Pages

ORYSENSE

Orysense

KEBAL NUR KASIH THE MOVIE, TAPI CAIR DENGAN MAT LUTHFI?

siapa dah tengok video tentang bapa yang mat luthfi buat?
aku dengan tiba-tiba menitis air mata selepas kawan dia cakap 'aku tau la..dah 12 tahun aku jadi ayah pada adik-adik aku'

snap!!memang ada sesuatu yang menyengat dalam hati aku.
sebenarnya situasi yang mat luthfi cerita tu pun aku pernah alami, sebelum aku masuk poli dulu.

masa tu adalah tempoh 'sakit' bagi aku(masa tu je la) sampai aku rasa arwah tak sayang aku pun..(teruk betul aku)

dah tentulah arwah sayang aku. aku kan anak arwah? aku pernah demam panas teruk..mungkin lebih 40'c sebab hampir sawan. arwah berkejar balik sungai tiang, dari ipoh, risaukan aku. aku pernah demam teruk, sebab terlampau letih, sebaik sahaja balik dari langkawi. seluruh badan aku tak bertenaga langsung.kesan keletihan+tak cukup tidur+demam serentak. arwah berat nak lepaskan aku balik melaka, sebab aku masih 'lembik', tapi terpaksa bagi aku balik sebab m.c aku dah habis. sampai sekarang aku ingat lagi, sebelum naik bas dia tepuk dan usap belakang aku, satu perkara yang dah lama dia tak buat sejak aku dah besar gemuk macam beruang..serius, aku menangis dalam bas masa tu.

tapi semakin aku meningkat usia, aku mula berfikir kalaulah, aku ikut je cakap arwah ayah aku dulu, aku tak jadi macam ni. tapi kalau aku tak buat macam tu dulu, aku rasa aku tak akan 'kenal' dunia seperti mana arwah bapak aku 'kenal' dunia. mungkin juga aku masih dalam state rebel kepada orang tua aku, kalau aku megikut jalan yang arwah mahu aku ikut.

cuma,

apapun yang kita mahu buat, biarlah dalam restu dan redha orang tua. sebab sebagai anak, ibu bapa adalah syurga kita.

okeylah..aku nak cari tisu. Mat Luthfi, kau buat aku cair!(bukan jatuh cinta ye), dan nur kasih the movie, kamu gagal!!

3 comments:

Mamachia said...

sedihnya tengok..mula2 lucu pastu sedih..terharu..

tanpa kita sedari berat juga tjawab seorang bapakan.

norien arshad said...

btl .... ak lgsg x perlukan tisu ms tgk nur kasih the movie ..

Salhah Suhot said...

@mamachia-yup.kita yang tak pernah sedar sampai kita kehilangan.

@noen-aku kan ngan ko skali tengok.bukan kita sama-sama blur kan?