Pages

ORYSENSE

Orysense

JATUH CHENTA : OLAY TOTAL EFFECTS ADVANCED DAILY MOISTURIZER WITH COOLING ESSENCE

dulu..aku tak pernah pakai pelembab muka. sebab muka aku berminyak. aku tak tahan dengan rasa minyak-minyak pada muka aku bila ada pelembab. tambahan pula kulit aku agak sensitif.
susah nak cari produk yang serasi.

tapi dah tua-tua ni terasa kulit aku perlukan sesuatu untuk rasa tak kering.
satu produk je yang aku terlintas nak beli.
OLAY TOTAL EFFECTS.
ada 3 jenis moisturizer olay total effects ni.
1st gen-olay total effects daily moisturizer
(ada yang ada spf ada yang tak dan ada formula untuk kulit sensitif.)
2nd gen-olay total effects daily moisturizer + touch of foundation
3rd gen-olay total effects daily moisturizer + cooling essence (ni yang aku beli)

aku pernah pakai pencuci olay. lama juga aku pakai. dan lama juga aku dah tak pakai(sejak pakai madu)

aku dah pakai produk ni dah hampir 2 minggu.
satu perkataan : suka!

  • kulit aku rasa lebih lembut.
  • bb cream dan foundation lebih senang nak rata.
  • tekstur ringan-water base, sesuai untuk kulit combi-oily
  • pori-pori muka kelihatan lebih kecil.
  • bekas pam vakum yang terjamin kebersihan, lagipun tiubnya kurus tinggi, muat cantik dalam beg katak comel atau beg watson merah jambu aku tu.
  • cooling essence tu bukan la maksud lepas pakai muka rasa berangin, tapi lebih kepada memberi kelegaan pada kulit dari bahang matahari. sebab sebelum aku pakai moisturizer ni dulu terasa sangat perit kulit muka aku kena panah dengan matahari. tapi aku tak pasti yang ni ada spf ke tak. dekat botolnya tiada label spf. agaknya tak ada?
efek pencerahan..aku tak dapat nak pastikan bezanya. sebab aku memang dah cerah. tak perlu fair n lovely bagai. dalam 9 adikberadik aku pun, aku yang paling cerah. ikut gen mak aku-orang banjar. lagipun aku memang kurang melanin, sebab rambut aku pun agak kecoklatan. macam dah kena inai.
tak apalah. habis sebotol nanti aku update lah!

2 comments:

Are-Gya said...

besh tgk ade blog yg de review mcm ni..sy pon kulit sensitip skrg skrg pkai olay total-pncuci muka da ok kit..tp lum cuba yg coolling ni..nnt lps ni blh r try

Salhah Suhot said...

@Are-Gyahaha..sekadar kongsi apa yang baik..terima kasih!