Pages

ORYSENSE

Orysense

KALI KEDUA

Yup..sekarang aku berisi lagi, untuk kali kedua... Betullah pengalaman mengandung ni takkan sama setiap kali..

Kalau yang dulu aku mabuk sampai kena berhenti kerja sekarang tak. Cuma selera makan aku tak ada sekarang. Total tak ada. Tapi sekali makan macam dinosaur! Kahkahkah!!

Mula-mula aku macam agak susah nak terima sudah berbadan dua lagi, sebab naufal uang belum setahun, tapi rezeki Allah nak beri, kan... Sekiranya memang rezeki naufal beradik cepat, insyaAllah, april tahun depan, dah jadi abang long!

Kali ini kurang meloya, mungkin berkat minum jus delima gulsan tu kot? Tipu la kalau langsung tak meloya, sebab loya masa mengandung tu petanda baik apa...loya tetap loya cuma kurang..cuma perut ada rasa sebu... Tak selesa.. Tidur pun macam tak kena... Pinggang tak selesa... Padahal masih awal lagi...bertabah!

p/s: siapa minum susu dumex mamil mama? Aku minum tp macam x serasi ah..mencerriberri aje...aku sekarang on ostematrix dan gulsan sahaja.

2 comments:

JunAina said...

Aka dulu baby 6 bulan dok sahkan mengandung lagik!

Rezeki...sekarang anak2 dah besar rasa beruntung pulak dpt anak rapat2 cam tu.

Husna Adnan said...

Rezeki, Salhah. Betul macam komen atas ni, nanti bila anak2 dah besar, makin meriah. :)