Pages

ORYSENSE

Orysense

MENGANDUNG TAPI MACAM TAK

ada beberapa perkara yang aku tak dapat lagi laksanakan sepanjang aku mengandung ni. antaranya:-
  1. minum susu kambing. setakat ni jenama paling popular ialah susu kambing hi-goat. tapi susu hi-goat ni datalam sachet berapa gram entah...satu kotak 15 sachet. dengan harga lebih kurang RM 36.00 sekotak. isk...mahalnya...hukhuk...tapi, tadi aku surf, jumpa satu lagi brand susu kambing. primalife namanya. datang dalam jar 650 gram. dengan harga lebih kurang RM 45.00. diperkaya dengan kolagen lagi. 1 jar boleh buat 30 cawan. cuma aku tak pasti, orang mengandung boleh consume kolagen ke tak? kalau bak breastfeed? sebab aku ingat aku nak straight minum susu kambing secara konsisten. aku baca testimoni, orang mengandung yang amalkan susu kambing ni anaknya tak kena jaundice. apapun, kesihatan ni kurniaan Allah jua...
  2. mengambil supplement secara konsisten. aku cepat bosan dengan pil. sebab tu selalu skip / miss makan....sebab aku selalu letak segala pil tu merata-rata..sudahnya lupa.bila dah teringat malas nak pergi ambil..hahahaha...
  3. menyediakan kelengkapan bagi menyambut kelahiran anak aku. ngeh3x....kalau terberanak awal...balut anak pakai kulit kayu je lah kot..teehee....
  4. makan makanan berkhasiat. err..katakan korang dalam situasi aku. korang dalam keadaan sangat-sangat perlu ikat perut. apa yang korang akan makan untuk hidup, untuk hilangkan rasa lapar? betul. makan jelah apa yang ada kat rumah. mesti korang ingat aku makan megi kan...kan..kan..?? aku memang suka mi noodles. so stok mi kering memang ada. jadi dengan bahan yang ada aku masak la mi ke, nasik goreng ke...cuma minus sayur. itu je. pak aji naik moto memang aku tak pernah layan. aku lebih suka buat perencah sendiri. asalkan ada bawang, cili, ikan bilis, gula, garam, kicap, sos. jadi lah. kenyang juga.
heh. tengok betapa tak jaga dirinya aku. masih dengan perangai tak kisah zaman bujang aku tu. teruk betul. kesian anak aku. tapi aku minum susu juga..cuma kadang-kadang terskip juga...hehe...

tak..aku tak minum susu mahal ibu mengandung macam anmum materna tu...aku minum susu biasa-biasa je....janji susu. cuma aku tak tahan sangat la susu lembu. minum tak banyak pun, tapi sampai 5 kali aku pergi tandas. penat tau. tandas duduk okey gak. ni kena mencangkung(sorry kurang sopan di situ..). kaki mak kebashh....tu yang aku culas sikit nak minum susu.

okeylah. setakat ni saha ja bebelan mak-mak hari ni.. ;)

6 comments:

meowwmania said...

sian mak yong nih takpe sabar yer..dan jaga diri bebaik demi baby okeh ;)


eh! mahalnya susu higoat tuh cer tgk kat WorldHerb rasanya dlm 20 hengget lebih je kot

Salhah Suhot said...

@meowwmania
ek..ade yang 20 hengget lebih?kene tengok ni..baik! saya akan jaga diri!! XD

armouris said...

terjumpa info ni, pasal berpantang selepas bersalin … sharing is caring :) - Cara Bertungku Dengan Mudah Semasa Berpantang

Salhah Suhot said...

@armouris
tq!

Suana Zhar said...

promosi harga awal tahun susu kambing ha-goat.
http://suanazhar.blogspot.com/2012/12/promosi-harga-susu-kambing-hi-goat.html

Nur M. said...

Asslm. Saya menjual SUSU KAMBING yang SEDAP, MENYELERAKAN & WANGI. Dijual dengan HARGA BORONG.

Sesuai untuk semua. Boleh PM www.facebook.com/iskagenpenang untuk pertanyaa.

Banyak khasiat. Boleh cuba sekarang. :)