Pages

ORYSENSE

Orysense

KISAH BENAR 1

tak ada cerita berkenaan diri sendiri kali ni. aku nak cerita tentang satu kisah tragis yang berlaku kat kampung aku tak lama dulu. mungkin lepas raya atau mungkin juga sebelum raya hari tu.

kisah ni pada aku sedih sangat(walaupun aku tak menangis dengar). sebab aku rasa mangsa sangat kasihan.

arwah ialah seorang guru s.m sains bagan datoh(kalau aku tak salah la). arwah tinggal berdua dengan anaknya yang berusia lingkunan 6 atau 7 bulan di quaters guru yang berdekatan. beliau ada suami. tapi suaminya kerja jauh..malam kejadian, hujan lebat sangat...dengan angin kuat macam ribut, guruh lagi..dan tak ada siapa mendengar tangisan anak kecil malam itu.

esoknya arwah didapati tidak hadir mengajar seperti biasa. sehingga hari hampir petang guru tadi tetap tidak muncul dan mengundang hairan.mereka pun pergi ke rumah cikgu tadi. yang kedengaran hanya bunyi anak menangis. dengan kunci pendua yang ada, pintu dibuka.

sedihnya..jasad sudah bertukar menjadi jenazah. anak kecil tadi menangis kelaparan sambil memanjat jasad kaku ibunya..yang masih berbaju kerja hari sebelumnya. terbaring di atas tilam yang dihampar di ruang tamu.

mungkin arwah terlalu letih, atau mungkin beliau menghidap athma, atau mungkin juga meninggal ketika tidur...

sebenarnya aku agak sentap dengan cerita ni. arwah hidup berjauhan dengan suaminya. terpaksa sendirian menguruskan anak. anak murid lagi..mungkin juga dia sudah tidak tahan dengan beban stress...wallahualam...ajal, tak siapa dapat menduga bila akan menjemput. hanya mampu berdoa semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman..

p/s: aku pun bakal sering berdua dengan anak...semoga kami sentiasa dalam perlindungan Allah..aamiin....

2 comments:

cik chinta said...

ni kes kat kuaters kawan. dia bgtau pd sy psl laki asik xde keje jauh, kn tgl 6-7 buln kje luar. pasni pon bakal berdua. sy jawab, tawakal je la. ajal kat mn2. bukn sgaja nk jejauh dgn huby. da camtu cra kejenye nk cr rezki. xkn nk suh brenti.

Salhah Suhot said...

@cik chinta, yup, ajal. tapi sentap gak dengar citer ni..hubby dye da mmg keje jauh, tak leh nak buat apa lah..tapi bagi hubby yang keje dekat2 tu, patut amek iktibar dari citer ni, patut kena kurangkan aktiviti ngan kengkawan, tolong la puan isteri kat umah..paling tak pun dengarkan je bebelan isteri..hari ni pun ade citer yang lebih kurang cam ni gak..suami outstation, isteri meninggal kat umah sorang-sorang beranak tak cukup bulan.....kat rumah.untung ade jiran yg amek berat bile nampak anak manga tu balik sorang2, n jenguk umah mangsa.ajal maut ditangan tuhan.tak siapa boleh nafikan.