Pages

ORYSENSE

Orysense

KAD DEBIT

baru-baru ni aku buka akaun rhb, dapat la kad debit mastercard.
kad bank paling lawa aku ada.

dan baru sangat aku guna..beli tiket wayang aje pun..malas nak withdraw duit kononnya.
tup-tup bila aku check balance, mana pergi rm20? bila semak balik terma dan syarat....ada satu benda yang aku tak faham.

adakah setiap kali guna bank akan caj rm20 untuk salinan slip jualan(sales draft requst)?
gila lah macam tu.(sumpah aku tak pakai lagi untuk beli-belah yang tak pakai cash)

aku guna visa electron bsn giro matrix tu tak ada pula penolakan berlebihan macamtu(cuma annual fee rm8).
maybank visa debit pun tak ada service fee untuk sales draft request.(annual fee pun free je.nak tukar atau ganti sebab hilang baru kena caj rm12)

atas sebab ni, aku terus pergi tengok terma dan syarat untuk semua kad debit bank-bank yang aku ada akaun.

bank islam visa debit, rhb mastercard-ada service fee rm 20 untuk sales draft request
bsn giro matrix visa, maybank visa debit-tak ada dinyatakan tapi aku rasa tak ada caj yang aku nyatakan tadi.

ambank-setakat ni cuma ada atm biasa tapi boleh pakai sebagai debit kad juga. kalau nak debit mastercard kena apply yang ada nextG tu la. yang tu tak perlu ada akaun ambank kalau nak. beli je, dekat 7E ada juga(kot). rm25 untuk permulaan.

kalau sesiapa tahu lebih lanjut tentang ni(maklumlah..aku ni cetek ilmunya) janagn malu-malu komen.

No comments: