Pages

ORYSENSE

Orysense

::NOVEL:: WINGS-SPELLS-WILD-DESTINY

 u.s version

u.k version

sebenarnya, tajuk di atas adalah novel karya aprillyne pike. cerita berkenaan pari-pari yang hidup dikalangan manusia.

bunyi klise kan?

tapi sebenarnya tak la sangat.

sebab pari-pari yang digambarkan oleh penulis adalah sangat berbeza dari apa yang kita selalu bayangkan.

pari-pari adalah evolusi terhebat tumbuh-tumbuhan, mempunyai akal, berfizikal manusia, mempunyai nafsu dan perasaan(standard la..makhluk), tak makan makanan berdaging/berdarah(vegetarian), walaupun nampak muda, tapi tak semestinya 'muda', ada 'talent' atau kuasa mengikut kasta(winter faerie paling rare dan duduk dalam kasta tertinggi) dan yang paling menarik bila pari-pari perempuan 'berbunga'

watak utama cerita ni, laurel tidak menyedari apakah beliau sebenarnya sehingga usianya 16 tahun, iaitu sewaktu dia mula berbunga. yelah siapa tak pelik kalau tiba-tiba tumbuh bunga di belakang badan..er..tak la tiba-tiba celik mata terus ada kelopak bunga..adalah tanda-tanda awal, cuma dia tak tahu sehingga kelopak bunga keluar. selepas itu, bermacam-macam peristiwa pelik berlaku, terjumpa tamani-pari-pari sentri yang kacak, yang memberitahu rahsia yang mengejutkan laurel-bahawa dia sebenarnya adalah fall faerie yang menduduki kasta kedua selepas winter faerie. kiranya winter dengan fall ni dalan jenis yang jarang 'dilahirkan'

walaupun susah nak terima kenyataan, laurel akhirnya terpaksa akur dengan kenyataan, tambahan pula hasil eksperimen terhadap diri sendiri memang mengesahkan laurel ni tumbuh-tumbuhan.

penilaian aku terhadap novel ni?

aku suka! kecuali aku tak suka laurel, aku tak suka david. dan kasihan tamani.
laurel bagi aku mengada-ngada. bercinta-cintun dengan david, pada masa yang sama beri harapan juga pada tamani. kenapalah dia tak bulatkan je hati pilih tamani? pada aku dia banyak sebab kenapa dia mesti pilih tamani. aku takkan dedahkan dalam entri ini kenapa sebab aku nak kamu semua cari, beli, sewa, curi atau pinjam atau baca secara percuma dekat kinokuniya.

oh..lupa pula..wings ni ada 4 siri. setakat ni baru terbit 3. wings, spells, illusion(us) @ wild(uk). buku yang ke-4 akan terbit di u.s may tahun depan..nak sampai malaysia..huh lambat lagi la...agak tak sabar beli la dekat amazon..hehe

-UPDATE-

KOLEKSI APRILYNNE PIKE DAH COMPLETE. YAY!

No comments: