Pages

ORYSENSE

Orysense

KAWAN MERANGKAP ADIK BARU

isnin lepas, aku ke shah alam. kemas-kemas barang untuk bawa balik kampung. selain tu, nak pergi ambil seekor kawan, kat semenyih. itu pun kalau dah sembuh..tapi masa dalam perjalanan, dapat mesej dari mama hero(MH) bagi tau, kawan tu sudah sihat, dan boleh diambil. wah...gembira..jadi aku ambil keputusan untuk ambil pada hari selasa..

kawan merangkap adik ni namanya rangga. manis rupanya(walaupun agak busyuk sikit, belum mandikan lagi. nak tunggu kesan luka baik sepenuhnya).
jadi selasa lepas aku rasa bertuah sangat, sebab dapat nampak dan pegang sendiri hero a.k.a iyo.
iyo moody sikit..sebab comel baru pergi. kesian sangat...

kedatangan aku dengan olah(adik aku) disambut oleh MH dan kucing-kucing yang ramai...hehehe..ada mak tam, raka, bourne, blacky, err...tak ingat pula semua nama kucing-kucing tu semua.
dah la tu, galak pula kucing-kucing ni gigit selipar adik aku..hehe...habis berlubang-lubang.

sambutan mak tam paling hangat. mungkin sebab aku terus kenal dan panggil nama dia, dia pun selamba gesel-gesel kat aku. bourne pun suka je bila aku ajak dia main-main. raka agak takut-takut sikit..tapi corak raka cantik sangat. geram je tengok. blacky tak malu, dah besar pun nak menyusu lagi....kucing..kucing...

walaupun iyo agak moody, aku tetap gosok2 kepala dia sebagai salam perkenalan. kelakar juga tengok dia cuba keluar melalui celah-celah grill...tapi akhirnya berjaya...teringin kot nak main kat luar, tapi ryan yang garang tu akan cederakan iyo kalau iyo keluar..

serius..aku tak faham kenapa ada orang yang sanggup aniaya haiwan-haiwan kecil yang tak mampu melawan macam kucing-kucing ni semua. padahal, tengok gelagat kucing-kucing ni pun boleh buat aku senyum senang hati..aku percaya, kalau kita berbuat baik pada mereka ni, mereka akan tak putus-putus mendoakan kesejahteraan kita. lagipun, memberi haiwan makanan dan perlindungan juga merupakan salah satu punca pintu rezeki. tak guna dipandang alim tapi dengan kucing seekor pun tak boleh berbuat baik.

nak gambar klik sini

No comments: