Pages

ORYSENSE

Orysense

BLENDER OH BLENDER PART II


Setelah lama berfikir-fikir, akhirnya dapat juga aku blender sendiri....yang aku beli sendiri. Blender sebelum ni mak yang bagi. Kalau blender yang aku ada tu beraksi dengan bagus, memang aku tak beli blender baru tapi sebab pisaunya tak tajam, dan ada spark setiap kali aku tekan suis untuk aku matikan pengisar tu, aku nekad beli baru aje.

Dalam aku terberkenan blender lain(rujuk entri ini), dan ada tawaran hebat untuk blender mini avent tu, aku memilih blender mini philips yang biasa(walaupun yang sebenarnya blender idaman aku ialah 2in1 steamer and blender avent). Ada beberapa sebab aku pilih mini blender philips ni. antaranya:
  1. Harga yang lebih murah dari yang ada cop AVENT
  2. Kecil dan mudah disimpan
  3. Hasil yang sangat memuaskan dengan nilai Watt yang lebih rendah(penjimatan tenaga)
  4. Banyak review bagus(dan terbukti berkesan!)
  5. Kecil itu comel..kuikuikui....
Memang kalau nak diikutkan mini blender yang aku beli ni lebih mahal dari blender biasa yang lebih besar tapi, aku bukan nak blender banyak-banyak pun. Maka saiz yang kecik ni memadai untuk keluarga kecik aku. Nak beli yang AVENT tu, aku rasa macam tak berbaloi, sebab aku boleh beli bekas penyimpan puri sendiri dengan kuantiti yang lebih dan harga lebih murah. Janji kreatif. Kalau nak sangat ada brand AVENT tu boleh je aku print atas sticker lepas tu lekat je kat blender aku tu kan..hihihi....

p/s: aku cuma harap ada wet mill lebih, sebab aku nak asingkan jar buah dengan bawang/cili...kalau blender bawang bau melekat kot, walaupun cuci cepat-cepat....

6 comments:

cik chinta said...

cute. tp kt mmg ske blnde beso22. hihi

Salhah Suhot said...

hihi..citarasa masing-masing...umah kite tempat menyimpan sangat terhad.

Husna Adnan said...

Wah memang comel la!

Salhah Suhot said...

hmm..comelcomelcomel...hihi

Shafinaz said...

Miau!

Naz ada cara sniri takmau bagi lekat bau bawang/cili. tak blend buah, just tak suka blender berbau/kaler jadi kuning.

lepas blend apa yang nak diblend, terus naz transfer dalam bekas, pastu rinse blender, pastu masuk sepicit dish-washing liquid, masuk air sampai atas sikit dari aras pisau, dan on kejap dalam 45saat ke 1 menet. Pastu cuci macam biasa yuk!
InsyaAllah bau tak lekat. Kalau takmau pakai dish liquid, boleh ganti dengan air asam jawa terus.

Salhah Suhot said...

Bole cuba ni. Tq!