Pages

ORYSENSE

Orysense

::KOMIK:: HASIL TANGAN PENULIS BLOG CONTENG-CONTENG

dah lama tak update kan?

kali ni aku nak update pasal dua buku yang baru aku beli. daripada penulis blog conteng-conteng.

Jimi dan Raksasa Misai
&
Jimi dalam Akibat Jambul Alif

heheh..kalau nak tau, aku adalah antara 50 pembeli terawal buku ni..hehe...senang beli online...tak payah susah-susah aku nak pergi cari sampai alamanda ke, kedai buku mana-mana ke....tunggu encik posmen je hantar...hehe...(dalam kes aku, aku tak menyambut encik posmen, sebab aku tak ada kat rumah. pergi klinik. epoimen dengan puan doktor gigi)
.......
..................
..........................

cubaan upload gambar gagal....
(apa kena entah dengan internet rumah aku ni. setiap kali nak upload sesuatu PASTI GAGAL. sambungan asyik terputus. bosan sungguh!)

okeylah..kita tinggalkan cerita gambar. aku nak cerita tentang isi buku ini.

kandungan ceritanya santai sangat. haruslah, sebab ceritanya dari sudut pandangan seorang kanak-kanak sekolah rendah. walaupun santai, tapi menghiburkan.

gambar yang aku upload di facebook aku ada komen dari kakak aku.
dia tanya, buku kanak-kanak ke?
aku jawab:
taklah kanak-kanak sangat. tapi kanak-kanak yang dah pandai membaca dan memahami patut dibelikan buku ni sebab ada unsur-unsur motivasi kepada kanak-kanak sekolah dari sudut yang mudah difahami.

eceh..macam pro je kan aku ni?
tapi serius, itu adalah pandangan aku selepas aku selesai khatam dua-dua buku ini.

babak paling aku suka dalam buku ini?
erm...erm...masa emak Jimi menasihatkan Jimi tentang orang sabar selalu menang.

apapun, membaca buku ini memang enjoy. se-enjoy membaca blog conteng-conteng juga!

4 comments:

meowwmania said...

wahh mmg peminat setia :))

contengconteng said...

Terima kasih! Happy bila ada orang review. =)

Salhah Suhot said...

@contengcontenghehe...tapi sorry la ek..tak berjaya la upload gambar. :) apapun nice book!!

Salhah Suhot said...

@meowwmaniahehe..saya suka membaca la MM