Pages

ORYSENSE

Orysense

KISAH KECIK


ini kecik. nampak normal kan? tapi sebenarnya dia sakit. memang luaran nampak tak cedera tapi sebenarnya cedera dia belah dalam. mungkin la.

kecik ni kazen kecik aku yang jumpa. katanya kesian jalan ngesot-ngesot, dia bawak la balik rumah. bila aku nampak kecik buat pertama kali, aku terus nasihatkan supaya bawa kecik ke vet. dah bawa pun.

menurut doktor, tiada tulang patah. cuma mungkin sarafnya yang cedera, membuatkan kecik tak mampu nak mengawal otot di bahagian perut dan kaki. lebih malang lagi kecik kena dibantu untuk kencing. dia tak mampu kencing sendiri. perlu dipicit pundi kencingnya. berak pun susah. kesian kan? doktor cakap kecik kena terus di'fisoterapi'kan secara berterusan, tapi harapan pulih amat tipis.

kesian kecik. aku nak sangat jaga kecik tapi tu tak mungkin buat masa ni. kalau aku jaga kecik, serupa macam aku jaga dua bayi serentak, dan aku tahu aku tak mampu. tak mampu dari segi masa dan kewangan juga. yang aku mampu ialah carikan orang yang sanggup angkat dia dengan penuh kasih sayang. jadi kalau ada yang sanggup jaga kecik, boleh contact aku ye...

p/s: kecik sangat manja tau. walaupun keadaan dia agak kekurangan, tapi dia kucing aktif.

2 comments:

meowwmania said...

ya Allah sedihnya tahu keadaan Kechik

awak tak cuba war-warkan di page kelab atau persatuan kucing mana-mana? mana tahu ada yg simpati dan sudi nak jaga kechik..

Salhah Suhot said...

sudah war-warkan.sudah ada yang sudi cuma mak cik saya suruh tunggu dulu.katanya sudah ada sikit perkembangan positif.