Pages

ORYSENSE

Orysense

SEBENARNYA, AKU SAKIT HATI...

mak cik : bagi je la susu tin...bukan mati pun..
aku : memangla tak mati, tapi aku nak berusaha dulu dengan susu badan..
mak cik : kalau jadi apa-apa kat anak kamu baru tau.

zass!!!! serius aku rasa nak memaki on the spot. cuma akal waras sempat menghalang rasa hati..sakit betul hati bila ayat terakhir tu seolah-olah mendoakan yang buruk-buruk jadi pada anak aku....

salah ke aku kalau aku masih degil nak mencuba dengan susu badan aku sendiri? macam rendah sangat martabat susu ibu, sampai nak paksa-paksa aku top up dengan susu formula?

patutnya, bagilah aku cadangan macam mana nak tambah susu ke, ape patut aku makan untuk tambah nutrisi yang akan membantu aku dan anak aku....doc pun tak suruh aku topap formula lagi...

ya. anak aku ada masalah berat badan. umur dia sikit lagi nak masuk 2 bulan. tapi masih 2 kg lebih. tengok anak orang lain yang sebaya rata-rata dah nak cecah 5 kg. dua ali saiz naufal, tapi naufal masih lagi macam saiz baru lahir..

aku bukan nak bangkang cakap orang tua. aku cuma masih tak putus asa. lagipun naufal bayi yang aktif, cuma pertambahan berat badannya sangat perlahan. berat bayi yang menyusu badan sepatutnya bertambah 100 - 200 g seminggu untuk beberapa bulan pertama, tapi anak aku cuma bertambah 200 g dalam masa dua minggu setengah..(dari lahir hingga usia sebulan cuma bertambah 100 g. dia hilang berat banyak masa kena jaundis. 2.4 - 2.1 - 2.5).

bagitau aku, hati mak mana yang tak walang?

mujur. dalam ramai-ramai tukang paksa, masih ada yang menyokong. terima kasih kakang. terima kasih kak in(walaupun kakak aku ni tak fully bf pun).

p/s: mungkin aku patut makan vitamin tambahan...

5 comments:

Nornizam Jamal said...

Hmm... Rasulullah saw dulu masa kecil, ibunya tak banyak susu... kemudian baginda disusukan oleh ibu susuan.. halimatussaadiah...

Susu ibu lebih baik.. insya Allah anak kamu akan lebih sihat sebab susuan ibu mengandungi antibodi yang sangat diperlukan oleh badan bayi...

Salhah Suhot said...

terima kasih..

Iela Lullaby said...

InsyaAllah...lme kelamaan susu ibu akn bertmbah utk si kecil..

Smge si kecil btmbah berat bdan dan sihat walafiat sntiasa

aTy _faRed~ said...

kene kuatkan semangat....jangan mudah putus asa..yakin yang sentiasa akan ade rezki tuk naufal yer..insyaallah..

Husna Adnan said...

Teruskan usaha, Salhah!!