Pages

ORYSENSE

Orysense

::RANDOM RANT:: MITOS KUCING DAN KESUBURAN

Korang mesti pernah dengar ni. Orang tua-tua kata kalau nak senang mengandung, jangan bela kucing. Kalau dah mengandung, tak boleh pegang atau main kucing. Nanti gugur.
Serius aku cukup berbulu dengar statement tu. Siapakah yang pandai-pandai mencipta mitos tu? Mungkin pencipta mitos tu seorang ateis? Maaflah, tapi siapa yang berpegang dan percaya mitos tu, memang tak percaya pada qada dan qadar Allah.

Keluarga aku, walaupun tak hardcore dalam meminati kucing, tetap sayang pada makhluk berbulu ni. Bela kucing macam biasa. Elok je adik beradik ada sembilan. Setahu aku, mak aku tak pernah pun keguguran. Jadi apa kaitan kucing dengan kesuburan? Dan aku, sebaik sahaja adopt si pengkot, lekat pula. Hari-hari uruskan pampers, tukar dan cuci montot dia, Alhamdulillah, masih Allah lindung kami berdua.

Yang penting, yakin. Allah takkan susahkan hambaNya. Kalau kawen da lame tapi belum dikurniakan anak walaupun dah berusaha macam2 muhasabah diri. Mungkin sebenarnya kita belum  sedia jadi ibubapa. Jangan nak jadikan kucing atau mana-mana makhluk Allah sebagai sebab ketaksediaan yang kita tak nampak-nampak tu.

p/s: kucing1st aku beranak atas badan aku mase aku tengan tidur. Kucing aku mase kat sungkai pernah pecah ketuban dalam dukungan aku. Dan ada kucing yang pernah mintak aku temankan diorang beranak.

2 comments:

tqahmisdar said...

kebetulan baru buat post pasal bnda yg sama...knp mesti salahkan kucing? tak paham sungguh. comel kot kucing.

Salhah Suhot said...

Tu la.. Ape ntah salah kucing sampai kaitkan gitu sekali