Pages

ORYSENSE

Orysense

YANG SEBENARNYA

tentu semua perasan tentang cara saya menulis...
tidak santai dengan ejaan yang singkat-singkat seperti kebanyakan blogger lain.....
tentu juga bosan membaca tulisan saya bukan?
hahaha....

sebenarnya saya sengaja menulis dengan cara sebegini...
mahu menajamkan semula skil menulis dan berbahasa dengan betul..
memang letih sangat dengan bahasa singkatan(lebih popular dengan bahasa sms)

saya tak kisah sangat kalau orang kata saya skema..dan itu memang kebenarannya...
saya seorang yang skema...

walaupun masih ada sedikit rojak pada bahasa yang saya gunakan, sekurang-kurangnya saya mahu praktikkan ilmu yang sudah penat-penat cikgu bahasa saya curahkan dengan harapan ia akan digunakan dengan betul....

paling tidak saya mahu mereka rasa bangga jika mereka terjumpa blog skema saya ini....
saya juga ingin cuba memartabatkan bahasa melayu tinggi(BMT) walaupun tidak sepenuhnya.
sekurang-kurangnya saya mencuba...
mungkin saja ada ejaan bahasa pasar disini tetapi kamu semua tak akan jumpa ejaan singkatan dalam blog saya.

ini cara saya. sila hormatinya sebagaimana saya menghormati cara blog kamu semua.

entri ini mengingatkan saya kepada seorang rakan facebook yang telah saya padam dari senarai kawan. dia telah memberi komen kepada salah satu kuiz yang saya buat..mengenai menteri di jabatan kerajaan yang sesuai untuk saya. hasilnya adalah menteri pelajaran. saya menyatakan jika saya benar-benar adalah menteri pelajaran, saya akan menukar semula pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris kepada bahasa melayu semula. dia kata kalau begitu malaysia tak akan maju.
komen itu membuat saya marah.
kalau begitu bagaimana bangsa jepun yang kebanyakannya tidak pandai berbahasa inggeris boleh maju?
tahukah kamu semua, kalaulah maharaja korea tidak berazam mahu mencipta bahasa untuk negara mereka sendiri, bahasa korea tidak akan wujud?
dan kalau bukan kita yang mahu memartabatkan bahasa kita sendiri, bahasa melayu hanya akan tinggal sejarah....

*bahasa jiwa bangsa.cintainya seperti kamu menyintai diri kamu sendiri.

3 comments:

Un Phat Lee said...

wah.bagus2.teruskan dengan niat anda itu.

nurihime said...

terima kasih. :)

Mariella Liyana said...

wah...tahniah, anak Malayu watan :)
Saya pun cuba pada awal-awal blog, tapi tatabahasa dah lapuk. Harus cuba lagi nanti ;)

Latest Entry: Of Cats & Kembiri