Pages

ORYSENSE

Orysense

::REVIEW:: SAFI RANIA GOLD

Assalamualaikum. Hai.

Akhirnya...entri review...lagi. hahaha....hadap je la ye kome. Aku ni tak idea sangat nak cerita itu ini.
.
Yelah..duduk rumah sejak sekian lama...tak da benda menarik sangat pun...takkan nak entri emo sepanjang masa? Kan?
.
Aku rasa korang ingat lagi kan, yang aku ada up entri pasal aku guna safi rania gold, kan...cepat gila aku buat entri kan?
.
Aku dah guna lebih kurang 2 minggu. Rasanya macam dah cukup lama la tu untuk produk penjagaan kulit, kan?
.
SAFI RANIA GOLD CREAM CLEANSER.

 Macam yang dah aku cerita sebelum ni, aku beli sebab ephyra dah habis, kan? Dan aku pun nak cleanser yang bukan setakat cuci muka sahaja. Aku nak pencuci muka yang juga boleh cuci solekan..setidaknya sisa solekan. Sebab aku sentiasa double cleanse muka aku punn.

Aku suka feeling lepas cuci muka guna ni. Memang rasa lembut je kulit. Dan bersih. Dan kulit stay moist. Memang tak kering kulit.

Tapi, aku rasa cleanser ni tak cukup serasi dengan kulit aku. Jerawat kecik naik tepi hidung. Masalah yang dah lama tak ada sejak guna sabun ephyra.
Jerawat kecik cam ni. Tapi ni bukan hidung aku la. Credit to encik gugel.

Overall, aku puas hati juga dengan cleanser ni, sebab it does as its claim. Remove light makeup easyly. So, aku akan terus pakai bersama sabun ephyra nanti. Tapi aku tak akan repurchase.
.
SAFI RANIA GOLD SKIN DRINK LOTION.

Kalo tengok kat website safi, skin drink lotion atau orang melayu panggil losyen minuman wajah ni termasuk dalam kumpulan toner. Tapi ini bukan toner. Kira macam emulsion kot.

Losyen ni membantu mengekalkan kelembapan kulit seumpama korang minum air yang cukup dalam 1 hari. Selain itu, losyen ni umpama prep, sebelum korang apply serum dan pelembab sebab fungsi dia membantu kulit menyerap khasiat2 dalam krim lain.

Tektur cair. 3-4 titis dah cukup untuk seluruh muka dan leher.

Aku tak de komplen tentang losyen ni, sebab, jujur, aku suka losyen ni. And..i will gladly repurchase this lotion. Yay!!
.
Kesimpulannya kat sini, dalam satu jenama, kalau satu produk serasi dengan kulit kita, tak tentu yang lain pun akan serasi. It is all about try n error tho.
.
Okeylah. Till then. Tatatititutu!!

No comments: