Pages

ORYSENSE

Orysense

APA REAKSI KAMU KALAU TIBA-TIBA......

kalau nak dikira, cerita ni aku dah simpan hampir seminggu.
mungkin dah kedengaran basi tapi sebab aku belum cerita kira boleh la kan...

kat ofis aku semua india yang mengamalkan hinduism. tak ada yang kristian atau buddha.

kadang-kadang aku tanya juga sikit-sikit tentang ritual, amalan dan pantang larang yang mereka pegang.

kalau bersembang dengan mamat yang duduk sebelah aku tu, enjoy juga sebab dia sangat open dan dia juga tahu serba sedikit tentang islam. percayalah.aku segan nak pakai ketat-melekat, jarang atau tak menutup apa yang sepatutnya sebab dia tahu, wanita muslim tak sepatutnya berpakaian begitu. nampak macam aku malu dengan manusia je kan??sebenarnya ada sedikit ya tapi dari sudut positif, he is non-muslim, but he knows that muslim's women easily got pahala and also easily got dosa.he knows as a muslim i MUST cover my body properly, and he respect me for doing that properly.hehe...(bajet pandai sangat cakap orang putih la kan..)

dan ada lagi seorang ofismate ni, dia tanya aku, kenapa ada perempuan yang pakai tudung nampak jambul, pakai ketat-ketat, kalau sepatutnya kena tutup dengan betul?
kemudian dia cakap lagi, kewajipan menutup aurat ni tak ada mana-mana agama yang suruh. ulangan-tak ada mana-mana agama.
faham tak maksud aku.nasib baik, mamat sebelah aku ni membangkang, dan aku cepat-cepat cakap, 'no la mr.andy, it's written in quran.'
dan lepas tu lagi, dia cakap, semua kitab-kitab agama(termasuk al-quran) adalah karangan manusia.
aku terdiam sekejap.telan air liur, lepas tu aku jawab.ayat-ayat dalam quran bukan tulisan manusia.itu adalah wahyu yang diturunkan kepada nabi muhammad s.a.w. dan kalau lah al-quran tu tulisan manusia, mesti dah jadi macam bible. ada macam-macam verse dan kandungannya berubah-ubah.

kejadian buat aku terfikir..aku mesti jadi muslim yang lebih baik, yang faham tentang agamanya sendiri, dan mampu untuk mempertahankan agamanya walaupun cuma dengan kata-kata(bukan caci-maki-keji). aku pasti, dia bukan cuba merendahkan islam atau quran, cuma dia tak begitu faham apa itu islam dan apa itu quran. jadi, be a good mulim, answer people like that nicely.bukan caci-maki-keji. beri mereka gambaran yang baik tentang kita, tentang agama kita,kan?

p/s:not yet a good muslim. but i am working to be one.

2 comments:

meowwmania said...

yup setuju!

sentiasa berusaha utk memperbaiki diri ;)

Salhah Suhot said...

@meowwmaniabetul3x...memang terkedu sekejap.nasib baik otak cepat bekerja susun ayat yang baik dan mudah dan boleh beri gambaran yang betul.