Pages

ORYSENSE

Orysense

::RANDOM RANT:: PELIHARA KUCING, HINDARI DOSA


ehem...sebenarnya tajuk entri kali ini aku 'cilok' dari majalah solusi keluaran no.44.

aku tertarik dengan tajuk tu atas beberapa sebab.
  1. kaitan antara memelihara haiwan dengan isu kejiranan.
  2. betapa sebenarnya kita boleh mendapat dosa mudah kerana memelihara haiwan kesayangan.
setakat ni hanya dua sebab yang aku boleh beri.

mungkin sebab yang aku utarakan ni boleh mengundang kemarahan pencinta haiwan..tapi sebelum marah, aku sarankan belilah majalah solusi isu 44, dan baca artikel tersebut.

penjelasan:

sebab 1:
kita hidup bermasyarakat. berjiran. kita juga harus menerima, bukan semua orang suka dengan haiwan. ada pula yang terlebih suka sampai bela dalam jumlah yang ramai...err..banyak.

isunya di sini, bagi yang memelihara ramai haiwan ni, adakah jiran-jiran anda selesa dengan haiwan anda yang ramai? kita boleh sahaja cakap, kucing kita, mana boleh jiran suka-suka nak racun ke, culik dan buang ke.....

tapi kadang-kadang kita lupa, bila memelihara haiwan di tengah-tengah masyarakat berjiran ni, bukan kebajikan haiwan peliharaan sahaja yang mesti kita jaga. hubungan baik dengan jiran tetangga juga MESTI dipandang berat.

jadi pemelihara haiwan, kawal haiwan peliharaan kita, latih diorang supaya tidak merayau ke kawasan rumah jiran dan membuang di sana, jaga kebersihan rumah kita dari bau yang tak menyenangkan supaya jiran-jiran kita tak sampai hati pulak nak mendajal haiwan kesayangan kita kerana sakit hati.

sebab 2:
kita menjaga dan sayang haiwan. itu perkara baik. boleh membentuk jiwa penyayang. boleh jadi terapi bagi menangani stress.

betul aku tak nafikan. tapi sebenarnya kita juga boleh dapat dosa mudah dengan memelihara haiwan. mungkin ramai tak sedar. kita kena berbuat baik sesama makhluk. manusia, haiwan, alam.

contoh senang. kita bela kucing. tapi kita tak jaga baik-baik. kita tak latih betul-betul. dia pun pergi berak depan pintu rumah jiran. ting! maka tuan kucing akan mendapat dosa menyakiti jiran.

contoh lagi. kita tanam pokok banyak-banyak depan rumah. tapi kita tak berapa jaga persekitaran. daun pokok bertaburan masuk dalam kawasan rumah jiran. air bawah pasu bertakung. nyamuk aedis pun membiak. tiba-tiba jiran kena denggi............'lu pikirlah sendiri'

jadi kawan-kawan....dalam kita berusaha menjaga kebajikan haiwan, jangan lupa, jaga juga hubungan dengan jiran. sentiasa berbincang jika ada sebarang masalah. bagi yang tak suka haiwan, tapi berjiran dengan pemelihara haiwan yang banyak, berbincanglah dengan jiran tadi supaya mengurangkan jumlah haiwan peliharaannya. janganlah terus report pihak berkuasa. kesian jiran tadi...bukan senang nak cari adopter dalam masa singkat. ini pun boleh buat jiran sakit hati. lagi satu...jangan pulak suka-suka nak racun atau culik dan buang kucing jiran kita. bagi tahu jiran tu, kucing/anjing dia dah kotorkan rumah kita. minta jiran tadi bertanggungjawab. bela haiwan bukan setakat bagi makan je tau!

okeylah. aku sebagai pencinta meow pun dapat manfaat dari artikel tu. aku harap apa yang aku ulas di sini juga membawa manfaat untuk kawan-kawan pencinta meow di luar sana. peace!

2 comments:

meowwmania said...

ha betol betol!

setuju sesangat!! semua perkara tu harus dititikberatkan utk keselesaan dan kesejahteraan bersama

peaceeeeeeee..........

Salhah Suhot said...

@meowwmania
betul3x...sebab tu sekarang ni stop dulu amek kucing terbiar. kesian memang kesian, tapi banyak perkara kena ambik kira...so bela baik2 dulu yang ada ni..biasa jumpa yg kat kedai tu, bagi je dorang makan kt situ..