpreted as "1 + 1 = Cutie, 2 + 2 = Cutie", etc.[1]Asal-usul gerakan gwiyomi pula diilhamkan oleh Jung Ilhoonyang ahli BtoB yang membawa kepada "pertempuran kecomelan" dalam kalangan selebriti korea yang lain dalam siri game show.
Gwiyomi (귀요미) berdasarkan kata sifat "gwiyeo-un" (귀여운), dimana ianya bermaksud comel. Gwiyeo merangkumi maksud kecomelannya, dan "-un" adalah satu bentuk konjugasi diubah bagi setiap penggunaan yang dimaksudkan. Berakhir dengan kata sifat "-mi" (-미) mempunyai kesan yang mencerminkan kata sifat, dan dengan itu mengubah perkataan kepada kata nama. Oleh itu, "gwiyomi" bermaksud orang yang comel.