Pages

ORYSENSE

Orysense

::RANDOM RANT:: AKU NOVEL DAN KOMIK

aku dah lama terdedah dengan buku.
seingat aku, sejak aku dah pandai membaca, itu memang hobi aku. rasanya sudah beribu buku aku baca(mungkin)

siri paling aku suka yang aku pernah baca ialah siri penyiasat, tulisan enid blyton.
kalau ada rezeki, memang aku sanggup beli semua novel enid blyton.(macam kaya sangat)
masa sekolah dulu hampir setiap 3 hari aku mesti pinjam buku dekat perpustakaan sekolah. ada juga beberapa buku aku baca sampai menangis..aku tak ingat tajuk tapi novel ni keluaran utusan, kisah pengorbanan seorang ibu. dah berkali dibaca pun aku masih akan menangis.
kira aku membesar dengan membacalah..

komik..mula-mula dulu aku suka baca ruangan kartun dekat majalah utusan jawi yang arwah bapak aku langgan(wujud lagi ke utusan jawi?)
dulu aku pandai baca jawi(sambil angkat-angkat kening)
tapi dulu lah..sekarang ejaan jawi dah banyak berubah(rasanya)
kadang-kadang mak aku belikan aku majalah adik atau kuntum.
tak lama lepas tu ketagih komik anak-anak sidek pula..
haha...fenomena masa tu..semua budak-budak pun nak main badminton..
aku ingat lagi dulu selalu main badminton dengan pak cik rahman(jiran aku masa dekat sungkai) petang-petang.masa tu rasanya pak cik rahman belum ada anak. agaknya dia ingat lagi tak pada aku dengan adik aku?

oh...aku mula merapu...kan ni cerita novel dan komik?
lepas tu, aku mula baca ujang. masa tu ujang masih di bawah label kharisma. kartunis aku paling minat? mestilah Leen Mafia
comel dia pakai tudung.

sampai kena marah dengan mak aku sebab baca komik. tapi biasalah.degil.
lepas tu beralih dekat majalah gempak. aku peminat kaoru.

sekarang giat megumpul maid maiden.

lepas tu jatuh hati dengan blues selamanya. sampai majalah ni dihentikan penerbitannya..huhu..sedih tau.
oh dan jodoh aku dengan pelukis komik ini
twinX-pac(peminat sai-fai sejati dia ni)
yang juga salah seorang pelukis komik blues selamanya.
komikal sungguh aku ni.
^////^

sampai sekarang aku masih gila buku. tak taulah lepas ada anak adakah aku masih gila buku juga. harap-harap anak-anak aku nanti pun suka membaca juga.
^_^

kalau berpeluang, nanti aku tunjuklah koleksi novel dan komik dan majalah aku.
okey. selamat malam!

2 comments:

Tukang Godam said...

tajuk dan dan dan dan... hahaha apa pun i minat komik gak.. i minat komik yang i buat sendiri... errr... mimpi jka kot.. hahaha


Godam : Tutor Kidnap File Flash Page Orang Lain

Salhah Suhot said...

haha..ada dua kali dan..ter-tak perasaan..haha