Pages

ORYSENSE

Orysense

MALANG KERANA CUAI

sekarang banyak kan tragedi kanak-kanak tertimpa kecelakaan?
macam-macam, dari yang tersepit jari sampai ada yang mati tergilis kenderaan ibu bapa masing-masing.

aku sebagai bakal ibu pun sudah tentu seriau mendengar berita-berita ngeri macam ni.
macam mana boleh jadi macam ni?
jawapannya mudah sebenarnya. malang kerana cuai. memanglah malang tu tak berbau, tapi kalau ibu bapa tak cuai, risiko anak ditimpa malang bukankah boleh diminimumkan?

kata pakar runding kanak-kanak dalam wanita hari ini semalam, sebagai ibu bapa, tanggung jawab menjaga anak-anak kecil adalah sepenuhnya dalam kawalan mereka. maka, ibu bapa harus

1. latih anak-anak dengan latihan kecemasan di rumah(kemalangan boleh sahaja terjadi di mana-mana)
2. mengajar anak menggunakan kunci rumah
3. memastikan tiada bahaya di rumah dari sudut pandangan anak-anak kecil, bukan dari sudut pandangan seorang dewasa.

itu kalau di rumah. di luar rumah?
kata puan dsp,

1. JANGAN BIASAKAN BAWA ANAK KELUAR MEMBELI BELAH.
nasihat yang pertama ni sangat aku setuju. banyak kes kanak-kanak hilang ketika membeli belah bukan? memang, kesian anak-anak menangis terpekik terlolong nak ikut, tapi better sorry now than tomorrow. walaupun aku bakal ibu, aku masih rasa bawak anak-anak keluar shopping bukan idea yang bagus. kita sebagai manusia ada dua mata , dua tangan dan dua kaki sahaja. bayangkan dengan dua kaki ni nak mengejar 3 pasang kaki serentak yang lari bertempiaran dalam pasar raya, bila nak membeli barang?(pengalaman peribadi bawak anak sedara. aku tak dapat beli apa-apa langsung). nak di biarkan, sesaat pun cuai, malang mengintai.
 2. tinggalkan anak-anak di rumah DENGAN PENGAWASAN ORANG YANG BOLEH DIPERCAYAI.

kesimpulannya, kalau perlu juga bawa anak-anak keluar, bawa pembantu untuk mengawasi anak-anak. (walaupun sebenarnya aku angin betul dengan budak-budak lari-lari langgar orang kat pasaraya. rasa nak rotan kaki diorang).

malang tak berbau, tapi sebagai orang dewasa, banyak yang kita boleh buat untuk mengelakkan malang menegur kita dan keluarga kita.

sekian terima kasih!

2 comments:

gadis oren said...

hehe , mcm manelah kalu ada anak 1 hari nnti, jwbnyer tambat kt pinggang laa . huhu

Salhah Suhot said...

@gadis oren, nak buat cam tu nanti orang kata dera anak plak.hihi..