Pages

ORYSENSE

Orysense

MISI PENGECUTAN 1

bermula mei 2011, aku mula berdiet. dengan azam aku x mahu kelihatan bulat pada hari aku kahwin nanti.
yalah. kalau kamu tengok perut sendiri buncit macam ada seorang budak dalam perut, tak gelabah ke? dah la masih anak dara..huuiii malu kot...!
jadi..aku ronda-ronda dalam forum lowyat.net, jumpa lah seorang seller. jual ubat kuruskan badan.

mesti kamu semua skeptikal dengar ubat kurus ni. kesan sampingan, nanti kalau tak ambil berterusan jadi gemuk kuasa dua..yea..aku pun macam tu juga...skeptik!
tapi aku perlu bantuan untuk kurus. aku perlu sesuatu untuk kawal selera dinosaur aku ni.

jadi, lepas aku tukar-tukar email dengan cik penjual..aku pun beli la ubat ni.
pil betik dan pil bunga sakura.
yup! ubat ni dari jepun. keluaran jepun. disahkan halal.(menurut cik penjual.lagipun sediaan herba)

jadi pagi aku makan pil betik, dalam pukul 4petang aku makan pil bunga sakura. sebelum tidur makan vitamin e. memang lena tidur.dengan syarat tidur awal.kalau boleh sebelum pukul 11 dah tidur. siang insyaAllah tak mengantuk.

aku tukar gaya makan aku. aku research tips diet yang dia ajar kat aku, ada disyorkan pakar pemakanan. jadi aku buat semampu aku.
awal-awal diet, aku keluar angin banyak gila. ubat tu pecahkan angin dalam badan aku. lebih seminggu kot. sampai sakit dada aku.mula-mula aku ingat tu kesan sampingan. tapi aku sabar dulu. minggu kedua, angin makin kurang. selera aku makin terkawal.

aku tak la timbang berat aku berapa. tapi aku perasan sesuatu.kain baju kurung aku dah kurang ketat. seluar pun dah kurang ketat. perut pun kempis sikit.

aku makan pil tu sebulan je. ada baki lagi sebulan untuk aku habiskan. tapi dalam sebulan tu, aku rasa berat aku turun dalam 5-6 kilo. aku diet,lagipun aku pergi dan balik kerja jalan kaki kot.cepat la sikit. pada aku tak la banyak sangat, tapi berbaloi. sebelum aku diet aku rasa berat aku mungkin 59-60 kilo. sampai tahap aku kena bukak cangkuk kain aku tiap kali lepas makan.serius beb..

sampai sekarang, aku masih diet. bila kat kampung susah sikit. jadi aku pakai cara ni. makan bila lapar, berhenti sebelum kenyang. makan sikit tapi kerap. banyakkan minum air masak. kalau tak boleh telan air kosong, bancuhla sunqick ke, ribena ke tanpa gula. lagi baik kalau ada madu. minum air secukupnya. maksud aku ikut berat badan lah.
sebab, lebih banyak kita minum air kosong, lagi banyak kalori yang terbakar. badan pun dapat amaran palsu yang kita tengah kekurangan air.

maaf entri kosong. tak ada gambar, macam biasa.

aku kan pemalas?

tapi dalam 2 bulan ini aku turun 8 kilo.serius!

4 comments:

norien arshad said...

ak nak jugak la ... nk kurus balek huhu

Salhah Suhot said...

nk kurus?ko da kurus la.

cik chinta said...

hahh...8kilo? ubat ape yg mujarab benor tu..meh share dgn saye yg nak kwin jugak xlama lagi..uhuhu...nk npk ramping masa kawin...emel me ek..

nufaka@gmail.com

cik chinta said...

salhal...teruja sungguh..bile nk emel saya camne nak beli pil2 tu? saya da goggle..xde pon kuar mana nak beli pil2 nih T_T..pelisss..