Pages

ORYSENSE

Orysense

CERITA BERLAKON SUARA

assalamualaikum semua!! 

hehe...aku ni memang kan...suka tak update cerita??hihihi... 

ni nak cerita. sabtu lepas, aku dengan kakak aku pergi casting....hehe...bukan untuk berlakon depan kamera lah tapi...
aku pergi casting untuk berlakon suara untuk satu projek animasi tempatan...
pertama kali mencuba tu...tak sangka aku, memang seronok buat dubbing nih!!
lagi-lagi dubbing ni memang salah satu impian aku sejak dulu lagi, memandangkan aku memang sangat suka berlakon..hehehe...
tips untuk menjadi pelakon suara ni senang sangat.
kena ada:
  • bakat berlakon(walaupun bukan depan kamera)
  • suara
  • minat yang mendalam
untuk mengeluarkan suara mengikut intonasi yang dikehendaki, memang kena berlakon.
skrip disediakan, tapi kalau tak berlakon mengikut kesesuaian watak, memang tak jadi.
contoh, kamu kena bawak watak orang banyak cakap,comel bila bercakap dan manja. suara kamu kena jadi comel dan manja juga, walaupun hakikatnya kamu memang tak comel. XDD 

aku casting untuk dua watak. watak si manis 17, dan watak alien lelaki. watak si manis 17 tu tak ada masalah untuk aku sebab suara aku memang dalam kategori 'shizuka' punya suara, jadi tak perlu nak kecilkan suara pun, cuma kena comel dan manjakan suara dia. tapi serius, nak buat suara lelaki tanpa mengeluarkan lenggok perempuan memang susah. bayangkan, alien tu suaranya kecil, tapi alien tu lelaki. hehehe...tapi okeylah, inikan kali pertama mencuba? harap-harap ada peluang untuk kali kedua, ketiga, keempat, kelima, blablabla.....

yang penting, kerjaya sebagai voice actor/actress bukan mudah. kena serius dan berdisiplin semasa bekerja. macam ni
koizumi
ini gambar bekas presiden jepun yang buat dubbing untuk watak ultraman.

sesiapa yang ada minat, boleh mencuba ya!

5 comments:

ejulz said...

waaa.. cam best je.. tp sy xleh.. x konfiden.. mesti suara menggeletar.. hehe

Salhah Suhot said...

@ejulz, dalam studio rakaman tu, tak ada orang tengok pun. tak payah malu. kalau berminat, boleh jon group DUBBERS INC.(Malaysia) kat facebook. cuma kena alert lah dengan iklan open audition diorang.

Reven Lone said...

saya minat nak join. nak tahu mana location studio tu? klu nak pergi interview macam mana?

Reven Lone said...

macam mana nak join jadi voice artist yea? kat mana nak pergi interview?

Salhah Suhot said...

Boleh join group dubbers inc malaysia di facebook. Sebarang update mengenai uji bakat awak kena alert lah ya. :)